Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 2 Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Kegiatan ekonomi tradisional adalah merupakan sistem ekonomi yang dijalankan secara bersama untuk kepentingan bersama. Kegiatan Ekonomi Tradisional sesuai dengan tata cara yang biasa ditempuh oleh nenek moyang sebelumnya. Seterusnya,sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong perlulah berkelakuan sopan dan bertatasusila agar dapat menjamin kerharmonian dan perpaduan kaum dalam menjana pembangunan ekonomi yang lebih mantap. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut masing-masing telah menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi. Oleh itu, negara kita pernah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan. Selain itu, warisan sejarah yang membentuk persekitaraan ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisional kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekataan dan pembaharuan. Di samping itu, hasil kerjasama dengan agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, Jabatan Perikanan, Pertanian dan beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai programnya, insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani, pekebun, nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Akhir sekali, kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jikaterlibat dalam bidang pertanian.

Anda mungkin juga menyukai