Anda di halaman 1dari 1

Senaman Menyihatkan Badan

Sebenarnya tubuh manusia memerlukan senaman. Ini berguna untuk membina kemampuan tubuh kita pada tahapnya yang terbaik. Orang yang tidak bersenam hanya menggunakan 27 peratus keupayaannya. Dengan bersenam keupayaan seseorang boleh ditingkatkan kepada 56 peratus. Badan yang cergas dapat melakukan aktiviti dengan tidak berasa letih, bahkan segala kerja dapat disempurnakan dengan penuh keriangan.

Senaman juga boleh menyihatkan organ-organ badan. Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit. Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan. Senaman yang dilakukan secara teratur sangat berguna untuk meningkatkan pembinaan otot. Maka otot-otot akan terbina dengan lebih baik lagi dari segi saiz, kekuatan, kekenyalan, dan daya tahannya.

Bahaya penyakit seperti serangan jantung boleh dikurangi kerana bersenam menyebabkan jantung kita bertambah kuat. Jantung yang cergas mampu melakukan kerja yang lebih daripada jantung yang kurang cergas. Contohnya jantung yang cergas mampu mengepam darah 25 peratus lebih banyak daripada jantung yang kurang cergas. Sebab itulah orang yang cergas tidak mudah letih atau lesu.

Selain daripada jantung, senaman memperelok sistem kardiovaskular. Senaman dapat mempercepat pembentukan kapilari darah yakni saluran darah yang halus pada tisu-tisu yang aktif. Dengan bersenam lemak dalam saluran darah dapat dikawal daripada menjadi beku. Ia juga memperbaiki sistem pernafasan kita.

Senaman juga dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah berbanding daripada melakukan perkara yang merugikan seperti melepak tanpa arah tujuan. Seterusnya maslaah sosial dalam kalangan remaja yang kian meruncing hari ini dapat dielakkan.

Pancaran Bahasa (1994).

Anda mungkin juga menyukai