Anda di halaman 1dari 25

Perayaan Krismas Krismas ( Hari Natal)

Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun pertama masehi, di Baitullaham. Ia adalah masa bagi keluarga dan rakan taulan berkumpul, memupuk cinta dan kasih sayang antara penganut Kristian.

Walaupun kemeriahan Krismas di negara kita agak kurang tanpa salji dan suhu sejuk, tetapi ia tetap dirayakan dengan meriah setiap tahun. Tambahan pula, Krismas adalah perayaan global dan sekular berbanding makna keaagamaan. Satu imej penting dalam perayaan Krismas ialah Santa Claus, orang tua gemuk berbaju merah dan berambut putih, yang datang dari kutub utara untuk memberi hadiah. Khabarnya Santa Claus berasal dari watak St. Nicholas, yang gemar memberi makan kepada kanak-kanak di masa Krismas.

Di Malaysia, masyarakat Kristian yang membentuk 7 peratus populasi mengamalkan advent iaitu selang masa empat minggu sebelum Krismas diisi dengan bacaan doa, membaca Bible, dan berpuasa. Perkataan advent itu bermaksud datang yang membawa maksud kelahiran dan kematian Jesus Christ.Di Gereja Katolik, terdapat upacara membakar lima batang lilin, yang mewakili lima minggu sebelum Krismas. Setiap lilin berwarna berlainan, dan membawa maksud-maksud tertentu. Lilin pertama bernama lilin Hope, kedua Peace, ketiga Joy dan keempat Love.

Apabila Krismas semakin hampir, rumah- rumah dihias indah indah,pokok Krismas didirikan, kad ucapan diedar, dan lagu-lagu perayaan dimainkan berulang kali. Terdapat juga hadiah yang diletak dibawah pokok Krismas.

Adalah menjadi kebiasaan jika kita melihat kumpulan koir menyanyi di gereja-gereja malah ada juga yang berpakaian Santa dan melawat kejiranan, rumah anak yatim, orang tua dan hospital bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik.

Malam Krismas ialah malam yang ditunggu-tunggu, sanak saudara akan berkumpul, masa untuk doa dan kesyukuran telah sampai. Biasanya Nativity play atau pertandingan ratu cantik perayaan akan juga diadakan.

Di malam Krismas juga akan terdapat kumpulan carol yang menyayi lagu-lagu keagamaan dan semangat dari pintu ke pintu. Apabila tiba tengah malam keluarga akan makan supper sebagai upacara menghormati Jesus Christ.Dimasa ini jugalah mereka bertukar hadiah dan membuka hadiah masingmasing.

Pagi Krismas, penganut Kristian akan bersembahyang di gereja, sebelum pulang ke rumah dan menunggu kedatangan tetamu.Dalam konsep rumah terbuka sekarang, perayaan menjadi semakin meriah dengan kedatangan kaum lain. Antara juadah yang biasa dihidangkan ialah kekacang, buah buahan, pai, dan ayam belanda bakar,termasuk juga rendang dan kari.Walaupun Krismas adalah sambutan sehari sahaja, tetapi semangat dan kemeriahannya berlangsung hingga ke tahun baru. http://akuniezams.blogspot.com/2010/03/kerja-kursus-sejarah-pmr-2010.html

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh

kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.

Sejarah
Kitab Perjanjian Baru tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus.[2] Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran Jesus.[3] Bagaimanapun, tokoh sains terkemuka, Isaac Newton mendakwa tarikh Krismas telah dipilih agar bersempena dengan perayaan habisnya musim sejuk Rom kuno.[4]Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22 Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 Disember.[5] Pada tahun 1889, Louis Duchesne berpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai sembilan bulan selepas 25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung Maria.[6] Orang Kristian awal percaya bahawa Jesus disalib pada 25 Mac,[7] tarikh ekuinoks musim bunga mengikut takwim Rom.[8] Pendapat inkarnasi berlaku pada tarikh yang sama dengan hari kewafatan Jesus selaras dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi mati apabila berusia kamiran.[9] 9 bulan sebelum Krismas, disambut pula Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.[9]

Mozek Jesus Christ yang digambarkan sebagai Sol, tuhan Matahari, di Mausoleum M di nekropolis pra-abad ke-4 di bawah Basilika St. Peter di Rom, bernama Christo Sole (Kristus Sang Suria) dan bertarikh penghujung abad ke-3 oleh ahli arkeologi Itali.[10]

Dies Natalis Solis Invicti


Hermann Usener, pada tahun 1899, menyatakan bahawa tarikh hari Krismas diambil dari suatu pesta orang Rom, Sol Invictus.[11] Beliua mengatakan, Gereja pada masa itu mengambil tindakan demikian supaya penyembah berhala Rom pada masa itu akan menganut agama Kristian, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tradisi mereka.[11] Dies Natalis Solis Invicti, "Kelahiran Dewa Matahari," disambut pada 25 Disember. Gelaran pesta tersebut, Sol Invictus, menyebabkan dewa-dewa matahari disembah, yang mana ianya termasuklah dewa Elah-Gabal, dewa matahari Syria; Sol, dewa maharaja Aurelia (AD 270274); dan Mithras, dewa tentera

dalam mitologi Parsi.[12] Maharaja Elagabalus (218222) memperkenalkan pesta tersebut dan menjadi popular semasa pemerintahan Aurelia, yang menjadikan pesta tersebut sebagai cuti umum.[13]

Sambutan
Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanyakan negara di dunia, termasuk yang majoriti penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas disambut di negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas penjajah, diduduki oleh kelompok minoriti Kristian atau menerima pengaruh budaya asing. Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia, Georgia, Mesir, Armenia, Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam kalendar Gregory. Di seluruh dunia, sambutan Krismas dirai dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.

Tradisi Gereja

Lakon pentas "kelahiran Nabi Isa" di Jerman Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa. Berikut ialah cara-cara Krismas disambut di gereja. Paparan kelahiran Jesus Christ Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan babak kelahiran Jesus. Dimulai oleh St. Francis dari Asissi pada abad ke-13, tradisi yang berasal dari Itali ini diperluaskan ke banyak negara lain. Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni.

An Advent wreath on the Second Sunday in Advent Lingkaran Kedatangan Lingkaran Kedatangan (Advent wreath) ialah selingkaran daun-daun pain, ivy dan holi, dengan lima batang lilin di dalamnya yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan pada setiap Ahad pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah dinyalakan pada pagi Hari Krismas. Gereja selalu dihiasi dengan dahan dan daun hijau, di samping juga dimasukkan pohon Krismas. Pembacaan kitab Pada hari Krismas, diadakan sesi pembacaan kitab yang menceritakan kisah kelahiran Jesus yang terkandung di dalam kitab Bible, di samping bacaan-bacaan suci lain yang mengisahkan tentang bahaya kerakusan hawa nafsu manusia, dan mengenai datangnya Penyelamat (Messiah) yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa manusia. Karol Kebanyakan gereja juga mengamalkan upacara nyanyian karol yang dipersembahkan di dalam suasana nyalaan lilin, kebanyakannya melibatkan nyanyian atau bacaan suci Bible oleh koir dan juga para penganut yang taat.

Sambutan awam dan komersil

Sebatang pokok Krismas gergasi di Lisbon, Portugal

Kawasan sekitar bandaraya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk menggantung sepanduk, panji-panji dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan, tiangtiang lampu, dan pokok-pokok di sekeliling bangunan. Banyak juga bandaraya besar yang meletakkan sepohon pokok Krismas di tempat-tempat awam, seperti di Trafalgar Square di London, Times Square di New York dan Martin Place di Sydney. Tidak lupa juga kegiatan amal untuk menyeru warga kota agar menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Waktu perniagaan kedai dan pusat beli-belah dilanjutkan sebelum hari Krismas agar orang ramai diberi lebih banyak masa bagi membeli juadah makanan dan hadiah-hadiah Krismas. Tingkap kedai sentiasa dihias babak kelahiran Jesus, termasuk di gedung membeli-belah besar yang mampu menyediakan babak animasi untuk menghiburkan kanak-kanak. Gedung beli-belah besar juga menyediakan seorang pelakon watak Santa Claus yang duduk di atas singgahsana untuk mendengar permintaan kanak-kanak pada hari Krismas, di samping diambil gambar bersama para pengunjung.

Pasar Krismas di Dresden, Jerman. Perarakan, hiburan jalanan dan konsert Krismas juga diadakan di bandar raya. Sesetengah pekan mengadakan tradisi nyanyian karol oleh kumpulan koir dan persembahan penghibur ternama di dewan perbandaran atau di kawasan luar bangunan.

Sambutan seisi keluarga

Sebuah keluarga berhibur sempena Krismas. Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan, bertemu semula untuk bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan menyanyikan karol dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi indah sempena sambutan Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon Krismas di ruang tamu dan gantungan stoking merah besar pada tempat pendiangan api. Pokok Krismas Tradisi menghias pohon Krismas berasal dari negara Jerman. Selalunya pokok malar hijau menjadi pilihan, khususnya pokok fir yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya, dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya pokok buatan menjadi pilihan.

Rujukan
1. Christmas as a Multi-faith Festival BBC News. Dicapai pada 30 September 2008. 2. "Christmas, Encyclopdia Britannica Chicago: Encyclopdia Britannica, 2006. 3. Roll, p. 129. Contohnya, pada tahun 1761, Paus Benedict XIV berhujah bahawa para ketua gereja pasti mengetahui tarikh sebenarnya dari catatan bancian kerajaan Rom kuno. (Roll, p. 129). 4. Newton, Isaac, Observations on the Prophecies of Daniel, and the Apocalypse of St. John (1733), Ch. XI. "They who began first to celebrate them, placed them in the cardinal periods of the year; ... and the birth of Christ on the winter Solstice, Decemb. 25," 5. Pliny yang Tua, Natural History, 18:59 6. Roll, pp. 88-90. Duchesne, Louis, Les Origines du Culte Chrtien, Paris, 1902, 262 ff.

7. Tarikh ini diberi oleh Tertullian (Adv. Jud., 8) dan Hyppolytus. ("The Feast of the Annunciation", Catholic Encyclopedia, 1998). Roll, p. 87. 8. Bradt, Hale, Astronomy Methods, (2004), p. 69. Roll p. 87. 9. 9.0 9.1 "The Feast of the Annunciation", Catholic Encyclopedia, 1998. 10. Kelly, Joseph F., The Origins of Christmas, Liturgical Press, 2004, p. 67-69. 11. 11.0 11.1 Roll, p. 131-32. 12. ""Mithraism", The Catholic Encyclopedia, 1913. 13. "Sol." Encyclopdia Britannica, Chicago (2006).

Krismas rapatkan persahabatan dan kekeluargaan


Oleh Zuhayati Yazid Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN

Tanggal 25 Disember setiap tahun, jutaan penganut Kristian di seluruh dunia akan menyambut perayaan Krismas. Tidak kira sama ada dari mazhab Katolik, Protestan, Anglican ataupun Methodist, yang pasti mereka akan pergi ke gereja dengan matlamat menjadi saksi kepada kelahiran Jesus Christ.
bertukar-tukar hadiah merupakan tradisi menyambut Krismas.

Seperti sambutan hari kebesaran kaum lain, Krismas turut memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat perpaduan, toleransi beragama, keharmonian budaya dan persefahaman di negara kita ditambah pula dengan semangat 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Bagi seorang guru, Eugene Mark Morais, 41, menyambut perayaan Krismas adalah satu kemestian padanya walaupun berlainan bangsa. ''Walaupun saya berbangsa India namun kami sekeluarga mengamalkan agama Kristian Katolik, jadi Krismas adalah satu kemestian untuk dirayakan. ''Malah perayaan ini juga adalah penantian kami setiap tahun kerana inilah hari untuk bertemu dengan sanak-saudara dan rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah,'' ujarnya yang tinggal bersama ibunya di Petaling Jaya, Selangor.

Bercerita mengenai perayaan Krismas, Eugene memberitahu, sebenarnya ia tidak banyak berbeza dengan amalan perayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Jika tarian singa dan pemberian angpau merupakan ciri-ciri utama dalam perayaan Tahun Baru Cina, sementara ketupat dan lemang diinterpretasikan sebagai sambutan Hari Raya Aidilfitri, maka pokok Krismas dan Santa Claus pula sinonim dengan Krismas. ''Biasanya 10 hari sebelum Krismas kami sekeluarga akan sibuk membuat persiapan di rumah termasuklah menghias pokok Krismas dan tempat untuk meletakkan patung Jesus yang dipanggil Chrib. "Persiapan harus disediakan sebelum carollies (sekumpulan penyanyi) datang membaca doa di rumah,'' katanya. Jelasnya, amalan memasang pokok Krismas dan kehadiran Santa Claus dalam perayaan Krismas dipercayai bertitik tolak sejak berabad-abad lamanya dan menjadi antara simbol kepada Hari Krismas. Yang menariknya, tradisi tersebut terus menjadi ikutan penganut Kristian hingga ke hari ini. ''Kami percaya tindakan menghias pokok Krismas merupakan satu-satunya cara paling berkesan untuk menikmati keindahan dan keghairahan perayaan ini. ''Tidak kurang juga, ada merasakan menghias pokok Krismas mampu mencetuskan suasana perayaan yang lebih meriah. ''Saya sendiri rasanya tidak lengkap jika perayaan yang disambut tanpa pokok Krismas,'' ujarnya yang berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama, Damansara. Ditanya mengenai juadah yang wajib dihidangkan, Eugine memberitahu, tetamu akan dihidangkan dengan masakan nasi tomato, biskut serta manisan. ''Biasanya tetamu yang hadir akan dihidangkan dengan kek Krismas (kek buah-buahan) dan juga wain,'' katanya. Jelasnya, istimewanya hidangan tersebut, kek Krismas tersebut biasanya disediakan dari tahun sebelumnya lagi untuk dihidangkan pada tetamu yang datang pada hari Krismas tahun ini. "Jangan risau, kek buah-buahan ini masih baik dan sedap dimakan. Ia rasa manis dan dibuat daripada campuran buah-buahan,'' ceritanya bersungguh-sungguh. Selain itu, menurut Eugine, tetamu yang datang akan menerima hadiah. ''Biasanya kami akan bertukar-tukar hadiah sebagai menghargai antara satu sama lain,'' katanya yang tidak sabar untuk menyambut Hari Krismas.

Sementara itu bagi jirannya, Amy Tew, 40, merasakan bertuah kerana dapat meraikan dua perayaan, Krismas dan Tahun Baru Cina setiap tahun. ''Walaupun dilahirkan sebagai bangsa Cina tetapi menganut agama Kristian, maka sebab itulah saya meraikan kedua-dua perayaan, inilah yang dikatakan konsep 1Malaysia,'' ujarnya . Ditanya mengenai sambutan Hari Krismas , Amy memberitahu, kebiasaannya dia bersama suami akan meraikan hari istimewa tersebut di rumah orang tuanya yang berdekatan kawasan rumahnya. ''Sudah menjadi kemestian kami sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai bersama adikberadik yang lain selepas pulang dari gereja pada malam Krismas,'' terangnya. Akuinya lagi, biasanya selepas balik dari gereja mereka akan bersama-sama menyiapkan hidangan untuk dimakan pada keesokan harinya. ''Selalunya tetamu akan dihidangkan dengan ayam Turki panggang dan juga masakan Barat,'' katanya. Manakala bagi temannya, Prof. Dr. Corolina Lopez Caballero, sudah sebati meraikan perayaan Krismas di negara ini. ''Tahun ini adalah kali ke-20 saya meraikan Hari Krismas di Malaysia, walaupun bukan di negara sendiri tetapi saya gembira meraikan perayaan ini'' ujar pegawai penyelidikan di Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya. Warganegara Mexico ini memberitahu, walaupun beraya di negara orang tetapi masakan tradisional seperti, Titamales (daging masak merah), Bunyelos (roti manis) serta Champurrado ( minuman coklat) tetap disediakan. Katanya, walaupun Malaysia sebuah negara Islam, Hari Krismas menjadi bukti masyarakatnya berfikiran terbuka dan saling menghormati agama lain. ''Ia cukup mengagumkan. Saya gembira menyambut Krismas dengan rakan di sini. Di sini sangat indah dan selamat, kami semua seronok dan menyukainya. "Walaupun terasa rindukan keluarga di Chihuahua, Mexico, namun dengan kehadiran rakanrakan, kerinduan itu sedikit terubat," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=1225&pg=ke_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Keluarga&y=2009#ixzz2DcDlEinn Utusan Melayu (M) Bhd

TRADISI NATAL- HIDANGAN WAJIB PELENGKAP KRISMAS 1 Komen Nak Sihat, Nak Kurus??Cuba tengok kat sini Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

SETIAP kali tiba musim perayaan Krismas, pasti terbayang sambutan makan malamnya yang meriah dengan kehadiran kaum keluarga yang berkumpul untuk meraikannya bersama-sama.

Pokok Krismas dihias indah dengan lampu dan ornamen berwarna-warni, hadiah dibungkus rapi serta juadah yang pelbagai menjadi antara elemen wajib setiap kali tibanya perayaan yang jatuh pada tarikh 25 Disember setiap tahun itu. Hidangan ayam belanda yang dipanggang sempurna juga begitu ikonik saat diletakkan di tengah-tengah meja makan.

Tradisi menyediakan makanan dalam kuantiti yang besar semasa sambutan malam Krismas mula diamalkan pada kurun ke-16.

Burung merak, angsa dan ayam belanda yang semula jadi bersaiz besar sesuai dengan amalan ini kerana bagi masyarakat Kristian, lebih besar hidangan, maka lebih meriah perayaan.

Pada masa itu, ayam belanda menjadi hidangan pilihan semasa Krismas di Eropah berbanding angsa. Begitupun ia hanya dihidangkan dalam keluarga bangsawan yang kaya. hari ini, kelazatan itu boleh dirasai oleh ramai orang

Chef selebriti, Chef Ahmad Sabri Abu Hassan memberitahu, hidangan ayam belanda begitu istimewa kerana ia jarang dihidangkan pada hari-hari biasa, sebaliknya menjadi hidangan tradisi turun-temurun semasa musim perayaan Krismas.

Kalau dalam masyarakat Melayu kita, lemang, ketupat dan rendang menjadi juadah istimewa musim perayaan, bagi penganut Kristian pula, ayam belanda menjadi menu istimewa kerana ia juga jarang dihidangkan pada hari-hari biasa.

Tambahan pula, ayam belanda mempunyai saiz yang besar iaitu sekitar 3.5 kilogram (kg) sehingga 6.8 kg seekor. Jadi seekor ayam belanda bakar memadai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga pada musim perayaan, ujarnya.

Menurut Chef Sabri, penyediaan ayam belanda lebih rumit berbanding ayam biasa, kerana ayam belanda mempunyai isi yang kenyal dan kurang berlemak kerana ia dibesarkan secara organik seperti ayam kampung.

Disebabkan itu, proses memasak mengambil masa yang panjang iaitu sekurang-kurangnya dua jam dan perlu diperap terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum dimasak.

Ayam biasa dipanggang atau dibakar selama 45 minit sahaja kerana isinya lebih lembut. Ayam belanda pula dibakar dengan suhu rendah iaitu 160 darjah Celsius selama 20 minit sebelum suhu diturunkan kepada 140 hingga 120 darjah Celsius selama sejam 30 minit sehingga dua jam, katanya yang pernah muncul sebagai hos rancangan Spice Routes dan Biker Chef ini.

Cara Barat

Chef Sabri memberitahu, di negara-negara Barat yang kebanyakannya menyambut Krismas ketika musim sejuk, lebihan ayam belanda yang dimasak akan disimpan berhari-hari dan dimakan bersama roti atau salad.

Ketika musim sejuk melampau, orang jarang ke luar rumah, maka ayam belanda akan menjadi hidangan simpanan di mana lebihannya akan dibuat stew atau dipanaskan untuk dijadikan inti roti.

Ia juga merupakan makanan yang sihat kerana rendah lemak dan kolesterol tetapi rasanya kurang manis berbanding ayam daging, katanya.

Justeru katanya, ayam Belanda sesuai dimasak manis seperti dibakar dengan campuran madu serta dihidangkan bersama sos yang manis seperti sos cumberland dan sos giblet. Sos-sos berkenaan mempunyai campuran buah-buahan seperti oren, kranberi dan strawberi. Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Selain itu, ayam belanda turut dihidangkan dengan beberapa hidangan sampingan seperti daging bakar atau panggang, stew, salad campuran, kentang panggang, pelbagai jenis roti, kentang lenyek, aneka manisan, kek dan sebagainya, terangnya.

Tambahnya, semasa ayam belanda dibakar di dalam oven, permukaannya boleh disapukan dengan madu supaya rasanya manis, malah menjadikan permukaan ayam itu berkilat dan lebih cantik.

Di Eropah ayam belanda juga dimasak berkuah dengan campuran buah-buahan dan kekacang. Disebabkan tempoh memasak yang lama, ia juga sesuai dimasak menggunakan teknik renehan, ujarnya.

Katanya, sekiranya mahu memasak ayam belanda dengan teknik menggoreng, ayam belanda mesti dipotong nipis supaya ia masak sempurna.

Untuk mengetahui sama ada ayam belanda masak sempurna selepas dibakar pula, terbalikkan ayam di dalam oven. Sekiranya jus yang mengalir daripada ayam jernih, maknanya ayam sudah masak, katanya.

Dalam pada itu, Chef Mohamad Sharif yang merupakan eksekutif chef di Hotel Melia, Kuala Lumpur memberitahu, masakan ayam belanda di Malaysia mempunyai rasa yang berbeza.

Di kebanyakan negara Eropah, mereka mencampurkan rum atau brandi dalam masakan, sebaliknya mereka yang tidak minum rum dan brendi akan berasa pelik dengan rasa berkenaan pada ayam belanda.

Di Malaysia, kebanyakan hotel menyediakan masakan halal, justeru resipi tradisi ayam belanda diubah supaya dapat dinikmati oleh setiap golongan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, katanya.

Katanya, hidangan ayam belanda bakar yang sering dihidangkan pada musim Krismas jarang habis kerana selalunya hanya bahagian dada sahaja dimakan kerana ia lebih lembut dan enak berbanding bahagian-bahagian lainl.

Semasa bertugas di negara-negara Eropah, kami akan mengasingkan lebihan ayam belanda untuk dimasak stew.

Ayam belanda juga disediakan secara galentine iaitu tulang-tulangnya dibuang dan isi ayam digulung bersama inti campuran buah-buahan yang manis dan roti sebelum dimasak menggunakan teknik stim dan bakar, katanya yang turut memberitahu, angsa merupakan pilihan alternatif bagi orang Perancis dan Britain.

Resipi rasa Malaysia

Menurut Chef Mohamad Sharif, di Malaysia, resipi ayam belanda bakar juga boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing-masing.

Masyarakat Malaysia kebanyakannya suka hidangan yang berempah dan sedikit pedas. Justeru tidak salah mencuba pelbagai resipi mengikut selera masing-masing, katanya.

Ayam belanda itu katanya, diperap semalaman dengan menggunakan pelbagai rempah yang boleh didapati di pasaran tempatan seperti serbuk cili, paprika, rempah cajun, herba campuran, lada hitam, lada putih, bawang merah, bawang putih dan jintan.

Ayam belanda seberat lima kilogram cukup dimakan untuk 20 orang. Dada ayam Belanda ini dipotong nipis menggunakan garpu dan pisau daging khas untuk dinikmati bersama hidangan sampingan lain seperti sayuran dan roti, jelasnya.

Menu utama itu juga dimakan bersama sarak (stuffing) yang merupakan campuran roti dan buahbuahan yang dimampatkan di dalam kerajang aluminium dan distim serta bakar serentak.

Menurut Chef Mohamad Sharif, sarak yang disediakan mempunyai campuran buah mangga, prun, aprikot dan nangka.

Resipi ini boleh diubah suai mengikut cita rasa rakyat Malaysia dengan menambah buah-buahan tempatan ke dalamnya.

Sayuran sampingan pula direbus terlebih dahulu kemudian dioles dengan mentega untuk meningkatkan rasa dan mencantikkan permukaannya, katanya.

Sedikit Fakta Tentang Hari Krismas, 25 Disember..

3 Votes!

Oleh: takusahrisau

Saban tahun, 25 Disember disambut dengan meriah oleh kira-kira 1.2 bilion penganut Kristian di seluruh dunia. Tarikh 25 Disember merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ. Perkataan Krismas berasal dari istilah Yunani iaitu Mass Kristus yang membawa maksud Perayaan bagi al-Masih. Sambutan perayaan ini sebenarnya wujud berabad-abad sebelum Isa dilahirkan tetapi tidak pernah didoktrin dalam agama Kristian sehingga beberapa abad selepas kematian Nabi Isa.

Di sinilah(satu sudut dalam Church of Nativity) dikatakan Nabi Isa dilahirkan.

Catholic Encyclopedia Edisi 1911 menggambarkan bahawa perayaan Krismas tidak berasal daripada Palestin tetapi daripada Mesir. Dalam ekslopedia itu menyatakan perayaan Krismas dipengaruhi dengan ajaran paganisme daripada Mesir. Perayaan Pagan sekitar Januari hari pertama setiap tahun benar-benar telah mempengaruhi tarikh 25 Disember yang kini dirayakan sebagai perayaan Krismas. Origen (AD 186-238), ahli teologi abad ketiga dan digelar bapa pengkritik Bible pernah menulis, Dalam Kitab Suci, tiada seorang pun yang direkodkan telah merayakan hari raya atau mengadakan jamuan yang besar pada hari lahirnya. Ia hanya orang-orang yang zalim dan toghut[seperti Firaun dan Herod] yang membuat hari berfoya-foya yang gah pada hari mereka dilahirkan di dunia. (dipetik daripada 1911 Catholic Encyclopedia, artikel Hari Krismas).

:::: Apabila kebanyakan penganut Kristian merayakan perayaan Krismas pada 25 Disember(Kalendar Gregory) saban tahun, terdapat penganut Kristian beraliran oriental seperti Armenian Apostolic Church dan beberapa yang lain menyambut perayaan Krismas pada 6 atau 7 Januari(Kalendar Gregory).

:::: Di barat, tarikh 25 Disember berkait rapat dengan perayaan penganut agama pagan dahulu kala. 25 Disember dikaitkan dengan Festival Yule iaitu sejenis festival keagamaan bagi kaum paganisme Jerman sebelum kedatangan Kristian. Festival ini dirayakan daripada pertengahan Disember sehingga awal Januari berdasarkan Gemanic Lunar Calendar. :::: Jika Festival Yule dikaitkan dengan Krismas di barat, di timur, perayaan Krismas dikaitkan dengan Festival Dies Natalis Solis Invicti atau Festival Kelahiran Sol Invictus. Sol Invictus adalah tuhan matahari yang disembah oleh bangsa Rom Byzantine yang mana telah diadaptasi daripada tuhan bangsa Syria, Elagabalus. :::: 25 Disember dikaitkan dengan tarikh kelahiran seorang lagi figura ajaran Paganisme iaitu Mitra. Mitra adalah dewa masyarakat Parsi yang kemudiannya diadaptasi oleh orang Rom sebagai dewa mereka. Ajaran Mitra dikenali Mitraism yang menjadi anutan ramai masyarakat Rom sebelum kedatangan Kristian pada abad ke-4 masihi.

Ukiran dewa Mithra.

:::: Manuskrip pertama yang menyatakan Perayaan Krismas 25 Disember dijadikan cuti umum adalah Calender of Filocalus. Ia dihasilkan untuk Valentinus, seorang bangsawan Rom beragama Kristian. :::: Selain tarikh 25 Disember sebagai tanggal kelahiran Jesus Christ, tarikh-tarikh lain turut dikatakan mempunyai kaitan dengan kelahiran Jesus Christ. Setiap tarikh mempunyai kekuatan dan alasan yang tersendiri sepertimana tarikh 25 Disember yang menjadi tarikh umum kononnya Jesus Christ dilahirkan. Tarikh-tarikh tersebut adalah 5 Januari, 6 Januari, 25 Mac, 28 Mac, 19 April, 20 April, 20 Mei, 21 Ogos, 17 November dan 19 November. :::: Santa Claus adalah nama paling dominan apabila datangnya perayaan Krismas. Santa Claus berasal daripada perkataan Belanda iaitu SinterKlaas. Santa Claus sebenarnya adalah nama

gelaran kepada Saint Nicolas of Myrra yang hidup sekitar abad ke-4 masihi. Beliau memiliki kegemaran memberi hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak yang kemudian menjadi model kepada Santa Claus pada hari ini. Lazimnya, amalan pemberian hadiah dilakukan pada 6 Disember sempena hari perayaan(feast day) St. Nicholas of Myrra.

Lukisan dinding mengambar St. Nicholas of Myrra.

:::: Warna tradisional Hari Krismas adalah merah, putih, hijau, perak dan juga warna keemasan. Merah melambangkan darah Jesus Christ ketika disalib manakala hijau melambangkan keabadian kehidupan. :::: Pokok Krismas antara salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan Krismas. Pokok Krismas diadaptasi amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk Solstis yang menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan. Apabila agama Kristian tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian meneruskan tradisi ini semasa perayaan Krismas. Bentuknya seakan-akan segitiga dikaitkan dengan doktrin triniti yang menjadi dasar mazhab Katholik.

Pokok Krismas

:::: Perkataan Christmas Tree direkodkan buat pertama kali pada 1835 yang mana diambil daripada perkataan Jerman. Pokok Krismas digunakan buat pertama kali semasa perayaan Krismas oleh pengasas mazhab Prostestan, Martin Luther(1483-1546) pada abad ke-16.

Martin Luther

:::: Sepertimana Pokok Krismas yang menjadi elemen utama semasa perayaan Krismas, Orang Salji atau Snowman juga sering mewarnai kemeriahan perayaan Krismas. Asal-usul Orang Salji masih tidak dapat dipastikan namun ilustrasi Orang Salji dapat ditemui di dalam buku Book of Hours yang bertarikh 1380 di The Hague. Kemungkinan besar, penggunaan Orang Salji digunakan lebih lama daripada tarikh tersebut. :::: Orang Salji paling besar pernah dibina adalah Orang Salji yang dibina di 2008 di Bethel, Maine. Orang Salji tersebut berdiri setinggi 37.21 meter dan dinamakan Olympia sempena Senator Parti Republikan Amerika Syarikat, Olympia Snowe.

'Olympia'

:::: Sebagai tambahan, sebuah kawah Asteroid 4 Vesta membentuk seakan-akan Orang Salji. Ia dirakam pada oleh Prob angkasalepas tanpa pemandu, Dawn pada 6 Ogos 2011.

'Snowman Crater'

:::: Perkataan Krismas sering disingkat menjadi Xmas. Ia diambil daripada abjad Greek yang ke-22 iaitu X. Sebutan X memberikan bunyi seperti Christ dan lama-kelamaan menjadi singkatan kepada perkataan Krismas. :::: Tarikh 25 Disember merupakan tarikh kelahiran bagi beberapa tokoh ternama dunia. Antaranya adalah ahli fizik terkenal, Isaac Newton(1642-1727), pengasas Pakistan, Muhammad Ali Jinnah(1876-1948), pengasas Chevrolet Motor Car Company, Louis Chevrolet(1878-1941), bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat(1918-1981), bekas pemain bola antarabangsa Brazil, Jairzinho(1944), Penyanyi kelahiran Britain, Dido(1971) dan ramai lagi.

Jairzinho

:::: Tarikh 25 Dismber juga merupakan tarikh kematian bagi beberapa tokoh ternama dunia. Antaranya adalah bekas maharaja Jepun, Emperor Taisho(1879-1926), Perdana Menteri kedua Turki, Ismet Inonu(1884-1973), pelawak terkenal, Charlie Chaplin(1889-1977), bekas

Presiden Komunis Romania, Nicolae Ceauescu(1918-1989), penyanyi genre Soul terkenal, James Brown(1933-2006) dan ramai lagi.

Ismet Inonu

:::: Pada tahun 2011, bangsa Yahudi seluruh dunia turut merayakan perayaan Hanukkah pada tarikh 25 Disember. Perayaan Hanukkah adalah perayaan 8 hari 8 malam dengan menyalakan lilin di sembilan tapak lilin Menorah. Perayaan ini jatuh pada 25 Kislev dan berakhir pada 2 atau 3 Tevet mengikut Kalendar Hebrew. Ia bersamaan dengan mana-mana hari pada akhir November dan akhir Disember mengikut kalendar Gregory.

Menorah

http://takusahrisau.wordpress.com/2011/12/25/sedikit-fakta-tentang-hari-krismas-25-disember/