Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEKS PENGACARA MAJLIS

UNTUK

PROGRAM PUSAT AKSES SEKOLAH BERSAMA KOMUNITI PERINGKAT NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAHUN 2011

29 NOVEMBER 2011

PKG TAMPIN

Masa 11.00

CUE Ketibaan tetamu

ANN 1
Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Program Pusat Akses Sekolah bersama Komuniti Peringkat Negeri Sembilan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan bagi Tahun 2011. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Masa
11.20 am

CUE
Ketibaan YB Dato Shamsulkahar bin Mohd Deli

ANN 2
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Shamsulkahar Bin Mohd Deli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus dengan diiringi : Yang Berusaha En Mohd Shohimi bin Abdul Halim (Ketua Unit ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan) Tn Abdullah bin Yussuf KPP BTPNNS, Tn Hj Hamzah bin Abu Pegawai Pelajaran Daerah Tampin dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.

Masa
11.21 am

CUE
Lagu Negara ku dimainkan YB, para tetamu jemputan dan hadirin dijemput duduk

ANN 3
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri. Mohon Yang Berhormat Dato serta hadirin sekalian mengambil tempat.

Masa
11.30 am

CUE
Setelah semua hadirin berada di tempat duduk

ANN 4
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirobbil Alamin. Wassolatuwassalamuala Asyrofil Anbiai Walmursalin Waala Alihi Wasohbihi Ajmain. Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera, Yang Berbahagia Tn Hj. Msduki Bin Hj. Shahri Pegawai Pelajaran Daerah Pontian Yang Berusaha ....................................................................... Ketua-ketua Jabatan Para Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Pontian Warga kerja Hospital Daerah Pontian Para guru, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Masa
11.35 am

CUE
Bacaan doa

ANN 6
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Tn. Hj. Khalid Bin Mohamad Shah untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Selepas bacaan doa

Masa
11.33 am

CUE
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis : Setelah semua para

ANN 5
Kuntum melati tumbuh melata Burung merbah di pohon cemara Assalamualaikum pembuka bicara

tetamu jemputan dan hadirin duduk

Selamat datang untuk semua Hari ini memugal jagung Hari esok memetik peria Hari ini kita berkampung Meraikan majlis penuh ceria Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran yang Yang Berbahagia Tn. Hj. Msduki Bin Hj. Shahri Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, ke Program Derma Darah Sempena Hari Guru Peringkat Daerah bagi tahun 2012 ini.. Majlis juga mengucapkan selamat datang kepada semua para tetamu jemputan, tuantuan dan puan-puan serta hadirin ke program yang diadakan pada pagi ini.

Masa
11.50 am

CUE
Hadirin yang dihormati, Ucapan alu-aluan Pengarah BTP

ANN 7
Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Msduki Bin Hj. Shahri Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Masa
12.00 tgh

CUE
Setelah selesai ucapan Pengarah BTP KPM

ANN 8
Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang Berbahagia Tn. Hj. Msduki Bin Hj. Shahri Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Masa
12.10 am

CUE
Ucapan YB Hadirin sekalian,

ANN 9

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pontian kepada pihak hospital Pontian kerana sudi bersama-sama menjayakan program ini. Untuk itu dijemput Yang Yang Berbahagia Tn. Hj. Msduki Bin Hj. Shahri Pegawai Pelajaran Daerah Pontian (dengan diiringi Yang Berusaha ............................................. ) untuk meyampaikan cenderahati kepada pihak hospital. Dengan ini majlis mempersilakan.

Setelah ucapan YB

selesai

Penyampaian

hadiah pertandingan mewarna.

Masa
12.20 tgh

CUE
Setelah selesai penyampaian hadiah dan sijil

ANN 10
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Msduki Bin Hj. Shahri Pegawai Pelajaran Daerah Pontian

Penyampaian cenderamata kepada wakil pengarah JPNS dan

Masa
12.30 am

CUE
Setelah selesai penyampaian cenderahati kepada YB dan wakil pengarah JPNS

ANN 11

Masa
12.35 am

CUE
Lawatan ke Tapak Pameran dan jamuan VIP.

ANN 12
Hadirin dan hadirat yang dihormati, Sempurnalah sudah Majlis kita pada pagi ini. Diharapkan kita semua akan beroleh manfaat dan kebaikan di atas apa yang kita lakukan pada hari ini.

Masa
12.10 am

CUE
Penutup

ANN 14
Bagi pihak kami, selaku pengelola majlis pada pagi ini, kami mengucapkan Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan dapat hadir ke program ini. Sekiranya ada terkurang dan terkasar bahasa daripada pihak ribuan kemaafan kami pohon. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

Anda mungkin juga menyukai