Anda di halaman 1dari 5

Situ ada sebuah beg sekolah. Beg itu hadiah ayah buat Wana.

Beg yang ayah beri sangat cantik. Wana ucap terima kasih pada ayah. Wana bawa beg baru itu ke sekolah. Wana isi semua buku sekolah dalam beg. Wana suka dengan beg sekolahnya itu. Tiap hari Wana pergi ke sekolah bawa beg.

Itu jam tangan Abu. Ibu beli jam ini di kedai Pak Ali. Abu pakai jam itu di tangan kiri. Abu pakai jam sebelum keluar main di padang. Ibu pesan agar Abu balik rumah pukul enam. Abu kena balik awal untuk buat kerja sekolah. Abu tidak mahu lambat balik rumah. Jadi Abu selalu lihat jam tangannya itu.

Itu kek keju Fifi. Fifi beli di kantin sekolah. Harga kek keju itu lima puluh sen. Kek keju itu sungguh enak dan cantik. Fifi sangat suka makan kek keju itu. Esok Fifi mahu beli kek keju itu lagi. Dia mahu minta duit lebih pada ayah.

Dia mahu beli dua potong kek keju itu. Sana ada satu tin cat warna biru. Ayah beli cat itu di kedai Pak Omar. Ayah guna berus untuk sapu cat itu. Ayah cat kerusi dan meja kayu. Tin cat itu comot kena cat yang tumpah. Ayah lapik tin cat itu dengan kertas. Ayah jemur kerusi dan meja di tempat panas. Kerusi dan meja di cat biru nampak cantik.

Kerusi dan meja kayu lama kini nampak baru.