Anda di halaman 1dari 10

Tugasan Kumpulan Berdasarkan kajian kes yang kami kaji, kami berpendapat Simon mempunyai banyak masalah yang

berpunca daripada keluarganya sendiri yang sibuk menguruskan hal-hal duniawi dan mengetepikan tanggungjawab mereka sebagai ibu-bapa yang sepatutnya mendidik dan memberikan kasih sayang terhadap anak-anak yang dilahirkan. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh Simon ialah dia tidak dapat menerima pendapat orang lain. Ini kerana semasa beliau di rumah tidak ada siapa disisinya untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh Simon. Di rumah dia hanya ditemani oleh orang gajinya yang sentiasa ada dan mendengar arahannya. Dalam situasi sebenar sepatutnya ibu bapa Simon ataupun adik beradik Simon perlu ada disisinya untuk membimbing beliau. Apabila keluarga Simon meluangkan banyak masa bersama dengannya, Simon akan lebih memahami tentang kehidupan dalam kumpulan sosial seperti rakan-rakan mahupun keluarganya sendiri. Oleh kerana faktor itu, Simon terpaksa ditemani oleh pembantu rumahnya untuk ke sekolah dan jika tidak ditemani oelh pembantu rumah tersebut, dia akan menangis dan tidak mahu masuk kedalam kelas. Namun, setelah setahun dia telah mempunyai sedikit keyakinan diri dan telah dapat berkomunikasi dengan dengan rakan-rakan

sekelasnya. Akan tetapi, dia mempunyai sikap yang kurang disenangi dimana dia sering ingin menarik perhatian dari orang sekeliling khususnya guru-guru dan rakanrakannya dengan cara yang tidak betul. Selain daripada masalah komunikasi, Simon juga mengalami masalah dari segi diet harian dimana dia selalu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat dan tidak berkhasiat. Ini akan menyebabkan Simon selalu hilang tumpuan didalam kelas. Selain itu juga, jika Simon terus mengamalkan pemakanan tersebut dia akan mengalami obesiti yang akan mengundang banyak penyakit merbahaya dan mampu mengundang maut.

Selain itu, Simon juga tidak dapat memberi tumpuan dan juga sering menggangu rakan-rakan kelas. Ini mungkin disebabkan Simon akan ketinggalan dalam

pembelajaran dan seterusnya akan menyebabkan pencapaian akedemik nya terus merundum. Lebih memburukkan keadaan apabila Simon menganggu rakan-rakan ia turut member kesan yang buruk kepada prestasi akedemik rakan kelasnya juga. Perangai Simon ini juga akan membuatkan rakan-rakan kelas kurang senang dengan sikap beliau sekali gus tidak menyukai kehadiranya didalam kelas tersebut. Selain daripada itu, apa yang saya dapat lihat berdasarkan tingkah laku Simon, ia juga menghadapi masalah kurang memberi tumpuan kepada perkara yang penting kerana Simon sering lewat masuk ke dalam kelas apabila dia selalu leka bermain dengan rakan-rakan semasa rehat. Apabila Simon leka bermain semasa rehat dia fizikalnya akan menjadi lesu dan juga membuatkan mental beliau tidak dapat fokus kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru semasa di dalam kelas. Jika ini berterusan dan tiada langkah pembendungan yang dilakukan oleh guru, kemungkinan besar untuk Simon melakukan kesalahan yang lebih teruk adalah besar. Seterusnya, kami turut mengesan bahawa Simon juga mempunyai masalah komunikasi antara rakan-rakan sekelas dimana dia gagal untuk menerima pendapat orang lain dan akan memastikan kesemua pendapatnya akan dituruti oelh rakan-rakan sekelasnya. Simon juga mempunyai sikap suka mengarah yang menyebabkan dia

tidak disukai oleh rakan-rakannya. Sikap begini lahir di dalam diri Simon disebabkan faktor persekitaran rumahnya yang lengang dan tidak ada sesiapa yang hadir untuk membentu Simon membentuk dirinya. Manakala masalah yang paling besar yang dapat kami kesan ketika melakukan analisis ini adalh pencapaian akedemik Simon adalah rendah dan amat memerlukan bimbingan untuk memastikan prestasi akedemiknya meningkat. Berdasarkan latar belakang Simon beliau adalah dari keluarga yang berada dan semestinya mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Perkara ini berlaku adalah disebabkan Simon tidak dapat memberi tumpuan dan guru-guru harus membantu Simon untuk fokus di dalam kelas. Antara cara-cara yang boleh digunakan boleh untuk membantu Simon ialah menhantar beliau kepada kaunselor sekolah. Sesi kaunseling secara perseorangan ini dapat

membantu Simon untuk memulihkan dirinya. Sekiranya Simon tidak berubah secara drastik sesi kaunseling secara berterusan haruslah dijalankan bagi membolehkan Simon memulihkan dirinya secara beransur-ansur.

STRATEGI YANG DIGUNAKAN DAN RASIONAL PEMILIHANYA Berdasarkan kajian kes yang telah saya perolehi strategi yang amat sesuai digunakan bagi mengatasi masalah sebegini ialah dengan menggunakan Terapi Realiti Glasser. Dengan menggunakan teknik ini terdapat 3 prinsip asas yang utama iaitu 1. Individu bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Tingkah laku tidak dihasilkan dari persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampaunya. 2. Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan. 3. Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya persekitarannya sesuai seperti mana yang ia kehendaki. Jadi berlandaskan 3 prinsip yang utama ini Simon sepatutnya bertanggungjawab terhadap perbuatanya sendiri kerana tindakannya dicetuskan sendiri oleh dirinya dan guru kelas akan membimbing Simon ke arah yang betul bagi memastikan beliau dapat menghentikan tingkah lakunya yang negatif. Selain itu juga saya dapat dikupaskan di sini dengan menggunakkan teknik ini guru akan meluangkan lebih masa dengan Simon untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang telah ditimbulkan oleh Simon. Masalah disiplin ini selalunya timbul disebabkan beberapa faktor. Antara faktor yang utama ialah masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya dan juga persekitaran yang kurang sihat. Punca masalah ini amat penting untuk diketahui oleh guru sebelum melakukan tindakan susulan kerana jika guru salah mengenal pasti punca, masalah yang dilakukan oleh Simon tidak dapat dibendung. Selain itu juga dengan menggunakan cara ini guru dapat mengelakkan daripada menggunakan kaedah hukuman sebaliknya guru akan membina hubungan yang positif dengan murid dan strategi ini tidak akan mencetuskan masalah sebaliknya guru akan mengenali murid dengan lebih mendalam lagi. Cara ini juga dapat mengelakkan perasaan dendam didalam diri murid kerana guru sedikit pun tidak melakukan dendaan ataupun hukuman. Dendaan atau hukuman mungkin merupakan satu cara yang mudah untuk guru menyedarkan murid tentang kesilapan yang dilakukan, akan tetapi tidak

semua orang dapat menerima cara ini. Tambahan pula tidak semua masalah dapat diselesaikan dengan situasi ini dan ada sesetengah masalah kita perlu berbincang dalam keadaan yang baik. Akhir sekali, dengan menggunakan kaedah ini terdapat langkah-langkah penyusulan yang efektif yang boleh dilakukan oleh guru sekiranya masalah yang dihadapi ini tidak dapat ditangani. Dengan adanya langkah penyusulan ini lebih mudah untuk guru membetulkan keadaan kerana guru telah memahami situasi yang sebenar dan Cuma perlu melakukan sedikit sahaja pengubahsuaian bagi membetulkan sikap Simon yang sering melakukan masalah semasa sesi persekolahan. TEORI-TEORI YANG DIKAITKAN DENGAN TERAPI REALITI GLASSER TEORI KAWALAN (1970) Kita cuba mengawal tingkah laku supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang paling memuaskan hati kita pada waktu tersebut.

TEORI PILIHAN (1988, 1997) Semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia (diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan). Menurut Glasser (1984, 1996), pelajar memerlukan 4 keperluan, iaitu: i. ii. iii. iv. Keperluan untuk memiliki. (memiliki kawan, terlibat dalam aktiviti kelas bersama guru) Keperluan terhadap kuasa/pengaruh. (mempunyai rasa diperlukan, disedari kehadirannya oleh orang lain, dan rasa ingin bersaing) Keperluan terhadap kebebasan.(pelajar bebas membuat pilihan menggunakan kemahiran membuat keputusan mereka sendiri) Keperluan untuk berseronok.

CARA UNTUK MELAKSANAKAN STRATEGI Sekiranya saya merupakan guru kelas simon saya akan melaksanakan strategi dengan membina hubungan yang baik dengan Simon bagi mengatasi masalah yang dihadapinya. Saya akan menggunakan langkah disiplin terapi Glasser untuk membantunya. Pertama sekali saya akan mengenal pasti punca Simon berkelakuan tersbut. Bagi mengenal pasti punca ini banyak usaha yang perlu dijalankan oleh saya seperti melakukan pemerhatian ke atas dirinya semasa sesi persekolahan dan juga menyiasat serba sedikit mengenai latar belakang keluarganya. Sekiranya punca masalah telah dikenalpasti barulah langkah yang seterusnya akan dijalankan. Bagi langkah kedua pula saya akan pertimbangkan sekiranya masalah yang sebegini telah dihadapi oleh saya dan teknik untuk menanganinya kurang berkesan, saya tidak menggunakan teknik yang sama dan memikir strategi yang baru. Seterusnya saya perlu membina hubungan yang baik dengan Simon. Kaedah ini adalah lenih baik digunakan kerana murid akan lebih berasa selesa dengan kita daripada menggunakan kaedah hukuman. Apabila hubungan yang lebih baik dapat dibina antara murid dengan guru adalah lebih mudah untuk guru tersebut mengajukan soalan, dan juga memberi nasihat tentang masalah yang dihadapi oleh Simon. Antara soalan-soalan yang mungkin boleh ditanya ialah tentang kehidupan yang dilaluinya setiap hari ataupun masalah yang dihadapinya bagi membantu kita untuk merangka langkah-langkah pencegahan. Bagi langkah seterusnya saya akan mempertingkatkan cara penyoalan. Saya akan mengajukan soalan seperti Apakah yang anda lakukan itu? sekiranya Simon melakukan kesalahan. Ini kerana soalan sebegini adalah lebih mudah untuk dijawab dan secara tidak lansung Simon akan dikehendaki untuk befikir tentang tindakan yang yang telah mereka buat. Dengan ini Simon terpaksa memikul tanggungjawab terhadap tingkah laku tersebut. Akibatnya Simon terus tidak akan ulangi salah laku tersbut. Sekiranya masalah ini berlanjutan saya harus mengadakan perbincangan yang lebih mendalam dengan Simon. Saya perlu bertanyakan soalan yang membolehkan menilai apa yang telah Simon lakukan. Amat penting untuk Simon membuat penilaian yang berunsurkan nilai berhubung dengan apa yang telah mereka lakukan. Selagi Simon tidak menyedari kesalahanya, dia tetap akan diberi konsekuan yang berkaitan.

Langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh saya sekiranya Simon tidak dapat berubah ke arah yang positif ialah Simon akan dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif. Saya selaku guru kelas akan membantunya untuk membuat pelan tersbut. Sebaik sahaja Simon membuat komitmen untuk berubah guru tidak lagi akan menerima sebarang alasan. Sekiranya langkah-langkah yang dijalankan keatas Simon ini masih belum menampakkan hasil, Simon akan diasingkan menggunakan time out dalam bilik darjah. Dalam tempoh ini Simon tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam aktiviti bilik darjah sehingga Simon berubah. Dan sekiranya Simon masih melakukan masalah dan masih menggangu perjalanan sesi pengajaran saya akan menghantar Simon menhantarnya ke satu lokasi khas yang selesa dan Simon akan diselia oleh seorang yang ditugas khas untuk membantunya membaiki tingkah laku yang tidak wajar. Contoh tempat yang boleh dihantar ialah unit bimbingan kaunseling. Sekiranya Simon masih lagi melakukan kesalahan ibu-bapanya akan dihubungi dan saya akan menasihati ibu bapanya untuk memindahkan Simon ke sekolah lain.

REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH NAIM SYAHMI BIN SHAHRUDDIN 910401-07-5509 Pada 19 hingga 24 mac yang lalu saya telah menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah bertempat di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selama 5 hari berada di situ banyak pengalaman yang dapat saya perolehi terutamanya tentang cara dan juga teknik untuk menguruskan bilik darjah dengan betul. Pada hari pertama, saya tiba sekolah pada pukul 7.15 pagi dan melaporkan diri kepada huru besar. Tepat pada pukul 7.30 pagi saya dan rakan-rakan yang lain turun ke tapak perhimpunan untuk menghadiri perhimpunan mingguan. Kehadiran kami disambut baik oleh semua warga sekolah tersebut. Semasa perhimpunan kami diberi peluang untuk mengenalkan diri kepada murid-murid. Pada hari pertama juga saya telah mendapat peluang untuk menggantikan kelas kerana kebanyakkan guru tidak hadir. Semasa menggantikkan kelas tersebut saya telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan mengadakan kuiz untuk mereka. Sambutan dari mereka amatlah menggalakan akan tetapi kita selaku guru harus bijak untuk mengawal suasana kelas. Pada hari kedua pula, saya dan juga rakan-rakan yang lain tidak melakukan banyak aktiviti. Kami melakukan kolaborasi bersama guru-guru dan juga staf-staf yang terdapat disekolah itu. Banyak maklumat yang kami perolehi daripada mereka terutamanya tentang budaya sekolah itu sendiri. Sekolah ini sendiri banyak menekakan tentang kebersihan sebagai salah satu aspek yang penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi fizikal dan juga mental. Suasana di sekolah itu sendiri adalah sangat kondusif dimana kawasannya dijaga dengan rapi dan kemudahan juga dikawal dengan baik. Terdapat banyak taman-taman yang disediakan untuk murid-murid mengulangkaji pelajaran di dalam suasana yang nyaman dan permai. Bilik darjah di sekolah tersebut amat bersih kerana pada setiap hari seorang guru akan ditugaskan untuk memantau tahap kebersihan bagi memastikan pembelajaran dapat dijalankan di

dalam suasana yang kondusif. Selain itu juga susun atur bilik darjah di sini telah ditetapkan bagi memudahkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Pada hari ketiga kami telah bersama-sama dengan guru lain melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini perlukan kemahiran untuk mengawal murid. Ini kerana semasa aktiviti ini guru perlu mengawal murid dalam kuantiti yang banyak. Jadi guru tersebut haruslah tegas semasa mengawal aktiviti kokurikulum. Saya ditugaskan untuk mengajar murid-murid kawad kaki ringkas. Agak mudah untuk mengawal muridmurid semasa kawad kaki kerana mereka berada di dalam keadaan formal semasa kawad dan tidak boleh bergerak mengikut kehendak mereka. Setelah selesai kokurikulum kami telah pergi ke perpustakaan untuk melihat suasana perpustakaan sekolah tersebut. Suasana di perpustakaan sangatlah kondusif. Susun atur

perpustakaan tersebut memudahkan murid-murid untuk mencari maklumat yang mereka inginkan. Pada hari keempat saya dan rakan-rakan membantu seorang guru untuk membuat garisan gelanggang bola baling. Banyak pengalaman baru yang saya perolehi semasa menjalankan tugasan ini. Terutamanya tentang cara-cara untuk membuat garisan dan juga prosedur-prosedur untuk memohon barang untuk digunakkan daripada pihak sekolah. Semasa kami melakukan tugasan ini banyak murid-murid yang datang untuk melihat. Jadi sebagai seorang guru kita harus tegas menyuruh muridmurid ini beredar dari kawasan tersebut dan masuk ke kelas mereka. Dendaan juga boleh dijalankan keatas murid-murid yang mengingkari arahan. Pada hari kelima tidak banyak yang kami dapat lakukan. Kami hanya berjumpa dengan semua guru dan staff untuk mengucapkan terima kasih di atas bimbingan mereka selama lima hari kami berada disana. Walaupun singkat sahaja waktu berada disana pengalaman yang kami perolehi amat dalam sekali terutamanya tentang pengurusan bilik darjah dan juga cara untuk menangani masalah tingkah laku muridmurid.

Anda mungkin juga menyukai