Anda di halaman 1dari 1

Merpati Putih Terbang Lagi

Jatuh melayang ke tengah padang kuning Melihat kebanjiran manusia yang memekik Melaung menuntut suci bersihnya pemilihan Sempat kulihat sepak terajang Pekik lolongan Simpati cuba ku hulur Tapi pandangan hanya melihat makhluk terkinja di atas kenderaan

Banjir manusia cuba memijak Terpercik darah bertabur membasah bulu putih Bertempiar lari seperti kiamat hari ini

Dari sayup jerit Dari perit pekik Ku betulkan sayap putih berdarah Kerana akulah merpati itu Merpati Putih Terbang Lagi Di awan memutih melihat manusia.

Anda mungkin juga menyukai