Anda di halaman 1dari 12

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Pengenalan Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Ia berlaku di sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun lain. Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yang akhirnya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi antara tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor.

Faktor-faktor Interaksi Antara Tamadun Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat dari pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi dan sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala, secara khususnya, interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada aspek seperti kepimpinan, sikap golongan agama, kedudukan geografi, perkahwinan, perdagangan dan misi politik.

(1) Kepimpinan Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses interaksi tamadun. dilakukan. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi yang

Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan

menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar yakni aman dan damai. Sebaliknya seorang pemerintah atau raja yang zalim serta tidak mempunyai sifat toleransi akan menyukarkan interaksi antara tamadun. Dalam mengkaji interaksi antara tamadun kita menemui banyak contoh pemimpin atau raja yang mempunyai sifat toleransi. Sebagai contoh, Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan pemimpin yang mempunyai sifat toleransi yang tinggi dalam kepimpinannya . Baginda tidak menyekat kegiatan orang Yahudi dan Kristian semasa pemerintahan Islam di Madinah. Sebaliknya hak golongan ini dilindungi secara

perundangan. Hal yang sama berlaku semasa zaman pemerintahan Khulafa alRasyidin serta kerajaan-kerajaan Islam selepasnya. Di saamping sikap toleransi pemimpin yang menjadi penggalak kepada proses interaksi antara tamadun terdapat juga pemimpin yang bersikap zalim dan tidak bertoleransi sehingga mewujudkan konflik di kalangan masyarakat. Antaranya, sikap tidak bertoleransi Han Wu Ti (Dinasti Han) yang memihak kepada cendekiawan konfusianisme berbanding sami Buddha.

(2) Sikap golongan agama Sikap golongan agama seperti sami, paderi serta alim -ulamak merupakan

faktor yang sangat banyak mempengaruhi proses interaksi di antara tamadun. Lazimnya golongan ini berusaha untuk mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan kepada sifat-sifat keinsanan. Sikap golongan agama ini menjadi penentu kepada hidup beragama secara harmoni di mana kerukunan hidup bersama-sama insan yang mempunyai agama yang berbeza diterapkan. . Dalam Tamadun Islam, golongan agama merupakan para ulama manakala Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi tunggak kepada agama.

Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didukung oleh sami sementara paderi menguasai fahaman Kristian. Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan ulama Islam di Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya memberikan tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar sehingga terbentuknya pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh). Kesannya, Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan beberapa ulama lain terkenal di rantau Melayu. Namun demikian, terdapat juga golongan agama yang mencetuskan konflik seperti tindakan Paus Urban II yang mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095 M untuk memerangi orang Islam yang dikatakan bertindak zalim kepada penganut Kristian. Konflik ini juga berlaku ketika pemerintahan Dinasti Han apabila seorang pemerintah memenjarakan segolongan sami dan penganut Buddha. Namun, konflik yang berlaku tidak menghilangkan kepercayaan dalam kalangan masyarakat Asia kerana agama dan penguasanya tetap berada pada kedudukan yang tinggi.

(3) Geografi Seperti yang diketahui, sejarah sering menyebut tentang pentingnya kedudukan geografi yang strategik dan menjadi laluan utama dalam aktiviti perdagangan. Hal ini juga turut memberi kesan yang sama sehingga berlakunya interaksi tamadun. Contohnya, Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai tamadun lain kerana terdapat dua laluan utama iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan laut. Laluan sutera darat menghubungkan China dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Manakala, laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kedua-dua laluan ini menjalankan aktiviti

Kepulauan Melayu hingga ke Canton di Tenggara China. membolehkan negara-negara terlibat berinteraksi dan

perdagangan. Pelabuhan Melaka juga terkenal kerana kedudukan geografinya yang strategik dan terlindung dari angin monsun. Pelabuhan ini menjadi tumpuan dan

persinggahan para pedagang.

Aktiviti perniagaan berlaku di Pelabuhan Melaka

disebabkan ramai pedagang yang singgah.

(4) Perkahwinan Dalam pada itu, perkahwinan juga antara faktor penting dalam proses interaksi tamadun. Contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dan Puteri Pasai dalam Di rantau Alam Melayu juga,

kalangan golongan bangsawan dan pemerintah.

berlakunya interaksi di antara penduduk tempatan dengan pedagang Arab dalam tempoh mereka bermukim di situ sementara menunggu angin monsun. Perkahwinan ini juga membawa kepada Islamisasi kerana gadis tempatan perlu diislamkan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan pedagang Arab. Malahan, ahli keluarga gadis

tersebut juga turut sama menerima Islam dalam kehidupan mereka.

(5) Perdagangan Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya interaksi. Hubungan kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi lagi. Malah, pedagang Arab dan Parsi membina penempatan di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan Chow. Masjid turut didirikan di Guangzhou yang membuktikan berlaku

Islamisasi di wilayah tersebut. Alam Melayu turut berinteraksi dengan Arab secara tidak langsung apabila pedagang Arab singgah sementara menunggu angin yang sesuai sebelum ke China. Catatan Marco Polo tentang pengislaman Perak pada tahun 1292 M menunjukkan berlakunya proses Islamisasi.

(6) Politik Misi politik yang dimaksudkan ialah hubungan diplomatik seperti Alam Melayu dengan China. Hubungan diplomatik dengan China berlaku sejak 1404 M seperti yang tercatat dalam sejarah Melaka. Tujuan Melaka mengadakan hubungan diplomatik ini adalah untuk mendapatkan perlindungan dari ancaman Siam. Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam dihantar ke Melaka yang secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberi kesan yang sama kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu seperti Kedah, Johor, Kamar dan sebagainya.

Persamaan dan perbezaan antara tamadun

Semua tamadun menekankan perihal kerohanian, mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu yang berbentuk ritual dan spiritual. Demikian juga

kepercayaan tentang kehidupan selepas mati, pembalasan terhadap perbuatan manusia dan pelbagai aspek lainnya. Namun begitu, terdapat juga perbezaan yang berpunca daripada manifestasi ketuhanan yang ada pada setiap agama. Ajaran agama Buddha pula untuk melenyapkan karma, memutuskan lingkaran Samsara dan mencapai Nirwana. Cara mencapai pembebasan mutlak ini disebut Empat Kebenaran Utama iaitu hidup adalah penderitaan, penderitaan disebabkan keinginan memenuhi keperluan dunia, penderitaan dapat dihapuskan dengan menindas hasrat atau kehendak dan cara menyingkirkan hasrat adalah melalui Astamarga atau Jalan Lapan Lapis . Persamaan antara tamadun juga meliputi peraturan hidup bermasyarakat. Perbezaan dalam peraturan ini hanyalah dari segi sumber, penguatkuasaan dan aspekaspek lain. Umpamanya, Tamadun Islam bersumberkan wahyu dalam bentuk Al-Quran dan Al-Sunnah. Sementara, Tamadun China berasaskan kepada falsafah Kung Fu Tze dan Taoisme serta ajaran Gautama Buddha.

Dalam aspek etika, perbezaan dari sudut sumber dan pandangan sarwajagat setiap tamadun boleh dilihat dari aspek politik dan pemerintahan. Kebanyakan tamadun menekankan aspek moral dan akhlak sebagai asas politik dan kerajaan. Contohnya Islam mengutamakan politik dan kepimpinan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan dalam pemerintahan. Prinsip utama yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah prinsip syura, adalah, musawah dan hurriyah. Dalam tradisi Islam, raja atau

pemerintah perlulah berlaku adil dan mengelakkan kezaliman. Aspek pendidikan juga merupakan aspek penting dalam etika. Pendidikan dapat membentuk peribadi insan yang diharapkan dapat menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain. Dalam ajaran agama Buddha dan Hindu, aspek pendidikan yang ditekankan ialah proses mencari diri sendiri iaitu self-discovery. Dalam pada itu, keduadua agama ini juga menekankan elemen ilmu dan amalan kerohanian dalam melahirkan seorang insan yang baik. Dalam aspek ekonomi pula, semua tamadun menolak amalan rasuah, penipuan dan penindasan. Kegiatan ekonomi seperti membuat kebajikan, bersedekah dan

membela golongan miskin amat digalakkan.Ekonomi ketika Tamadun Barat berasaskan pemikiran sekular dan ideologi manusia yang telah memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis. Sistem ini lebih mengutamakan keuntungan material dan kebangkitan individu atau kumpulan tertentu sebagai kuasa pasaran. Sistem ini berdasarkan teori Adam Smith (1723-1790 Masihi) yang mengatakan sistem pengeluaran sesebuah negara terdiri daripada unsur sumber alam, sumber manusia dan stok barang yang ada. Pengalaman sistem kapitalis telah menyebabkan penubuhan institusi kewangan (bank) di Barat seawal tahun 1587 Masihi. Aspek kekeluargaan juga aspek penting di dalam etika yang dianggap sebagai asas pembentukan sesebuah masyarakat. Ajaran Konfusius dalam Tamadun China menekankan pentingnya hubungan kasih sayang. Kasih sayang dapat mewujudkan hubungan harmoni dalam masyarakat. Konfusius telah memperkenalkan konsep alai yang menekankan hubungan sesama manusia seperti hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan dengan kawan.

Seterusnya ialah aspek kesenian dan kebudayaan. Seni menurut agama Buddha terdiri daripada keindahan perhiasan, keindahan jasmani, keindahan tingkah laku dan keindahan batin. Manusia dapat memiliki keindahan melalui dua Darma indah iaitu Khanti dan Soracca. Dalam seni Islam pula, falsafah seni Islam berteraskan tauhid walaupun terhasil pada pelbagai aneka karya seni. Dalam Tamadun China pula, karya seni merangkumi seni lukis dan seni kaligrafi yang menjadikan unsur alam sebagai tema utama. Aspek alam sekitar juga merupakan aspek penting yang tergolong dalam etika. Islam menghargai alam sekitar yang merupakan tanda-tanda kewujudan Allah SWT. Lao Tze telah mengemukakan falsafah tao sebagai kekuatan di mana manusia cuba menjalin dirinya dengan alam. Konsep ini serupa dengan konsep Wu-Wei dalam aliran Konfusius yang mentafsir kehidupan di alam ini adalah hasil dari pergerakan alam yang berterusan. Seseorang dianggap dapat berhubung denganalam apabila berjaya

menghubungkan diri dengan tao melalui pembersihan jiwa atau mengosongkan diri dari dua perkara yang keterlaluan. Aspek terakhir yang terkandung dalam etika ialah aspek institusi agama. Masjid merupakan institusi agama Islam yang menjadi institusi penting dalam pendidikan sama ada berkenaan ilmu Islam atau informasi setempat. Kuil dan candi pula rumah ibadat penganut agama Hindu dan Buddha. Kuil menjadi pusat pendidikan oleh sami-sami Hindu dan Buddha. Candi pula bangunan yang berkait dengan aspek keagamaan

seperti Candi Borobudur. Gereja pula berperanan sebagai tempat ibadat penganut Kristian, pusat pendidikan agama Kristian dan untuk aktiviti masyarakat setempat. Perkembangan ini melahirkan sekolah-sekolah missionari yang mendapat pembiayaan pihak gereja.

PERSAMAAN ASPEK CHINA meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):Kekeluargaan Anak patuh pada ibu bapa Adik patuh pada abang Isteri patuh pada suami Murid patuh pada guru Rakyat patuh pada raja ISLAM menyeru kepada perkara yang sama pentingkan kekeluargaan berdasarkan al-Quran hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab

pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka kuasa bapa atau lelaki

ikatan masyarakat bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manusia (orang Islam dan bukan Islam)

kemasyarakatan

adalah penting Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat Cina sistem kelas dalam masyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan & kemahiran

Mementingkan ikatan kasih sayang, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakatmementingkan golongan lelaki dan wanita sama rata

Tidak wujud kelas hamba semua manusia sama takwa yang membezakan

Alam Sekitar

alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan

lebih jelas kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia

Idea Intelektual

perkenalkan kod 17 perkara

penulis-penulis seperti al-Farabi, alGhazali dll tumupan kepada pemimpin & kepimpinan

Bersandar agama tidak boleh dipisahkan dengan politik berbeza dengan sekularisme

Al-Quran * al-Hadis panduan Keadilan prinsip utama cth : Nabi Muhammad s.a.w

Teologi(Agama)

menekankan konsep ketuhanan mempunyai doktrin & amalan2 tertentu untuk membentuk peribadai seseorang individu tugas menyampaikan ilmu -tanggungjawab mulia

Pendidikan

PERBEZAAN ASPEK CHINA ISLAM

1) Kekeluargaan dan kemasyarakatan

menyeru untuk mewujudkan suasana harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat

matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t

2) Teologi(Agama) 3) Pendidikan

konsep reinkarnasi @ penjelmaan semula transformasi sifat dicapai melalui proses mengenal diri sendiri

konsep monoteisme

tauhid

4) Politik dan Kerajaan

ajaran Confucius menekankan hubungan pemerintah dengan rakyat

Politik dan agama tidak boleh dipisahkan Prinsipkeadilan,syura,wasatiy yah

5) Institusi Keagamaan

Kuil

masjid

Kesimpulan Tamadun sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang memberi peluang kepada berlakunya interaksi antara tamadun. Interaksi antara tamadun menghasilkan dua kesan yang penting iaitu kesan positif dan negatif. Kesan positif memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negatif pula seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik. Faktor yang lebih sering menjadi penyebab kepada konflik ini ialah faktor teologi. Dalam interaksi antara tamadun juga kita dapati kesan yang terhasil daripada interaksi itu juga tidak sama bagi kedua-dua tamadun. Bagi tamadun yang lebih tinggi dan lama, ia lebih banyak mempengaruhi ataupun meninggalkan unsur-unsur penting kepada tamadun yang lebih rendah. Sebaliknya tamadun yang lebih rendah, pencapaiannya akan lebih bersifat receptive, walaupun ia turut mempengaruhi tamadun yang lebih tinggi. Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini akan dapat memperkayakan tamadun tersebut serta mengelakkannya daripada menjadi jumud, beku dan statik. Hasilnya, sesuatu tamadun yang terbuka dan dapat mengasimilasikan pengaruh luar itu akan semakin berkembang dan melahirkan perubahan-perubahan yang penting.

Bibliography

1. (n.d.). Retrieved February 19, 2011, from http://www.dapat.net 2. (2009, September 25). Retrieved February 19, 2011, from http://rujuknota.blogspot.com 3. Aros, A. H. (1957-2007). In Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar. 4. (2000). Interaksi Antara Tamadun. In A. m. Dali, TITAS kertas 1 (pp. 37-60). Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti sdn.Bhd. 5. Sandom, R. (2009). Retrieved February 19, 2011, from http://www.scribd.com 6. Yazid, A. A. (2009). In P. P. Bhd, Pengajian Tamadun Asia. Pahang Darul Makmur.

Anda mungkin juga menyukai