Anda di halaman 1dari 10

Isu tempatan : Gangguan Seksual di tempat kerja

Definisi
Apa itu gangguan seksual?
Gangguan seksual : Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal.

Pengenalan
Gangguan seksual merupakan perilaku yang tidak diingini yang bersifat seksual yang menyebabkan mangsa menjadi trauma dan terseksa. Gangguan seksual boleh terjadi pada manamana jantina, di mana sahaja sama ada secara langsung dengan kahadiran pengganggu dan mangsa atau secara maya contohnya melalui emel atau sistem pesanan ringkas (sms).

5 Jenis Gangguan Seksual


1. Gangguan lisan Contoh: teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkaraperkara yang tidak menyenangkan dan berunsur lucah. 2.Gangguan dari segi isyarat Contoh: menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

3. Gangguan visual Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual. 4. Ganguan psikologikal Contoh: Undangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal. 5. Gangguan fizikal Contoh: Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.

Kesan Gangguan Seksual di tempat kerja


Menyebabkan masalah ketidakhadiran untuk bertugas. Prestasi kerja mangsa juga akan menurun . Dalam jangka masa yang panjang, keadaan mental mangsa yang tidak menentu boleh menyebabkan mangsa mengambil tindakan yang tidak rasional yang boleh mendatangkan mudarat kepadanya seperti cubaan membunuh diri dan sebagainya.

Cara mengatasi masalah gangguan Seksual


Jabatan Perkhidmatan Awam : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 tahun 2005. Perkara yang paling utama adalah kesedaran di kalangan penjawat awam bahawa berada di bawah suatu naungan organisasi bermakna menjaga kebajikan sesama rakan sejawat dan bertanggungjawab secara bersesama untuk menjaga serta menghormati hak sesama individu.

Bukti Kes

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Miangatausukasuka_/Article

Konklusi
Tiada yang berani melaporkan kerana melibatkan maruah diri. Kesedaran perlu wujud, kita seharusnya menghormati rakan sekerja. Tindakan segera perlu diambil sekiranya berlaku masalah gangguan seksual agar tidak tertekan di tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai