Anda di halaman 1dari 2

Roti canai Sebenarnya kalau nak buat Roti Canai tak lah susah sangat tapi kalau tersilap

buat ,jawapnya lembar aje kat dinding pasti tepung melantung balik tuannya atau dinding yang akan roboh..hehehe Abah saya memang berahsia sangat cara nak buat roti canai yang sedap ini sebab nya dia memang belajar daripada kebanyakan orang yang mengajarkan macam2 cara dan resepi nak bagi roti canai sedap (masa tu buka kedai Roti Canai kat Kampung ) ,so macam2 komen la,ada yang kata sedap, ada yang kata kurang sedap,akhirnya Abah dapat satu resepi untuk menyedapkan roti canainya hinggakan beliau tidak pernah memberi tahu sesiapa pun cara nak buat roti canai tersebut sebab masa tu tak ramai orang pandai buat roti canai (tahun 1980 an) masa tu saya baru darjah lima.(Sampai ada yang datang rumah nak tengok Abah buat roti canai ,Abah tetap tak mahu tunjuk...sebab bertahun dia nak dapat resepi ini,baru dapat yang sedap) Selepas beberapa tahun saya pun mahir membuat roti canai sama macam abah (itu pun sebab saya rajin tolong abah buat roti),cara menebar saya lebih pandai sikit sebab saya rajin tengok mamak menebar setakat nak terbang2 tu tak ada masalah lah ...hehehehe,Kalau nak belajar tebar ,mula-mula boleh lah guna tuala basah yang empat segi.Apa pun abah selalu pesan kat kami adik beradik, bukan wasiat jangan ajar kat orang lain,tapi saya sebalik nya akan ajar sesiapa saja yang nak belajar buat mudah-mudahan pahala tersebut dapat / mengalir kepada Arwah Abah saya ( telah meninggal dunia pada tahun 2008 mudah-mudah rohnya bersama orang yang soleh soleh),amin. Bahannya ialah 1. Sekilo tepung cap kunci -seeloknya tepung low protien (untuk 15 biji kalau besar,20 biji kalau sedang2) 2. Sebiji telor (merah sahaja) untuk nampak garing ketika di goreng 3. Garam kasar secukup rasa (rasa masa bancuh dengan telur dan susu manis) 4. Air ( 1/4 tepung lebih kurang) @ 500-600 ml 5. 3 sudu Planta Margerin yg dicairkan ( tak kisah brand apa yang pasti halal) 6. 3 sudu besar susu manis pekat (apa-apa cap tak apa asalkan halal) Cara Membuatnya Masuk kan Air ke dalam besen kesemuanya sekali ( basuh secucinya dan pastikan besen tidak berbau sabun nanti tepung cepat basi ),kemudian masukkan susu manis dalam 3sudu besar ,masuk kan garam agak 2 sudu - 3 sudu,telur merah kemudian kacau hingga semua sebati iaitu susu, garam dan telur dah hancur. Kemudian masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau ,jangan isi sekali gus,mati nak mengulinya, nanti tepung payah nak lembut (lembut nya lebih kurung buat donat),kemudian lepas 1/4 tepung sudah di masukkan, masukkan pula planta marjerin yang telah dicairkan atas api,tunggu marjerin tu sejuk baru isi,jangan panas-panas isi marjerin,nanti tak jadi roti canai tu,kemudian uli sebaik2nya,kalu

penat rehat sat,kemudian sambung balik,isikan tepung sedikit demi sedikit hingga tepung menjadi sebati sepenuhnya.(yang ni susah sikit nak agak...kena banyak kali buat baru dapat kaedah yang tepat) Sekarang tepung dah elok menjadi kita buat bebola dan di sapukan dengan planta merjerin di atas setiap bebola tersebut dan simpan ditempat selamat drp lipas tikus dsb. Kena perap tunggu paling kurang 2-3 jam,agar tepung mudah untuk di tebar.Dan jangan lebih 24 jam tepung akan basi melainkan diletakkan di dalam peti sejuk (bukan tempat frozen beku nanti) Tuan-Tuan kena cuba 2-3 kali baru dapat cara yang sebenarnya,jangan sekali buat dah jemu "kalau tak pecahkan ruyung di mana nak dapatkan sagunya ",anda sabar anda akan berjaya mendapat hasilnya. Antara Rahsia penyedap roti canai abah ialah pengulian tepung mesti betul2 sebati dan yang kedua ialah Planta Margerin ( pelembut roti canai walaupun dah sejuk tetap lembut macam baru masak ) dan yang ketiga mesti sabar kalau nak sedap sebab uli tepung ni makan masa,uli banyak ke sikit ke paling2 takada satu jam (wow lama tu...hehehehe).So Cuba jangan tak cuba..... Sekian ,selamat mencuba. CARA BUAT ROTI CANAI FROZEN KALAU DAH PANDAI BUAT ROTI CANAI,NAK BUAT YANG FROZEN TAK LAH SUSUH,TAPI NAK KENA TAHU CARANYA BARU LAH MENJADI. CARANYA IALAH BAKAR/GORENG ROTI CANAI TERSEBUT SEPARUH MASAK @ GORENG JANGAN SAMPAILAH SAMPAI NAMPAK KEKUNINGANNYA @GORENG UTK MATIKAN TEPUNG NYA SAHAJA,SEJUKAN SETELAH DIGORENG,KEMUDIAN BUNGKUS DALAM PLASTIK MASUKKAN KETEMPAT FROZEN, SELAMAT MENCUBA.

Anda mungkin juga menyukai