Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sosiologi - Kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial dalam masyarakat. Saintifik - Sesuatu yang teratur, empirikal, sistematik serta mengambil kira isu berkaitan validiti (kesahan) dan reliabiliti (kebolehpercayaan) kaedah kajian yang digunakan.
Struktur - Suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro seperti individu, seorang pelajar, seorang atlit dan seorang guru. Makro pula kumpulan pelajar, satu pasukan, satu unit beruniform. Proses - Interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik, sosialisasi, proses menginstitusikan dan proses lain yang berkaitan.
Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti penonton, pengurusan dan media. Isu sosiologi yang signifikan dalam sukan termasuklah corak organisasi sosial yang terlibat, sifat formal sukan seperti pasukan, jurulatih, pemain, penganjur, undangundang dan peraturan, tahap keseriusan menghadapi pertandingan seperti menang-kalah tidak ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap kemahiran fizikal yang tinggi.
Sosiologi adalah kajian saintifik yang berkaitan dengan aspek sosiol dan budaya individu dalam komuniti dan masyarakat. Sosiologi adalah bidang saintifik yang menjelas dan menerangkan berkaitan organisasi sosial manusia .
2.
3.
MAIN
PERMAINAN
Individu yang menyertai permainan kerana ada matlamat tertentu seperti prestej , status atau pengiktirafan tertentu. Mempunyai unsur organisasi dan pertandingan. Mempunyai struktur tertentu berdasarkan undang undang formal atau tidak formal. Khusus kepada sesuatu budaya sukan yang disertai oleh individu tersebut.
SUKAN
Tersusun dari segi struktur organisasinya. Mempunyai unsur pertandingan untuk menghasilkan pemenang. Memerlukan kemahiran perancangan, kemahiran motor @ lakuan motor strategi dan nasib yang tak tentu. Melihat keupayaan fizikal yang tinggi dan mental yang tinggi bagi atlet yang mengambil bahagian dalam acara sukan yang disertai mereka
- Kualiti Kepimpinan
Membentuk sikap dan daya kepimpinan individu khususnya dalam sukan berpasukan.
- Kesihatan
Peningkatan tahap kesihatan secara menyeluruh boleh dicapai menerusi pengetahuan yang dimiliki dan aktiviti sukan yang dilakukan dengan betul.
Masyarakat - Sosial
Membantu proses integrasi kaum menerusi perlaksanaan aktiviti sukan merentasi batasan kaum seperti pembentukan sebuah pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum, gabungan penonton pelbagai kaum yang menyokong sebuah pasukan yang sama dan lain-lain.
- Ekonomi
Peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan pertandingan, hak penyiaran, penganjuran pertandingan, kutipan cukai serta kehadiran penyokong pasukan luar dan pelancongan sukan.
- Politik
Semangat setia kawan dapat dipupuk melalui penyertaan dalam kejohanan sukan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.
Hak Milik Blog Sains Sukan www.sainsukanblog.wordpress.com
Penglibatan Penonton - Sukan sesuatu yang menyeronokkan (hiburan). - Kepuasan diperoleh apabila menonton atlit yang diminati beraksi. - Menyokong pasukan sendiri atau pasukan yang diminati. - Sorakan dan sokongan padu mencerminkan sikap penonton yang beretika. - Sorakan penonton akan memotivasikan pasukan dan dapat meningkatkan keyakinan diri pemain. - Memberi imej yang baik kepada negara. - Penonton yang beretika akan merasa puas ketika menyaksikan kedua-dua pasukanmempamerkan kesungguhan aksi dan berupaya mengawal diri - Menerima apa jua keputusan perlawanan.
Impak Ekonomi - Sukan dapat meningkatkan ekonomi negara melalui penajaan, pelancongan sukan, kajiandan penghasilan serta penjualan produk sukan. - Satu cabang sumber kewangan melalui kutipan cukai, hak penyiaran dan penganjuran sukan
Penyertaan - Individu atau kumpulan atlet yang terlibat secara langsung dalam sukan yang di pertandingkan. - Bertujuan mendapat kepuasan beraksi atau bertanding, prestij dan hadiah yang ditawarkan (wang dan pingat).
- Menyertai pelbagai kejohanan sukan dan menyertai acara-acara yang di pertandingkan dalam kejohanan dianjurkan. - Jumlah penyertaan mempengaruhi kemeriahan kejohanan dan jumlah kehadiranpenonton
Hak Milik Blog Sains Sukan www.sainsukanblog.wordpress.com
Budaya - Manusia berbeza dari segi kepercayaan, nilai dan gaya hidup. - Sukan dapat merangsang individu untuk saling mengenali antara satu sama lain merentasi warna kulit, kepercayaan dan sebagainya. - Sukan juga dapat menerapkan sikap saling menghormati. - Penglibatan dalam sukan membuka ruang untuk bersosial, berinteraksi dengan orang lain dan mempelajari budaya serta mengenali masyarakat lain.
Integrasi Kaum - Proses integrasi kaum (integrasi nasional) dapat dilaksanakan kerana aktiviti sukan merentasi batasan kaum. - Sukan dapat menyatu padukan individu daripada pelbagai kaum menjadi satu pasukan mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara. - Individu yang terdiri daripada pelbagai kaum bersatu padu dan bekerjasama sebagai satu pasukan menggalas cabaran negara. - Perbezaan agama, bangsa dan lain-lain diketepikan demi kejayaan pasukan. - Perkenalan dan persahabatan yang terjalin semasa mewakili pasukan menyumbang kepada proses integrasi kaum.
TAMAT