Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN Dunia bukanlah satu tempat yang tenang dan tenteram, kita sering dikejutkan dengan berita-berita buruk yang melanda dunia. Nyawa manusia sering terancam dengan pelbagai ancaman alam, baik dari luar mahu pun dari dalam. Meteor dan asteroid misalnya, hanyalah sebahagian kecil yang mungkin menjadi ancaman terhadap bumi dari luar angkasa. Walaupun bumi ini nampak kukuh, namun bahagian dalamnya memiliki inti dari pelbagai elemen cecair yang sekiranya dimuntahkan ke permukaan bumi boleh memudaratkan kehidupan manusia. Bencana alam dapat menyerang pada bila-bila masa sahaja dan boleh meninggalkan kesan yang amat teruk dan boleh mengakibatkan kehilangan harta benda dan nyawa.

Bencana alam ini terjadi disebabkan ketidakseimbangan alam yang rumit

yang

diciptakan oleh Allah. Namun begitu, kemungkinan terjadinya bencana alam yang menghancurkan ini mungkin datang daripada Allah untuk mengingatkan manusia melalui peristiwa yang terjadi misalnya gempa bumi yang menyebabkan ribuan wanita dan kanak-kanak mati dan lebih banyak lagi yang terluka. Masyarakat yang tidak mengendahkan peringatan Allah cenderung untuk menyebut kejadian seperti ini sebagai fenomena alam dan tidak mampu memahami bahawa Allah menciptakannya untuk tujuan tertentu.

2.0

DEFINISI BENCANA ALAM Bencana merupakan sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan kerosakan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti kehidupan individu atau masyarakat setempat. Di samping itu, turut memberikan impak sosial dan emosi kepada mangsa ekoran kejadian tersebut. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah mengakibatkan kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka .

Pengurusan kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan. Ini kerana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangkamasa yang panjang. Bagi setiap kejadian bencana yang berlaku, tindakan segera diambil dalam konteks penyediaan keperluan asas kepada mangsa seperti makanan, tempat perlindungan sementara dan pakaian kepada mangsa yang terlibat dalam bentuk jangka pendek. 3.0 JENISJENIS BENCANA ALAM Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan semula jadi yang membentuk letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan taufan yang memiliki kekuatan dan akibat yang berbeza-beza mengikut jenis bencana alam yang berlaku. Bencana alam dalam sekelip mata mampu membuat sebuah kota dan penghuninya tinggal dalam kesusahan. Perkara yang paling penting ialah, tiada seorang pun manusia yang memiliki kekuatan untuk melawan ataupun mencegah bencana alam ini daripada terus berlaku. Berikut adalah jenis-jenis bencana alam:3.1 Taufan

Taufan atau siklon tropika adalah ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera utara. Kawasan-kawasan yang berlainan mempunyai nama tersendiri untuk fenomena taufan. Sebagai contoh, ribut tropika dikenali sebagai hurikan di Atlantik Utara. Manakala siklon tropika atau taufan dinamakan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina dan Willy Willies di Australia. Walaupun takat suhu lautan dan kekuatan taufan tiada kadar secara langsung, namun impak yang nyata disebabkan oleh kesan rumah hijau. Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi, Saw Bun Ling, taufan sering berlaku di kawasan tertentu yang terdedah pada suhu lautan Pasifik melebihi 26 darjah Celsius. 3.2 Tsunami

Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ombak laut pelabuhan. Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave). Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai. Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut. Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiaanya. Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan menambahkan ketinggian ombak. Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi dan bencana alam yang seiring dengannya seperti gelombang tsunami, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam memahami bumi dan alam sekitar kita. Di Indonesia, Pulau Jawa, pantai yang sering dilanda tsunami adalah pantai selatan Jawa Barat, Pantai Selatan Cilacap dan Pantai Selatan Jawa Timur. Sejak tahun 1990, Indonesia mencatat 15 kali bencana alam dilanda tsunami yang berlaku di sepanjang zone-mendak serta zone aktif seismik. 3.3 Gempa Bumi

Gempa bumi adalah getaran atau goncangan yang terjadi di permukaan bumi akibat pelepasan tenaga dari dalam secara tiba-tiba yang menciptakan gelombang seismik. Gempa bumi biasa disebabkan
3

oleh

pergerakan kerak

bumi (lempeng

bumi). Kebanyakan gempa bumi disebabkan dari pelepasan tenaga yang dihasilkan oleh tekanan yang disebabkan oleh lempengan yang bergerak. Semakin lama tekanan itu kian membesar dan akhirnya mencapai pada keadaan dimana tekanan tersebut tidak dapat ditahan lagi oleh pinggiran lempengan. Pada saat itulah gempa bumi akan terjadi. 3.4 Banjir

Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Satu contoh kejadian ini ialah pada bulan Januari 1999 di Queensland. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia.

3.5

Letusan Gunung Berapi

Letusan gunung api adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti gunung berapi yang dikenal dengan istilah "erupsi". Hampir semua kegiatan gunung api berkaitan dengan zon kegempaan aktif sebab berkaitan dengan batas lempeng. Pada batas lempeng inilah terjadi perubahan tekanan dan suhu yang sangat tinggi sehingga mampu mencairkan material sekitarnya yang merupakan cecair pijar (magma). Magma akan mengintrusi batuan atau tanah di sekitarnya melalui rekahanrekahan mendekati permukaan bumi. Setiap gunung api mempunyai ciri-ciri tersendiri jika ditinjau dari jenis muntahan atau produk yang dihasilkannya. Akan tetapi apapun jenis produk tersebut kegiatan letusan gunung api tetap membawa bencana bagi kehidupan. Bahaya letusan gunung api mempunyai risiko merosakkan dan mematikan.

3.6

Tanah Runtuh

Tanah runtuh berserta banjir lumpur merupakan satu lagi fenomena bencana alam yang kerap berlaku masa kini di Malaysia. Kawasan tanah runtuh boleh berlaku di kawasan di mana tanah runtuh sudah berlaku sama ada baru atau lama, di kaki atau permukaan atas cerun, permukaan atas cerun timbun yang lama, dan permukaan atas cerun potong yang menegak. 4.0 PUNCA-PUNCA BENCANA ALAM Sekiranya kita ingin mengkaji kejadian bencana alam ini dengan lebih dekat maka kita perlu berbalik kepada punca berlakunya bencana alam. Sama ada kita sedar atau tidak kejadian bencana alam sangat sensitif terhadap sebarang perubahan samada dari segi fizikal atau dalaman bumi. Perubahan yang berpunca daripada aktiviti manusia atau secara semula jadi boleh memberi kesan kepada alam dan seterusnya mendorong berlakunya malapetaka alam. Salah satu faktor yang kita boleh lihat secara jelas ialah pembangunan yang pesat terutama di kawasan yang berisiko seperti di lereng bukit dan tanah lembut. Pembangunan fizikal bagi tujuan pembinaan tapak industri, bangunan pencakar langit, kawasan petempatan dan sebagainya tidak dirancang dengan sebaiknya malah pemaju tidak memikirkan kesannya terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang. Maka, ketidakprihatinan ini akan menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana berlaku kerana pembangunan tersebut telah memusnahkan kawasan hijau yang menjadi pelindung kepada permukaan bumi terhadap sebarang proses lulu hawa. Proses ini sebenarnya boleh melemahkan struktur dalaman tanah. Apabila ini berlaku maka sebarang perubahan drastik terhadap permukaan bumi akan menyebabkan berlakunya bencana seperti tanah runtuh, banjir kilat, runtuhan bangunan secara tiba-tiba dan sebagainya. Justeru, pembangunan harus dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara mendadak.

Selain itu, punca lain yang menyebabkan terjadinya bencana alam ialah perubahan iklim global yang berlaku hampir setiap tahun. Faktor perubahan iklim ini kadangkala kita tidak ambil peduli tetapi kesan daripada fenomena tersebut yang lebih menarik perhatian kita. Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia
5

tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi. Peningkatan suhu secara global akan mencairkan litupan ais dan salji dikawasan artik. Maka apabila ini berlaku ,paras air laut turut akan meningkat seterusnya akan memberikan impak yang dahsyat kepada masyarakat dunia seperti kejadian banjir besar yang berlaku di negara kepulauan, misalnya Fiji dan Maldives. Kejadian banjir besar yang berlaku bukan sahaja merosakkan harta benda bahkan bakal meragut nyawa manusia selain melumpuhkan aktiviti ekonomi dan sosial sesebuah negara. Maka, kerancakan aktiviti manusia yang boleh memburukkan lagi situasi seharusnya diselia dan dirancang dengan teliti terutama di negara-negara industri. Sikap manusia yang sambil lewa terhadap persekitaran turut menyumbang kepada bencana alam. Kini, majoriti penduduk di negara kita mampu memiliki kenderaan sendiri. Mereka juga lebih selesa untuk berulang-alik ke tempat kerja dengan menggunakan kenderaan sendiri berbanding dengan kenderaan awam. Bukan itu sahaja, di sesetengah kawasan,terdapat penduduknya yang gemar melakukan pembakaran terbuka. Kedua-dua perkara ini sebenarnya telah mendorong kepada penghasilan asap. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah sebenarnya yang menyebabkan kejadian jerebu sehingga menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Impak jerebu ini boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan mereka yang mempunyai penyakit sedia ada pula menjadi semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara ibarat pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan sekaligus membantu menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa. Punca lain yang menyumbang kepada berlakunya bencana alam adalah disebabkan oleh aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam secara rakus tanpa kawalan. Pelepasan gas karbon dioksida oleh 600 juta kenderaan di seluruh dunia dan penerokaan hutan secara berleluasa menyumbang kepada berlakunya penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan seterusnya mendorong kepada kejadian pelbagai bencana akibat berlakunya perubahan iklim seperti peningkatan suhu harian dan kesejukan melampau berlaku dikebanyakan tempat di dunia. Fenomena taufan dan banjir besar berlaku secara tidak dijangka. Walaupun terdapat sistem maklumat
6

geografi dan telekomunikasi yang serba canggih di dunia, ia belum dapat meramal dengan tepat tentang kejadian sesuatu bencana yang bakal berlaku. Bencana gempa bumi yang berlaku disesetengah kawasan pula amat sukar diramal tentang bila dan dimana ia akan berlaku. Kawasan yang tidak pernah mengalami gempa turut menerima kesan gegaran yang menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat. Bagi mereka yang telah ditimpa bencana pula kos untuk membangunkan semula kawasan yang dilanda bencana amat tinggi. Maka jelaslah bahawa bencana alam membawa malapetaka kepada mangsa dan isu ini perlu dikaji dengan lebih mendalam agar dapat mengelakkan sebarang impak yang lebih serius. Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Pihak yang terbabit dalam penebangan hutan selalunya hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan inpaknya terhadap persekitaran ekologi ,mungkin golongan yang bersifat nafsi ini tidak mengetahui bahawa dalam sistem ekologi itu manusia adalah organisma utama. Maka sebarang perubahan dalam ekosistem hutan pasti akan memberi kesan terhadap manusia. Kawasan hutan yang telah ditebang jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, sebarang aktiviti ekonomi yang memusnahkan hutan secara meluas dan tidak terkawal perlulah diambil tindakan yang drastik terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan tersebut agar dapat menjamin kehidupan yang sejahtera terutama untuk generasi yang akan datang. Selain itu, bencana alam turut disebabkan oleh aktiviti semula jadi yang berlaku di perut bumi sendiri. Misalnya bencana alam seperti tsunami yang kerap terjadi setiap tahun terutama di kawasan Lingkaran Api Pasifik seperti di Indonesia , Jepun dan Filipina. Jika kita kaji secara saintifiknya, tsunami ,gempa bumi dan segala bentuk gegaran yang berlaku adalah disebabkan oleh pergeseran antara dua plat tektonik yang bergerak secara tiba-tiba. Plat tektonik ini bergerak antara satu sama lain, kemudian berlanggar sesama sendiri maka terhasilah gempa bumi dasar laut. Contohnya gempa bumi yang melanda di Lautan Hindi. Susulan daripada gempa bumi ini ,maka tsunami pula akan terbentuk disebabkan oleh gegaran yang wujud akibat gempa tersebut. Hal ini merupakan antara bencana alam yang paling ditakuti lantaran
7

kedatangannya adalah secara tiba-tiba dan mampu meranapkan seluruh kawasan yang dilaluinya, ini terbukti dengan kejadian Tsunami Acheh yang berlaku pada 26 Disember 2004. Kejadian tersebut telah merencatkan terus segala aktiviti penduduk Acheh.

Kesimpulannya, bencana alam memberi satu mimpi dan pengalaman yang buruk sama ada kepada rakyat mahupun kepada institusi negara itu sendiri sehingga pihak kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat ke atas negara. Bencana alam kadangkala datang tanpa diundang dan untuk itu kita perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang bentuk perubahan yang boleh membawa kepada kemusnahan petempatan, kehilangan nyawa dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kejadian bencana alam juga sebenarnya turut berpunca daripada kegiatan manusia itu sendiri. Oleh itu, kita sendiri sebagai manusia perlulah mengubah sikap yang boleh menyebabkan berlakunya bencana alam. Segala bentuk langkah berjaga-jaga perlulah diambil dan dilaksanakan dengan lebih awal sebelum kedatangan bencana agar kita dapat mengelakkan kesan yang lebih buruk lagi. Diharapkan agar semua pihak akan memainkan peranan untuk mengelakkan bencana alam daripada terus berlaku. 5.0 KESAN-KESAN BENCANA ALAM Secara umumnya, terdapat pelbagai kesan sama ada kesan negatif atau kesan positif yang akan berlaku sekiranya bencana alam ini menimpa masyarakat di sesebuah kawasan, yang pastinya kesan negatif itu akan lebih ketara daripada kesan positif. Bencana alam ini semestinya akan memberikan impak yang besar kepada negara dan masyarakat yang menerima bala ini. 5.1 Pembangunan Negara

Bencana alam seperti banjir besar, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya sememangnya akan menyebabkan berlakunya kerosakan infrastruktur dan harta benda awam seperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya dan sebagainya. Hal ini akan membawa kerugian yang amat besar kepada semua penduduk terutamanya kepada kerajaan yang terlibat dengan bencana alam ini. Kerajaan terpaksa memberi bantuan kepada rakyat dari segi kewangan mahupun dalam bentuk makanan, perumahan dan sebagainya.
8

Akibat banjir yang melanda di Malaysia, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion bagi tujuan pemulihan infrastruktur yang untuk dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan persekitaran kawasan yang terlibat akan dapat dipulihkan dan kembali seperti sediakala. Ini adalah satu jumlah yang besar yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan, selain daripada Dana Ehsan ( Tabung Kecemasan) dan bantuan dari pihak swasta, NGO dan individu lain . Apabila kerajaan terpaksa memperuntukkan wang yang banyak, ekonomi negara turut terjejas. Impaknya, pembangunan negara turut terbantut. 5.2 Kesihatan

Setelah bencana alam datang membawa bala, penderitaan para mangsa bencana alam tidak berakhir begitu sahaja, kehidupan mereka boleh diibaratkan dengan peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Hal ini kerana, setelah berlakunya bencana alam, mangsa-mangsa tersebut akan kehilangan tempat bergantung dan terpaksa tinggal bersama-sama mangsa bencana yang lain dalam keadaan yang tidak selesa, sesak dan kotor. Oleh sebab bekalan elektrik dan air terputus mereka tidak dapat untuk menjaga kebersihan diri dan makan minum mereka. Hal ini akan menyebabkan kebersihan diri dan persekitaran mereka terabai. Mangsa bencana terpaksa menunggu bantuan dari pihak yang berkuasa untuk memberi bantuan kepada mereka. Mangsa ini terpaksa tinggal bersama mangsa lain yang berkemungkinan boleh menyebarkan wabak penyakit yang berbahaya seperti campak, demam denggi, penyakit kulit, hepatitis, malaria dan sebagainya. Mangsa terpaksa berkongsi apa sahaja dalam keadaan yang getir itu. Dalam keadaan itu, sudah pasti hospital-hospital akan berada dalam keadaan yang sesak dan tidak dapat untuk merawat semua pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. Hal ini akan menyebabkan penyakit mangsa ini bertambah teruk dan akan berjangkit kepada orang lain dan hal ini akan berterusan sehingga akan mendatangkan kematian sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya daripada hospital. Keadaan ini juga menyumbang kepada berlakunya peningkatan dalam kes kematian selain daripada kematian akibat bencana alam yang menimpa. Bencana banjir merupakan salah satu bencana yang begitu cepat menularkan penyakit kepada mangsa. Umum mengetahui bahawa air banjir membawa pelbagai jenis bentuk
9

kotoran dan kuman yang boleh membawa kepada jangkitan sistem penghadaman yang masuk melalui mulut, luka pada kulit dan mata. Sebagai contoh , bencana banjir yang berlaku di Johor antara 19 Disember 2006 hingga 11 Januari 2007 merupakan kejadian yang terburuk dalam sejarah sejak 100 tahun yang lalu. Lebih 10,000 penduduk di hampir semua daerah di Johor dan daerah Jasin di Melaka terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. Akibat daripada hujan yang berlarutan , ianya telah menjejaskan perkhidmatan KTM Intercity ke sektor selatan iaitu Johor Bahru dan Singapura. Antara daerah yang terlibat ialah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Pontian. Dalam kejadian banjir tersebut, sebanyak 10 kematian dilaporkan dan kerugian yang dianggarkan mencecah sehingga RM 1.5 bilion. 5.3 Ekonomi

Sektor ekonomi akan mengalami masalah sekiranya bencana alam ini menimpa sesebuah negara itu, hal ini kerana wang kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pembangunan yang lain terpaksa digunakan untuk membangunkan semula infrastruktur yang musnah dan memberi bantuan kepada penduduk negara yang terlibat dengan bencana alam. Peruntukkan yang diperlukan bukanlah sedikit, ianya menelan belanja sehingga berjuta-juta ringgit. Perkara ini telah menyebabkan ekonomi kerajaan berada dalam keadaan yang kurang stabil dan terganggu, setiap perancangan yang telah dirancang dengan teliti oleh pihak kerajaan terpaksa dilupakan begitu sahaja demi untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan. Sektor ekonomi akan berada dalam keadaan yang lembab disebabkan kurangnya masyarakat yang bekerja untuk dalam sektor kerajaan ataupun swasta. Hal ini menyebabkan negara tidak dapat membuat sebarang eksport ke luar negara yang dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan negara. Di samping itu, sumber pendapatan kerajaan yang diperoleh daripada cukai yang dibayar oleh masyarakat juga tidak diperoleh kerana kewangan masyarakat juga berada dalam keadaan yang gawat. Sebagai langkah untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, kerajaan perlu mengambil langah yang drastik dan efektif agar ekonomi negara dapat dipulihkan dengan secepat mungkin.

10

Bencana alam yang menimpa negara menyedarkan kita bahawa pentingnya pengurusan ekonomi secara terperinci di kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana ini, ianya merupakan satu cabaran yang amat besar untuk mengatasi masalah ekonomi di kawasan yang terlibat dengan bencana alam. Satu strategi yang jauh berbeza dengan pengurusan ekonomi pada masa normal perlu difikirkan. Bencana yang amat besar menyebabkan ekonomi menjadi hancur dan lumpuh. Pasar, kilang, kedai dan syarikat-syarikat semuanya musnah akibat bencana alam yang melanda sesebuah negara. Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku di Kobe, Jepun. Kobe merupakan negeri industri kedua terpadat di Jepun dan pelabuhan yang terbesar selepas Tokyo. Pada jam 5:46 pagi, 17 Januari 1995, satu gempa bumi telah berlaku selama 20 saat. Walaupun hanya 20 saat, kehancuran yang berlaku amat teruk. Gempa tersebut telah menyebabkan negara itu rugi sebanyak 200 milion dolar. Hal ini telah menyebabkan ekonomi Jepun berada dalam keadaan yang kritikal. Jepun juga kehilangan seramai 5200 orang penduduknya, manakala 300,000 ribu yang lain cedera parah. Sektor Pelancongan yang menyumbang kepada pendapatan negara juga turut terjejas. Para pelancong tidak akan berani untuk melawat negara yang mempunyai sejarah dilanda bencana alam, hal ini disebabkan mereka merasa takut bahawa kejadian bencana alam yang pernah berlaku sebelum ini berulang kembali. Para pelancong ini akan membuat keputusan untuk melancong ke negara lain yang dikira lebih selamat kerana tidak pernah ditimpa bencana alam. Akibat daripada kemerosotan kedatangan pelancong asing, pengusaha-pengusaha kedai seperti kedai cenderamata juga akan mengalami kerugian. Hal ini kerana tiada pelancong yang datang untuk membeli barangan yang dijual oleh mereka. Sebagai langkah mengatasinya, kerajaan perlulah mencari jalan untuk para

mempromosikan kembali negara untuk menarik minat

dan meyakinkan

pelancong bahawa negara tersebut adalah selamat untuk dilawati. Sebagai contoh, Pulau Phuket merupakan sebuah pulau yang amat terkenal dengan keindahan pantai dan keunikan batu karangnya. Pulau ini juga terlibat dengan bencana Tsunami yang melanda pada 26 Disember 2004 yang lalu. Hal ini telah menyebabkan kedatangan pelancong asing merosot dengan mendadak sekali disebabkan para pelancong ini takut untuk melawat ke negara yang terlibat dengan bencana Tsunami ini, dan tidak
11

mahu menggadaikan nyawa mereka dengan bertandang ke negara tersebut. Namun begitu, keadaan ini tidak berpanjangan kerana para pelancong sudah mula melawat negara tersebut semula. Fenomena bencana alam dilihat hanya memberi sedikit kesan kepada sektor pelancongan. 5.4 Sosial

Gempa bumi merupakan kekuatan alam bumi yang paling menghancurkan. Menurut kajian, setiap dua minit di suatu kawasan di permukaan bumi mengalami keretakan. Berdasarkan statistik, bumi bergegar jutaan kali dalam setahun. Rata-rata dari jumlah jutaan itu, 300 ribu gempa tergolong dalam gempa yang berskala kecil, getarannya tidak terasa sama sekali dan tidak menyebabkan kerosakan. Namun begitu, 20 puluh gempa yang lain merupakan gempa yang sangat kuat dan gempa inilah yang menyebabkan kerosakan kepada bumi dan penduduknya. Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku di China telah mengakibatkan kemusnahan banyak rumah dan bangunan pejabat serta infrastruktur elektrik dan komunikasi. Gempa bumi sekuat 7.8 magnitud itu berlaku pada waktu petang sekaligus mengakibatkan 80 peratus bangunan di daerah Beichuan Qiang musnah. Ratusan orang tertimbus di Shifang selepas beberapa buah sekolah, kilang dan asrama musnah. Selain daripada itu, bekalan elektrik dan air juga turut terputus akibat daripada gempa bumi yang berlaku. Hospital menjadi sesak dan para pesakit terpaksa dipindahkan ke luar hospital dan duduk untuk menunggu bantuan daripada pihak hospital. Bencana alam yang berlaku tanpa disedari telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa terutamanya kepada kanak-kanak , warga tua dan wanita. Bencana alam juga telah menyebabkan ramai yang cedera parah dan kanak-kanak hilang tempat bergantung dan menjadi anak yatim piatu. Kanak-kanak terpaksa hidup berseorangan tanpa keluarga untuk memberi sokongan moral dan kata-kata semangat antara satu sama lain. Hal ini akan menyebabkan mangsa-mangsa bencana alam ini hidup dalam keadaan ketakutan dan tidak tenteram. Bencana alam adalah sesuatu yang menggerunkan dan boleh mengorbankan orang ramai tidak mengira usia dan pangkat, mahupun bangsa. Bencana alam akan mengurangkan populasi manusia yang berada di muka bumi ini, dalam aspek agama ianya dilihat sebagai satu proses pembersihan bumi yang mana
12

manusia sudah terlalu leka dengan hiburan duniawi dan banyak melakukan dosa semasa hidup. Oleh itu, Allah telah menunjukkan kuasanya dengan menurunkan bencana. Namun begitu dari sudut pandang sains, bencana alam ini berlaku disebabkan oleh fenomena alam yang berlaku secara semula jadi. Misalnya, Gempa bumi tsunami berlaku pada zon terbenam yang mana kepingan kerak bumi yang dikenali sebagai plat tertonik bertembung sesama sendiri yang telah menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi. Tsunami merupakan salah satu contoh terbaik yang memperlihatkan banyak nyawa yang terkorban pada saat bencana ini berlaku. Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004, melibatkan beberapa negara di Asia termasuklah negara Malaysia. Namun begitu angka korban yang tertinggi adalah di Indonesia. Angka kematian yang dicatatkan di Indonesia adalah lebih kurang 200,000 orang. Angka tersebut hanya untuk negara Indonesia sahaja tidak termasuk negara lain seperti India, Thailand, Filipina dan negara lain yang terlibat dengan bencana alam ini.

6.0

KESIMPULAN Walaupun bencana alam sering berkaitan dengan kesan-kesan negatif, namun bencana alam juga memberi banyak kesan positif dalam kehidupan manusia dan alam sekitar. Kesan-kesan positif ini boleh dikategorikan dalam pelbagai aspek seperti kesedaran manusia, membantu dalam sektor ekonomi dan juga kondisi geografi sesuatu kawasan. Kesedaran manusia sejagat merupakan impak terbesar yang dibawa oleh bencana alam. Contohnya, fenomena tsunami pada tahun 2004. Tragedi yang menakutkan ini telah mengorbankan 156000 nyawa dan kehilangan serta kerosakan harta benda yang banyak. Bersamaan dengan itulah, semua negara membuka mata untuk sama-sama membantu mangsa-mangsa tsunami ini. Pelbagai bantuan telah dihulurkan atas kesedaran dunia betapa pentingnya ikatan persaudaraan manusia kerana paha kanan dicubit,paha kiri juga turut sama terasa. Di sini barulah berlakunya semangat pertalian manusia yang sentiasa sahaja berlumba-lumba ingin menjadi kuasa veto di dunia. Dalam negara pula, persediaan selepas fenomena tsunami mulai dipersiapkan seperti benteng-benteng dan sistem amaran aras air bagi membendung tragedi ini berulang
13

dengan kesan yang parah. Kesedaran terhadap tragedi seperti ini adalah penting bagi memperbaiki diri setiap manusia. Selain itu, dari segi sektor ekonomi, bencana alam juga sedikit sebanyak memberi kesan positif dengan pengaliran tunai yang berlaku. Contohnya, di Negara ini bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh sering berlaku. Pada awalnya kerajaan negara tidak mempunyai idea dalam pengaliran tunai, jadi selepas berlakunya tanah runtuh atau seumpamanya banyak kehilangan yang berlaku lalu kerajaan prihatin untuk memberi bantuan kewangan dan kebajikan kepada mangsa-mangsa. Di samping itu, bencana alam juga telah membantu dalam sektor pelancongan. Contohnya, selepas fenomena tsunami di Acheh. Acheh menerima kedatangan pelancong asing yang ramai, lebih ramai daripada sebelumnya. Jadi, bala pembangunannya. Tambahan itu, bencana alam juga membawa impak positif terhadap geografi di kawasan tersebut. Contohnya, letusan gunung berapi. Apabila letusan berlaku, gunung berapi akan memancutkan lahar yang panas yang mampu mencairkan semua benda. Lahar tersebut menjadikan tanah menjadi subur untuk dijadikan sebagai tanah pertanian. Tanah yang subur tersebut sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman buah-buahan dan sebagainya. Serba-sedikit bencana ini memberi kebaikan kepada para petani. Dalam hal ini, masyarakat boleh memulakan kehidupan mereka semula dengan menggunakan tanah pertanian yang subur. Bencana alam merupakan sebahagian daripada peringatan terhadap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh manusia. Hal ini seperti yang berlaku terhadap umat Nabi Yunus. Nabi Allah itu mengajak umatnya menganut agama tauhid dan menegah mereka daripada berbuat syirik dan kebinasaan. Tetapi, kaumnya enggan dan menolak dakwah itu. Maka, serta merta datanglah gempa bumi yang dahsyat membinasakan harta benda, tanaman dan ternakan. Gempa besar itu menyedarkan mereka daripada kekhilafannya. Akhirnya umat Nabi Yunus kembali ke ajaran agama tauhid yang sebenar. Bencana alam ini sebenarnya boleh dilihat dari dua aspek yang berbeza mengikut pemikiran, cara dan pandangan manusia masing-masing. Perspektif manusia yang
14

yang menimpa Acheh

sekurang-kurangnya membawa kesan yang positif bagi membangunkan kembali

pertama ialah bencana ini berlaku disebabkan oleh kejadian semula jadi yang mana hanya sains sahaja yang boleh menerangkan dengan lebih lanjut dan terperinci tentang kejadian tersebut. Kejadian fenomena bencana alam dinilai 100% berdasarkan teori logik. Manusia mengkaji dan membuat kesimpulan bencana terbabit berdasarkan bukti saintifik semata-mata. Perspektif yang kedua ialah manusia menerima hakikat bahawa fenomena ini bukan kejadian alam tanpa pengajaran dan meyakini setiap yang berlaku punya hikmah dan tauladan yang perlu difikirkan. Setiap manusia haruslah menilai setiap kejadian dengan tujuan untuk muhasabah diri, manusia perlu menginsafi diri dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Setiap kejadian bencana alam yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah SWT. Manusia datang daripada Allah, maka kepada Allah juga manusia itu kembali. Setiap masyarakat perlulah bersyukur dengan setiap kejadian yang telah diturunkan. Dalam kejadian bencana alam tersebut diperlihatkan bahawa dengan kuasa Allah tidak ada kuasa manusia yang mampu menolak atau melawan, dan sebaliknya kalau Allah tidak menghendaki nescaya mereka akan hidup serta diselamatkan. Manusia tidak mampu menghindar takdir yang telah Allah SWT gariskan. Kemajuan teknologi yang dicapai oleh manusia kadang-kadang menimbulkan sifat sombong bagi sebahagian orang, seakan dengan kemampuan tersebut mereka boleh menghindar atau menaluk bencana alam. Jika dipandang melalui kaca mata agama, bencana alam seharusnya dijadikan alat untuk merenung dan berfikir perkara yang telah dilakukan manusia. Sebab segala sesuatu yang berlaku di alam ini tidak berlaku secara begitu saja, tanpa ada hikmah tersembunyi yang berfungsi sebagai pengajaran untuk manusia. Adakalanya bencana alam itu berlaku akibat proses semula jadi alam, sama ada pergeseran yang bertujuan memperkukuhkan struktur bumi atau gejala alam biasa seperti letupan gunung berapi. Namun, ada kalanya bencana alam itu terjadi akibat tangan manusia. Banjir, tanah runtuh dan kesan rumah kaca sering terjadi kerana manusia merosak hutan dan memotong pokok kayu tanpa perhitungan. Mendirikan pelbagai bangunan tanpa menimbangkan keadaan alam sekitar juga sering menjadi punca pelbagai bencana alam. Perbuatan manusia yang membuang sampah dan kilang yang turut membuang sisa toksik mungkin menjadi antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai dan banjir di sesuatu kawasan.
15

Setiap manusia perlulah mengambil iktibar daripada setiap peristiwa-peristiwa yang telan berlaku kepada manusia lain, dan memikirkan kembali segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan di muka bumi. Setiap bencana yang datang merupakan satu peringatan kepada manusia untuk membetulkan kembali diri dan kembali kepada Allah.

7.0

RUJUKAN Harun Yahya (2004). Fakta-fakta yang mengungkap hakikat hidup. Jawa Barat, Indonesia: Dzikra.

Goay Teck Chong, Suraini Basir & Wong Yew Hong (2006). Pengajian Am. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia sdn bhd.
16

(2008, Mei 13). Ribuan maut gempa bumi di China. Kosmo Online. Diperoleh pada Ogos 24, 2009 daripada http://gerbanginformasi.wordpress.com/2008/05/13/ribuan-maut-gempa-bumi-dichina/

(2006, Disember 20). Banjir: 10,000 dipindah Hampir semua tempat di Johor dinaiki air setelah hujan lebat sejak Ahad. Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada Ogos 22, 2009 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2006&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc =hive

http://www.bnpb.go.id/page/read/5/definisi-dan-jenis-bencana http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/1121-jenis-bencana.html

8.0

LAMPIRAN

17

KESAN BENCANA ALAM

KEADAAN KETIKA RIBUT TAUFAN MELANDA

Keadaan Banjir di Johor Bahru (Sumber : Wikipedia)

18

KESAN AKIBAT TSUNAMI

SUASANA KETIKA BENCANA TANAH RUNTUH

19