Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PBS Pada 4 Mac 2012, saya diberikan peluang yang amat berharga untuk bagi seorang bakal

guru. Peluang keemasan untuk berada di sekolah bagi Program Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) mendedahkan saya kepada persekitaran dikalangan guru- guru professional. Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan merupakan sekolah pilihan saya dalam menjayakan program ini. Pengalaman saya sebagai seorang guru selama seminggu merupakan suatu cabaran dalam meempersiapkan saya sebagai seorang guru di masa hadapan. Alhamdulillah, banyak pengalaman dan tunjuk ajar yang saya perolehi sepanjang berada disana. Tugas seorang guru amatlah susah kerana mereka perlu melayan pelbagai karenah murid- murid sekolah dari semua peringkat umur. Berdasarkan pemerhatian saya, kesabaran merupakan sesuatu yang wajib ditanam dalam diri semua para guru. Tanpa kesabaran sudah pasti suasana di kelas menjadi kacau bilau. Terutamanya bagi kelas yang terakhir yang amat berbeza dengan kelas pertama, yang memerlukan kaedah kawalan kelas yang berbeza. Para pelajar di kelas terakhir lebih nakal dan memerlukan perhatian yang lebih tegas terhadap para pelajar ini. Berada di sekolah memberikan pengalaman yang menarik terutama apabila diminta untuk merasai pengalaman berada di dalam kelas bersama dengan para pelajar. Pengalaman ini membolehkan saya untuk merasai suasana bagaimana proses P&P berlaku di dalam kelas. Kemahiran seorang guru mengawal suasana kelas dan mengawal disiplin para pelajar jelas menjadi suatu tugasan yang amat sukar bagi mereka yang tiada pengalaman. Melihat para guru di sekolah tersebut membuka mata saya terhadap profession perguruan yang memerlukan kemahiran dan pengalaman yang tertentu dalam mengendalikan sesebuah kelas. Pengalaman PBS selama lima hari ini telah mengajar saya erti sebenar profession seorang guru. Bagi mereka yang hanya tahu menilai akan menganggap profession perguruan sesuatu yang amat mudah dan tidak memerlukan penekanan. Persepsi ini sesungguhnya bercanggah sama sekali, bagi mereka yang telah merasai penat lelah sebagai seorang guru akan memahami perasaan tersebut. Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, telah mematangkan diri saya dan sedikit sebanyak saya dapat memahami erti sebenar perkataan guru yang tugasnya bukan hanya mengajar generasi yang akan dating, malah akan menentukan nasib negeri kita. Proses ini membantu saya untuk memahami peranan sebagai seorang guru dengan lebih mendalam dan ini juga membantu saya untuk menjadi lebih bertanggungjawab sebagai seorang guru demi masa depan generasi baru.

By: Tengku Alif Mukhlis Bin Tengku Ezani

TESL C

Anda mungkin juga menyukai