Anda di halaman 1dari 2

1. Pengaruh rakan sebaya 2. Perasaan ingin mencuba 3.

Menghadapi tekanan - merokok dapat menimbulkan keseronokan baru - salah anggap masyarakat bahawa rokok boleh menenangkan perasaan. 4. kelalaian ibu bapa - terlalu beri kebebasan/ terlalu memanjakan anak/terlalu percaya akan anak-anak - tidak memberi bimbingan - kurang perhatian dan kasih sayang 5. rokok mudah diperoleh dan murah - ada banyak jenis dan harga - pilih sahaja. 6. penguatkuasaan undang-undang terhadap apa-apa yang berkaitan rokok untuk mengurangkan jumlah perokok tidak berjaya.
1. KURANG IKATAN KEKELUARGAAN

Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati bahawa peranan keluarga amat penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang sering berlaku pada anak remaja sekarang ini. Ikatan kekeluargaan yang ada sekarang ini semakin berkurangan kerana ibu bapa tidak memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka kerana mereka sering saja sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak merasa bosan dan kurang kasih sayang daripada ibu bapa sehingga anak-anak mereka menjadi penghisap rokok kerana tidak seorang pun yang melarang perbuatannya itu. 2. TERLALU BEBAS Punca seterusnya, tingkah laku anak-anak mereka, terutama yang telah mencapai umur belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Anak-anak remaja terlalu diberi kebebasan oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap aktiviti. Jadi anak tersebut melakukan sesuatu tanpa pengetahuan dan larangan ibu bapa. 3. IBU BAPA MENGHISAP ROKOK Selain itu, ada ibu bapa yang menghisap rokok di depan anak-anak mereka. Ini bukan saja menunjukkan contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak mereka supaya berbuat perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga melakukan hal yang sama. 4. PERGAULAN DAN PENGARUH RAKAN-RAKAN Pengaruh dan pergaulan dengan kawan-kawan yang merokok juga merupakan faktor penggalak bagi remaja untuk menghisap rokok kerana jika mereka tidak merokok, mereka akan disisihkan dan dianggap tidak berani. 5. INGIN MENCUBA DAN BERSERONOK Mereka juga terdorong oleh perasaan ingin mencuba bagaimana rasanya rokok itu kerana golongan remaja sinonim dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Bagi remaja khususnya lelaki menganggap dengan merokok dapat menunjukkan kedewasaan atau kematangan mereka sebab itulah mereka merasa bangga apabila menghisap rokok. Ada juga remaja lelaki yang beranggapan mereka merokok sekadar untuk berseronok saja tanpa memikirkan kesan buruk akibat tabiat merokok. Manakala lelaki dewasa merokok kerana sifat ketagihan mereka sehingga ada yang berpendapat rokok sahabat atau kekasih kedua mereka.

6. ROKOK MUDAH DIPEROLEHI Ada juga berpendapat rokok mudah dibeli disebabkan itu remaja mula dan meneruskan tabiat merokok setiap hari dan juga rokok itu mudah diperolehi dari rakan-rakan yang merokok. 7. TERTEKAN Tabiat merokok ini juga berlaku apabila merasa tertekan dengan kerja dipejabat atau sekolah, mengantuk dan apabila tiada keyakinan diri terhadap sesuatu perkara. Ada juga remaja atau pelajar yang memberontak seperti marah atau tidak puas hati terhadap guru dan sebagainya akan menghisap rokok kerana bagi mereka rokok itu dapat menghilangkan tekanan. 8. PENGARUH MEDIA MASSA DAN GOLONGAN BERPENGARUH Selain itu, pengaruh daripada media massa juga memainkan peranan yang penting seperti disiarkan iklan orang merokok dan sebagainya kerana golongan remaja ini mudah terikut-ikut dengan budaya yang diperlihatkan kepada mereka. Golongan berpengaruh seperti ahli politik, artis, doktor dan termasuk pemimpin agama yang merokok memberikan teladan yang negatif kepada masyarakat, ini menyebabkan golongan remaja semakin rancak atau tanpa segan silu menghisap rokok di tempattempat awam. 9. GALAKAN PENJUAL ROKOK Langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun adalah lemah atau gagal kerana penjual rokok hanya ingin mengaut keuntungan dalam perniagaan, oleh itu akibat buruk dari perbuatan remaja menghisap rokok tidak dihiraukan. Ini menunjukkan penjual seolah-olah memberi galakan kepad perokok untuk merokok dengan lebih giat lagi. Walaupun penjual tahu pembeli itu di bawah umur tetapi tetap juga dijual kepada pembeli tersebut tanpa menghiraukan larangan kerajaan tentang larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun.

Anda mungkin juga menyukai