Anda di halaman 1dari 33

Mohammad bin Sharif Pensyarah Muzik Jabatan Sains Sosial IPG.

Kampus Raja Melewar

Pengetahuan dan Kemahiran Asas Pendidikan Muzik (2jam) i) Pengenalan asas muzik ii) Pengenalan tujuh unsur muzik dan komponennya

Melalui pengalaman muzik;

Membantu perkembangan holistik kanak-kanak dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani;

Memberikan kanak-kanak kepuasan, ketenangan dan kegembiraan di samping dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara ekspresif semasa menyanyi, bermain alat dan membuat pergerakan;

Membantu kanak-kanak dalam mengekspresi emosi dan memberi kepuasan estetik serta dapat meluahkan/melahirkan perasaan melalui muzik yang dinyanyikan/dimainkan atau didengar;

Membuka peluang kepada kanak-kanak memberi respon secara fizikal melalui pergerakan / tarian;

Meningkatkan pemahaman budaya muridmurid mengenai pengenalan bangsa, agama, adat resam dan kebudayaan masyarakat berbilang kaum;

Memupuk nilai patriotisme kanak-kanak; dan Menciptakan lagu, irama, pemahaman tentang konsep muzik dapat menajam dan memperkembangkan intelek kanak-kanak.

MELODI IRAMA HARMONI BENTUK / STRUKTUR WARNA TON EKSPRESI TEKSTUR

Melodi ialah susunan bunyi ton secara mendatar (linear) dan berkontur. Bunyi ton adakalanya panjang, pendek atau pun sama dan bunyi-bunyi ton ini menentukan irama melodi. Sesuatu melodi bertukar jika pic dan irama bertukar. Pergerakan melodi ini melibatkan pic dan irama yang dikawal oleh meter

Contoh irama melodi :


Meter

Pic
Pergerakan ton boleh berulang ke atas atau ke bawah, mengikut langkah seperti anak tangga; mungkin separuh langkah, langkah penuh atau pun melompat. Turun dan naik ton menentukan pic

Contoh

Soal jawab melodi


Irama melodi boleh dimainkan secara soal jawab.

CONTOH LAGU
YANG MEMPUNYAI MELODI BERSOAL JAWAB

Dalam irama terdapat elemen-elemen seperti detik, meter, corak irama, tempo dan rentak Sebelum memahami elemen-elemen ini, nama not dan nilainya haruslah diketahui terlebih dahulu.

Corak Irama

Detik Dalam sesuatu muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap yang boleh ditepuk sepanjang muzik tersebut. Ada tempat yang detiknya lebih kuat dirasai dan ada tempat yang kurang kuat . Detik yang kuat diistilahkan sebagai tekanan (accent). Bahagian detik yang kuat ini kadang-kadang ditanda dengan simbol >

Harmoni adalah gabungan beberapa suara atau not yang dibunyikan serentak. Gabungan not-not ini membentuk kord. Kegunaan kord adalah untuk mengiringi melodi.

Bunyi yang harmoni juga boleh didengar dalam nyanyian apabila sesuatu lagu itu digubah kepada beberapa lapisan suara. Lapisan suara ini digubah berasaskan kord iringan sesebuah lagu. Lazimnya lapisan suara digubah sehingga empat lapisan iaitu lapisan Soprano, Alto, Tenor dan Bass.

Gabungan dua not yang harmoni Gabungan tiga not yang membentuk kord hasilkan harmoni

Gabungan lebih dari tiga Not juga membentuk kord hasilkan harmoni Gabungan not-not yang tidak harmoni

Melodi Kord iringan

Kesesuaian gabungan not-not dalam kord-kord iringan dengan bunyi melodi menghasilkan harmoni

Naik naik ke Gunung Nona Tinggi tinggi sekali Kiri jalan kanan pun jalan Tengah pohon cemara

2X

2X

BENTUK / STRUKTUR

PADAMU MALAYSIA KU BERJANJI, PADAMU KU AKAN MENGABDI, SELURUH JIWA DAN RAGAKU SERAHKAN, DEMI KEJAYAAN BANGSA AMAN MAKMUR DAMAI SEJAHTERA, AKAN KU JUNJUNG DAN KU JAGA, BERSATU RELA JUJUR SETIA, MEMBELA BANGSA TERCINTA

SYUKURKU SELALU KEPADA ILLAHI, ATAS SEGALA RAHMATNYA, MALAYSIAKU NEGARA MAJU JAYA, BAKTIKU HANYA UNTUKMU

Bentuk/struktur lagu ini ialah A A B

Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah seperti dinamik, istilah dan tanda isyarat.

Dinamik- adalah volum sesuatu bunyi muzik - p (piano) lembut - f (forte ) kuat

Istilah - Alla marcia - Andante

berentak seperti mac Kelajuan seperti orang berjalan

- Allegro rancak dan cepat - Moderato Sederhana Mud Deskripsi mud di dalam muzik, riang, sedih, bersemangat, cemas, takut dan tenang. Tanda Isyarat - Tekanan - Ulang

Ciri-ciri bunyi. Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri, dan ini dinamakan warna ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah :

suara lelaki lebih kasar dan garau manakala suara perempuan adalah nyaring dan lembut suara perempuan dengan suara kanakkanak Petikan gitar dengan tiupan trompet paluan gong dengan gesekan biola

Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus, gelap, terang, ringan dan berat. Dalam koir, nyanyian pelbagai lapisan suara (soprano dan alto bagi perempuan tenor dan bes bagi lelaki), menghasilkan warna ton yang menarik dan harmonis. Bunyi pelbagai jenis alat dalam orkestra juga contoh warna ton yang berbeza.

Tekstur ialah bilangan jenis suara yang terdapat dalam suatu lagu. Tekstur lagu itu adalah dikatakan tebal dan nipis Tiga jenis tekstur dalam muzik :

Monofoni - Muzik satu suara tanpa iringan Polifoni - Berbilang suara Homofoni - Sistem interpretasi yang berharmoni di dalam siri muzik polifoni Heterofoni - Gaya improvisasi dalam siri muzik polifoni

Baris melodi yang dinyanyikan atau dimainkan tanpa iringan atau tanpa harmoni. Contoh :

Tamat

Anda mungkin juga menyukai