Anda di halaman 1dari 25

TAJUK

Ghusl ( )adalah perkataan Arab merujukkan kepada mandi. Mandi pada bahasa adalah mengalirkan air pada seluruh badan. Pada syarak pula, mandi bermaksud mengalirkan air pada seluruh badan dengan niat tertentu.

MANDI WAJIB
Definisi: Mandi wajib merupakan mandi yang diwajibkan atas umat Islam untuk membersihkan diri daripada hadas besar.

Perkara-perkara yang membawa kepada mandi wajib:

melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani. jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream) Mati Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.

Keluar darah haid Nifas Melahirkan anak (Wiladah)

Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan) Menghilangkan kotoran dan najis pada badan. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan.

: :

Dari Ibn Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri).

Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.

Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra., Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat.

Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi. 1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar . 2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali. 3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis. 4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti. 5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.

6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air. 7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah. 8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah 9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air. 10. Membasuh kaki.

Keperluan Mengambil Wuduk Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.

Sunat-Sunat Mandi Wajib Membaca Bismillah Menghadap kiblat Mengambil wuduk Membasuh tangan Menggosok-gosok seluruh badan Tertib dan Mualat ( berturut tanpa putus )

Mandi-mandi sunat dan waktunya Mandi hari Jumaat bagi mereka yang hendak menunaikan solat fardhu Jumaat dan waktunya adalah dari waktu Subuh. Mandi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan waktunya bermula sejak tengah malam. Mandi minta hujan Mandi kerana gerhana matahari

Mandi kerana gerhana bulan Mandi kerana memandikan mayat Mandi kerana masuk Islam Mandi bagi orang gila yang telah hilang gilanya Mandi bagi orang pitam yang telah hilang pitamnya Mandi ketika hendak ihram

Mandi kerana memasuki Makkah Mandi kerana wukuf di Arafah Mandi kerana bermalam di Muzdalifah Mandi kerana melontar jamrah yang di Mina Mandi kerana tawaf Mandi kerana sa'ie Mandi kerana memasuki Madinah

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula: Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.