Anda di halaman 1dari 5

PROFIL SEKOLAH

Maklumat Asas Sekolah Sejarah sekolah


Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Lahad Datu merupakan satu-satunya sekolah menengah vokasional yang menawarkan kursus pertanian di Sabah. Ia adalah sekolah menengah vokasional pertanian yang keempat di Malaysia.

Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 125 ekar (58 hektar) dan terletak di kilometer 13, lebuhraya Lahad Datu Sandakan. Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Lahad Datu terletak bersebelahan dengan sekolah Menengah Sains Lahad Datu dan berhadapan dengan Sekolah Menengah Segama. Sekolah ini merupakan satu daripada sekolah yang mempunyai keluasan yang paling besar di Malaysia.

Sekolah ini mula beroperasi pada 23 Mei 1988. Pada awal penubuhannya, sekolah ini Cuma menawarkan satu kursus sahaja iaitu kursus Pengurusan Ladang dan bilangan pelajarnya adalah seramai 39 orang. Pada peringkat permulaan, bilangan tenaga pengajar yang berkhidmat di sekolah ini adalah seramai 9 orang guru termasuk pengetua. Mulai 1 Januari 1998, Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Lahad Datu telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu dan kursus kejuruteraan mekanikal mula diperkenalkan.

Mulai tahun 2012, Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu telah dijenamakan semula kepada Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Lahad Datu.

PROFIL SEKOLAH

Logo sekolah

KETERANGAN LOGO Simbol daun Tiga gelang bercantum

Tangan

kerawang Lengkungan separuh bulat Roda gear

SIMBOL 1. RODA GEAR- Bersama-sama mendokong cita-cita negara bagi melahirkan pelajar pendidikan khas yang berpengetahuan sains dan teknologi. 2. TIGA GELANG BERCANTUM -merupakan kegiatan dan semangat kesukanan yang sentiasa bergerak aktif . 3. TANGAN Melambangkan sikap warga sekolah SMPKVK yang mempunyai sikap setia dan rela berbakti kepada ibu-bapa, guru-guru, masyarakat dan negara serta sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Ia juga melambangkan sekolah SMPKVK yang memberi peluang pendidikan kepada golongan istimewa seterusnya berupaya mencorakkan masa hadapan dan berpeluang mengecap kejayaan dalam hidup. 4. SIMBOL DAUN Melambangkan kursus-kursus pertanian yang ditawarkan di sekolah ini.

PROFIL SEKOLAH 5. KERAWANG- Melambangkan 3 kursus seni iaitu kursus batik yang terbahagi kepada kursus batik lukis, batik skrin, dan batik terap. 6. LENGKUNGAN SEPARUH BULAT- Menggambarkan kursus ERT iaitu kursus pembantu penyedia roti, pembantu penyedia makanan, katering, dan pemprosesan makanan. Keseluruhan simbol ini menggambarkan pelajar-pelajar di sekolah ini yang akan menuntut ilmu seterusnya berkembang dan bercambah untuk membuahkan hasil dan berkhidmat kepada bangsa dan negara. WARNA 1. JALUR-JALUR MERAH PUTIH- melambangkan prinsip sekolah yang berasaskan kepada 5 prinsip rukun Islam dan rukun negara. 2. WARNA MERAH- Melambangkan sifat berani dan keyakinan diri serta sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang diingini. Bentuknya yang menjurus ke dalam memberi maksud berusaha untuk maju ke hadapan dan menuju kejayaan. 3. WARNA PUTIH- Melambangkan kesucian dan kebersihan ,serta ketenteraman sekolah. Ia juga menggambarkan pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu dan bakal dicorakkan oleh guru-guru. 4. WARNA BIRU- melambangkan sifat murni dan setia berbakti. 5. WARNA KUNING- Melambangkan semangat dan pendorong ekspresi diri, meningkatkan inspirasi, dan merangsang kemampuan intelektual pelajar. 6. WARNA HITAM- Melambangkan keadaan sekolah yang sentiasa memberi perlindungan dan sokongan kepada pelajar-pelajar serta melambangkan keutuhan sebuah sekolah. 7. WARNA HIJAU Melambangkan kursus-kursus pertanian yang terdapat di sekolah

PROFIL SEKOLAH FALSAFAH SEKOLAH

PENDIDIKAN DI SMPK VOKASIONAL KUANTAN IALAH SATU USAHA KE ARAH MELAHIRKAN INVDIVIDU YANG BERKEMAHIRAN, VISI SEKOLAH BERKETRAMPILAN DAN BERBAKTI DALAM MENCAPAI KEUPAYAAN UNTUK BERDIKARI DAN MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN INSAN YANG MENYELURUH SERTA MENANAM NILAI-NILAI MURNI DAN MEMPERKUKUHKAN JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEK DAN SPIRITUAL.
MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL KUANTAN MENJADI SEKOLAH ALIRAN KEMAHIRAN YANG UNGGUL PADA 2018
MISI SEKOLAH

MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI DALAM BIDANG KEMAHIRAN BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PROFIL SEKOLAH

Lagu sekolah
Kami putera puteri SMVLD Mengejar sinar kecemerlangan Membina keyakinan diri Sahsiah dan budi pekerti

Menuntut ilmu penuh usaha Harapan dan cita-cita murni, Untuk kami melangkah ke hadapan Cabaran rintangan ditempuhi

Kami berjanji penuh keyakinan Berilmu teknologi berbakti Merealisasikan wawasan kita Berusaha pasti jaya Budaya SMVLD ditingkatkan Demi kecemerlangan semua (2x)

Anda mungkin juga menyukai