Anda di halaman 1dari 2

STRATEGI PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL (PEMODELAN) ALBERT BANDURA

KAEDAH PENYAMPAIAN GURU


Penyampaian guru hendaklah cekap menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar dan

MENGGUNAKAN RAKAN SEBAYA YANG CEMERLANG SEBAGAI MODEL

Semasa membentangkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat. Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (SPP) yang digunakan guru seperti kraftangan, lukisan atau model hendaklah bermutu tinggi. Sebagai contoh, guru membuat model berbentuk rumah daripada batang aiskrim sebagai SPP dalam subjek Kajian Tempatan Tahun 4 dibawah subtopik Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia. Kaedah ini dapat menjana pemikiran kreatif pelajar untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik berbanding guru mereka. Para pelajar akan mempunyai kecenderungan meniru guru dan menganggap guru sebagai role model.

Melakukan pembelajaran secara pembelajaran koperatif iaitu pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain

Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar akan meniru setiap gaya rakan-rakan mereka yang terbaik dan cemerlang sebagai role model.

STRATEGI PENGAPLIKASIAN TEORI PEMODELAN BANDURA

MENGAJAR NILAI MURNI DAN WATAK BERSEJARAH DENGAN TEKNIK MAIN PERANAN DAN SIMULASI

MEMBERI PENEGUHAN YANG POSITIF SELEPAS SESI PENGAJARAN

Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan sebuah cerita. Semasa bercerita, guru turut melakonkan watak dengan gaya dan mimik muka yang menarik perhatian para pelajar untuk mendengarnya.

Guru hendaklah menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan dan menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Setiap pelajar yang dapat menyelesaikan masalah semasa aktiviti di dalam kelas dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti pujian, tanda simbol bintang di buku / kertas latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan lain-lain.