Anda di halaman 1dari 6

RancanganPengajaran Harian Mata pelajaran Tahun Masa Bidang Tajuk Objektif Pengajaran Hasil pembelajaran : Pendidikan Seni Visual

: 2 Mutiara : 60 minit : Menggambar : Rama-rama : Dapat mengetahui teknik membuat gurisan : Pada akhir pelajaran murid dapat: Murid dapat menghasilkan gurisan menggunakan krayon Nilai murni Murid dapat mengetahiu cara membuat gurisan Murid dapat menghargai keindahan alam sekitar

: memupuk sifat sabar, tekun, kasih sayang, bekerjasama dan meningkatkan kreativiti murid.

Unsur KBKK BBM

: sumbangsaran : kertas lukisan Krayon,alatan untuk menguris,pembaris

Langkah

Isi pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan/ ABM / Nilai

Induksi ( 5 minit)

1. Guru memperkenalkan tajuk yang akan diajar. 2. Perbincangan dan soal jawab.

1. Guru menulis perkataan GURISAN di papan hitam dan meminta murid membacanya. 2. Guru bertanya kepada murid sama ada pernah membuat / melihat gurisan krayon. 3. Guru menunjukkan contoh-contoh gurisan krayon.

Soalan yang diberikan : 1. Murid-murid sila baca tulisan yang ada pada papan hitam ini. 2. Tahukah kamu apakah itu gurisan? 3. Murid-murid pernahkan kamu membuat gurisan menggunakan krayon?

Langkah 1 (10 minit)

1. Penerangan

1. Guru menerangkan maksud gurisan. 2. Guru menyuruh murid membuat gambar ramarama dengan menggunakan teknik gurisan. 3. Guru menunjukkan langkah-langkah membuat gurisan.

Menggunakan kertas panduan untuk aktiviti mengguris.

KBKK Kreatif

1. Menjana idea murid untuk penambahbaikan hasil karya masing-masing.

2. Pengagihan alatan.

4. Murid menyediakan peralatan untuk membuat

gurisan. Langkah 2 (35 minit) 1.Membuat aktiviti 1.Murid melakukan aktiviti mengguris berpandukan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru dan mengikut langkahlangkah yang betul yang telah diterangkan. 2.Murid mewarnakan latar belakang kertas lukisan dengan warna-warna yang menarik.

3.Murid menindih warnawarna tadi dengan menggunakan warna hitam.

4.Murid menggunakan

alatan mengguris.

5. Murid membuat kemasan 3. Menyiapkan tugas dan membuat kemasan pada gurisan yang telah dibuat.Murid mengemaskini penghasilan dengan membuat bingkai pada kertas lukisan.

Langkah 3 (5 minit)

1. Pamerkan hasil

1. Murid mempamerkan hasil karya yang telah dihasilkan dihadapan kelas. 2. Guru memberi komen dan pendapat tentang hasil kerja pelajar. 3. Guru memberi komen tentang kekemasan. 4. Guru memberi pujian pada hasil kerja murid. 5. Guru memilih karya yang terbaik untuk dipamerkan di dalam kelas sebagai penghargaan kepada murid yang menghasilkan karya dengan baik serta dijadikan motivasi kepada murid lain untuk menghasilkan karya yang terbaik.

1. Penilaian.

Penutup (5 minit)

Peneguhan

1. Guru mengulangi tajuk gurisan. 2. Guru bertanyakan apa yang murid perolehi melalui aktiviti gurisan. 3. Guru bertanyakan kegunaan gurisan pada alat-alat lain selain daripada menggambar.

Contoh soalan yang ditanya : 1. Apakah tajuk yang kita pelajari hari ini? 2. Apakah yang kamu perolehi daripada aktiviti yang dijalankan?

3. Pada pendapat kamu, selain daripada menggambar dimanakan lagi gurisan boleh digunakan?