Anda di halaman 1dari 14

SURAH AN-NABA (AYAT 1-16)

SURAH AN-NABA 78:1-16 JUZ 30


Dengan nama Allah Yang Maha pengasih, Maha penyayang. Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya). Yang mereka (ragu-ragu dan berselisihan mengenainya. Jangan! (janganlah mereka bersikap demikian!) mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu). Sekali lagi jangan! (jaganlah mereka berselisihan !) mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka). (mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? Dan Kami telah mencipta kamu berpasang-pasang? Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya)- masa untuk mencari rezeki? Dan Kami telah membina di atas tujuh petala (langit) yang kuat kukuh? Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? Dan Kami telah menurunkan dari awan, ait (hujan) yang mencurah-curah, -untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

TAFSIRAN AYAT

Ayat 1-5
Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya). Yang mereka (ragu-ragu dan berselisihan mengenainya. Jangan! (janganlah mereka bersikap demikian!) mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu). Sekali lagi jangan! (jaganlah mereka berselisihan !) mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka). (mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?)

MERUPAKAN PERMULAAN YANG DIISI DENGAN KECAMAN TERHADAP PERTANYAAN MEREKA YANG SALING SOAL-MENYOAL. DI DALAMNYA JUGA TERDAPAT UNSUR KEHAIRANAN MENGAPA PERKARA ITU MENJADI BAHAN PERSOALAN.

Tentang apakah mereka bertanyatanya? (1)


Apakah perkara yang mereka bincangkan? Kemudian Allah Taala menjawab. Ini merupakan bahawa soalan itu bukan mahukan jawapan daripada mereka. Sebaliknya soalan itu bertujuan menunjukkan kejanggalan keadaan dan kepelikan persoalan yang mereka kemukakan.

Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).Yang mereka (raguragu dan berselisihan mengenainya. (2-3) Allah Taala tidak menyebut secara tepat perkara yang mereka persoalkan itu, tetapi hanya menyebut sifat perkara itu saja.. Iaitu berita besar.. Kemudian beralih kepada isyarat ancaman yang mengepung, yang lebih berkesan daripada jawapan secara langsung dan gertakan.

Jangan! (janganlah mereka bersikap demikian!) mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu). Sekali lagi jangan! (jaganlah mereka berselisihan !) mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka). (4-5)

Lafaz ( jangan) digunakan untuk tegahan dan larangan pengulangannya dan pengulangan ayat itu menunjukkan betapa serius ancaman itu.

(mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasaknya? (6-7)
Hamparan : maksudnya bumi yang dihamparkan untuk berjalan hamparan yang lembut seperti buaian kedua-dua maksud itu hampir sama. Kedua-duanya merupakan hakikat yang boleh dilihat oleh manusia tidak perlu kepada ilmu yang banyak untuk memahaminya di alam realiti. Keadaan gunung yang menjadi pasak merupakan satu febomena yang boleh dilihat oleh mata sesiapa pun, sehingga manusia yang naif sekalipun. Semakin tinggi pengetahuan manusia, semakin membesar hakikat ini dijiwanya, lalu dapat memahami di sebalik fenomena itu- takdir Ilahi Yang Maha Agung dan tadbir terperinci Yang Maha Bijaksana.

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan (8)


Merupakan fenomena yang dapat diperhatikan dengan mudah oleh setiap insan. Allah Taala telah menciptakan manusia terdiri daripada lelaki dan wanita, dan menjadikan kelansungan hidup manusia bergantung pada perbezaan yang ada pada suami isteri dan pertautan antara keduannya. Oleh sebab itu, apabila al-quran menggunakan sentuhan ini ketika berbicara kepada manusia, mereka akan mudah memahami dan terkesan dalam apa jua keadaan sekalipun, terutama apabila mereka merenung dan merasai tujuan, keselarasan dan tadbir yang ada di sebaliknya.

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya)- masa untuk mencari rezeki? (10-11)

Allah ,emjadikan tidur bagi manusia satu kerehatan. Tidur menghentikan manusia daripada keadaan sedar dan segala aktiviti, menjadiakan mereka di dalam keadaan tidak hidup dan tidak mati, merehatka jasad dan saraf serta menggantikan tenaga yang telah digunakan ketika sedar, bekerja dan sibuk dengan urusan kehidupan.

Dan kami telah membina di atas kamu tujuh (petala langit) yang kuat kukuh? (12)

Ayat ini menegaskan bahawa tujuh yang kukuh itu amat mantap formsinya, kuat binaannya yang mampu mencegah keretakan dan keruntuhan.

Dan kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? (13)

Matahari yang memancarkan dan memberikan kepanasan yang diperlukan oleh bumi dan penghuninya untuk hidup. Pengaruh matahri itu juga yang membentuk awan melalui proses pemeluapan air laut yang luas di atas muka bumi, lalu terangkat ke atas dan menjadi pemerah air.

Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah. (14)
Apabial diperah, lalu jatuh dan menitislah air yang terkandung di dalam awan itu. Daripada sinaran matahari yang terkandung di dalam awam itu. Daripada air hujan lebat yang diperah awan dari semasa ke semasa keluarlah bijibijian dan tumbuh-tumbuhan yang dimakan dan menjadi taman dengan pepohonan tebal dan dedaunan yang melitupi dahan.