Anda di halaman 1dari 7

SUB- TUGASAN Kaitkan keberkesanan pengurusan bengkel yang terdapat disekolah anda menjalani praktikum.

Bengkel Kemahiran Hidup adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Walau apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, program pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup tetap berjalan disekolah. Keadaan bengkel amat memberi pengaruh yang besar dalam menyediakan aktiviti aktiviti pendidikan dalam sesebuah topik. Penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah-langkah mengelak kemalangan yang dijalankan dengan teratur melahirkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang konduksif. Pengurusan bengkel yang berkesan merupakan antara komponen penting bagi pendidikan dalam menerap unsur kemahiran dalam diri murid murid . Pengurusan secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Yahya, 1989). Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newable dan Canon, 1989).

Mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran secara teori sahaja malahan juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Pembelajaran amali dijalankan di dalam bengkel - bengkel kerana kelengkapan dan kemudahan yang ada dapat membantu pembelajaran secara amali. Oleh itu tahap pengetahuan dan peraturan keselamatan bengkel dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaaan Langkasuka harus lah dititik beratkan bagi mewujudkan keberkesanan penyampaian isi pembelajaran Kemahiran Hidup. Keberkesanan pengurusan sekolah ini adalah ditahap yang amat baik, ini disebabkan bengkel Kemahiran Hidup telah diuruskan oleh Ketua Panitia kemahiran hidup Sekolah Kebangsaan Langkasuka iaitu Encik Zulfadhli Abd Mutalin. Bengkel telah disusun dan telah diwujudkan beberapa peraturan untuk membentuk suasana kelas yang konduksif. Disebabkan oleh bengkel ini baru sahaja dipindahkan ke blok baru maka suasananya kurang menarik jika diperhatikan daripada bahagian luar kerana belum lagi dihias tetapi kebersihannya tetap dijaga. Bergerak kepada bahagian kelas teori beberapa meja petak jenis baru untuk menempatkan murid dalam bentuk kumpulan telah dibentuk. Ini dapat menwujudkan peraturan dalam kelas bagi mengawal keadaan kelas. Kumpulan juga telah ditetapkan oleh guru bagi menyediakan satu ruang persaingan yang sihat dalam meningkatkan kognitif murid. Beberapa peralatan seperti bahan bantu mengajar telah disediakan bagi membantu guru untuk memudahkan penyampaian isi pembelajaran. Bahan rujukan juga telah disediakan bagi membantu murid serta guru untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam beberapa bidang.

Pengunaan unsur ICT seperti peralatan dan bahan juga terdapat didalam bengkel Kemahiran Hidup , kemudahan ini memberikan kesan yang amat baik dalam memudahkan penyampai ilmu pengetahuan pada murid. Ini juga dapat menyingkatkan lagi waktu penyampaian isi pembelajaran kepada murid . Video, musik, dan tayangan slaid dapat dijalankan kepada murid murid untuk meningkatkan minat murid untuk belajar. Kawasan bengkel yang digunakan untuk menjalankan projek dan amali adalah berada dalam keadaan yang sangat teratur dan kemas. Peralatan seperti alatan menjahit, kayu dan sebagainya telah disusun dengan kemas mengikut susunan yang telah ditetapkan dan selalu diselenggara. Ini mewujudkan satu pengurusan inventori alatan yang sangat baik dan boleh mengesan sekiranya berlaku kehilangan dan juga kerosakan. Keadaan bengkel sentiasa dikawalan atas penjagaan guru dan juga murid. kebersihan dan kekemasan setiap kawasan ini adalah dipertangungjawab kepada sesiapa yang mengunakannya. Ini telah menjadi teras utama undang undang dalam mengunakan bengkel Kemahiran hidup. Kawasan tambahan yang dapat dilihat di bengkel Kemahiran Hidup sekolah ini adalah kawasan semaian dan tanaman yang terdapat pada kawasan lapang di tengahtengah antara blok baru dan lama. Kawasan ini digunakan untuk menjalankan tajuk tanaman dalam subjek Kemahiran Hidup dalam darjah empat, lima dan juga enam. Isi pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih mendalam dan dilakukan secara praktikal. Keberkesanan pengurusan bengkel ini ada menarik minat murid untuk mengambil bahagian aktif sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam pengunaan bengkel beberapa peraturan dan undang undang telah dijalankan bagi kesemua penguna bengkel termasuklah murid murid dan juga guru. Ini bagi menwujudkan satu sistem penguna yang amat menitik beratkan keselesaan ketika mengunakan bengkel dan peralatan yang terdapat didalam bengkel. Kawasan dan persekitaran ini amat memerlukan aturan dan peraturan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Ini sama sekali akan meningkatkan disiplin murid murid. Sekolah Kebangsaan Langkasuka telah membentuk satu suasana bengkel yang amat berkesan untuk dijadikan tempat ilmu pengetahuan disampaikan dengan lebih berkesan. Kesimpulannya penglibatan kesemua pihak dalam mengurus, menjaga dan menyediakan bengkel adalah amat dititik beratkan, bukan hanya melepaskan batuk ditangga. Ruang yang kondusif telah dibentuk dalam bengkel kemahiran hidup Sekolah Kebangsaan Langkasuka yang terletak di daerah yang bebas dari hingar-pingar bandar.

Huraikan kelebihan (keberkesanan) dan kelemahan bengkel KHB disekolah Sepanjang menjalankan praktikum di sekolah tersebut. Pengunaan bengkel Kemahiran Hidup adalah sepenuhnya ini termasuklah dalam waktu mata pelajaran Kemahiran Hidup. Penggunaan bengkel ini dapat menyediakan beberapa penyampai isi pembelajaran dengan lebih lancar dan teratur. Beberapa kelebihan dapat dilihat dalam pengurusan untuk menyediakan keberkesanan mata pelajaran Kemahiran Hidup disampaikan antaranya ialah kawasan strategi bengkel. Kawasan penyusunan bengkel dapat memberi peluang dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lancar. Ini kerana terdapatnya kawasan dan ruang bagi setiap jenis tajuk termasuklah, tanaman , projek kayu , elektrik dan sebagainya. Pergerakan murid dalam menjalankan aktiviti juga adalah memudahkan dan lebih teratur. Ini menyumbang dalam penjimatan masa dalam melakukan sebarang aktiviti. Kemudahan dalam bengkel juga adalah ditahap maksimun . kemudahan yang dimasukkan adalah ruangan rujukan, sumber air, bahagian alatan dan juga kemudahan ICT yang dapat digunakan oleh guru dalam menyediakan pengajaran yang baik. Kemudahan ini selalu di periksa dan dijaga dengan rapi oleh guru sekolah tersebut. Peraturan dan undang undang juga tidak terkecuali dalam menyediakan bengkel yang konduksi untuk murid melakukan aktiviti dan mencapai ilmu pengetahuan. Beberapa papan tanda keselamatan dan peraturan telah ditempatkan didalam kelas bagi paparan semua bagi mengelak kemalangan dan menjamin waktu sekolah yang

teratur ketika bengkel digunakan. Tindakan dan teguran sering disampaikan oleh guru bagi memperingati setiap tata tertib yang terdapat dalam bengkel. Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang tidak dapat dielakkan daripada berlaku. Antaranya adalah bilangan peralatan yang tidak dapat memenuhi peluang pengunaan bagi setiap murid murid. Murid murid harus berkongsi beberapa peralatan yang telah disediakan di dalam bengkel. Masalah ini tidak dapat dielakkan kerana kemampuan sekolah dalam menyediakan peralatan - peralatan tersebut. Selain itu, Bengkel Kemahiran Hidup ini adalah bengkel yang baru,

kedudukannya kurang sesuai kerana berada dekat dengan kelas. Andai kata waktu tersebut murid belajar menggunakan mesin, ia menganggu pengajaran dan pembelajaran kelas berkenaan. Bengkel di blok baru juga mempunyai ruang yang terhad berbanding bengkel yang lama yang lebih luas. Antara kelemahan yang boleh dikesan adalah tenaga dan pihak yang menjadi sebahagian daripada pemantauan dan penjagaan bengkel adalah kurang. Bilangan guru dan kakitangan yang menjaga bengkel adalah tidak mencukupi , ini menyebabkan penyeliaan dan baik pulih kerosakan yang terdapat di dalam bengkel dapat diselesaikan dalam tempoh yang lama. Namun, ini berlawanan dengan pengunaan bengkel yang hanya digunakan oleh guru kemahiran hidup yang mengurangkan lagi risiko kerosakan peralatan dalam bengkel. Peralatan pertukangan didalam bengkel juga menjadi salah satu kelemahan

yang dapat dikesan. Beberapa peralatan yang terdapat didalam bengkel merupakan peralatan lama yang setengahnya tidak dapat digunakan lagi kerana berlaku kerosakan

dan tidak dibaik pulih.

Ini tidak dapat dielak kerana peruntukan untuk penyeliaan

peralatan tersebut adalah kurang dan terhad. Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat juga guru yang tidak menggunakan bengkel sebagai tempat P&P dan pembelajaran hanyalah dibuat di kelas murid sahaja. Keadaan ini membuatkan keberkesanan penggunaan bengkel akan berkurang. Sepatutnya guru perlu lebih peka dalam memberi pembelajaran yang bermakna kepada anak didik mereka. Gunakan lah kelebihan yang ada bengkel dan tidak hanya menunding jari pada kelemahan bengkel menyebabkan mereka hanya mengajar di kelas sahaja.