Anda di halaman 1dari 4

Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia

ISU #5, 31 OGOS 2013 Dalam isu ini: 1. Sekapur sirih: YBhg. Datuk Haji Sufaat bin Tumin

2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Aspirasi Murid Identiti Nasional 3. Memperkukuh Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan PPPM dalam berita Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kini telah mendapat perhatian masyarakat. Pada 27 Ogos 2013, Majlis Perunding Melayu (MPM) telah menganjurkan kongres bertemakan Memartabatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kongres ini telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Sekapur Sirih: YBhg. Datuk Haji Sufaat bin Tumin Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 merupakan satu dokumen perancangan yang lengkap dengan pernyataan dasar dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang mulai 2013 sehingga 2025. PPPM melakarkan hasrat untuk melahirkan generasi masa depan yang holistik dengan enam ciri utama, iaitu berpengetahuan, berkemahiran berfikir, kemahiran memimpin, menguasai dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. Pembangunan insan bukan hanya memberi penekanan kepada akademik tetapi juga penghayatan nilai yang berjiwa kebangsaan. Kejayaan PPPM dapat dikecapi seandainya kita memberi fokus kepada pelaksanaan. Apa yang perlu adalah komitmen daripada warga Kementerian Pendidikan untuk menyampaikan agenda perubahan ini dengan kefahaman, niat untuk berubah dan usaha ke arah kemajuan. Memang benar, dalam meneroka sesuatu transformasi banyak rintangan dan cabaran perlu dilalui. Namun kepahitan dalam pelaksanaan itu adalah untuk kesenangan kita di kemudian hari, khususnya generasi pada masa hadapan. Akhir kata, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan marilah kita bertekad untuk melaksanakan PPPM ini sebaik mungkin. Sekian, terima kasih. DATUK HAJI SUFAAT BIN TUMIN Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan

Antara tokoh yang hadir di Kongres berkenaan adalah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud yang turut memberi taklimat tentang PPPM, Kolonel Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar, dan Prof. Datuk Wira Dr. Abd. Latiff Abu Bakar.

Anjakan isu #5 31 Ogos 2013

Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Aspirasi Murid Identiti Nasional
Melalui PPPM, murid akan dibekalkan dengan pendidikan berkualiti agar mereka boleh membangun secara holistik iaitu mempunyai kemahiran akademik yang tinggi serta memiliki sahsiah terpuji dan beridentiti nasional selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Identiti nasional merujuk kepada sifatsifat kelainan bagi sesuatu kumpulan yang membezakan kumpulan tersebut dengan kumpulan yang lain. Bagi Malaysia yang mempunyai status negara pelbagai kaum, memupuk semangat perpaduan di bawah satu identiti nasional adalah penting untuk meneruskan kemajuan sosial dan ekonomi negara. Menyedari hakikat ini PPPM telah menggariskan pelan untuk memupuk identiti nasional dalam kalangan murid. Antaranya ialah Kerajaan mengiktiraf bahawa sekolah bantuan kerajaan adalah bahagian penting dalam warisan identiti kebangsaan; Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan akan terus diperkukuhkan; Memupuk perkongsian identiti yang unik dalam kalangan murid melalui penggunaan bahasa kebangsaan dan lain-lain program seperti RIMUP; Memastikan murid yang mendaftar di sekolah antarabangsa dipupuk dengan identiti nasional melalui pengajaran wajib Bahasa Malaysia; Menyediakan peluang kepada semua murid untuk berinteraksi sesama mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan sosio-ekonomi untuk memupuk satu kefahaman bersama dan jati diri kebangsaan.

Pelancaran Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melancarkan dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada 6 September 2013. Majlis pelancaran yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan. Sejak Laporan Awal PPPM dilancarkan pada 11 September tahun lalu, KPM telah menggandakan usaha untuk memantapkan PPPM. Antaranya ialah Mengadakan sembilan hari terbuka bersama masyarakat; Mempertimbangkan maklum balas dan pandangan daripada pelbagai persatuan dan pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan; Mengadakan makmal pendidikan untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas; Semakan kandungan oleh semua Bahagian di KPM.

Laporan Awal Pelan Pembangunan boleh dimuat turun di: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf


Semakan terakhir PPPM pada 20 Ogos 2013 oleh PADU

Anjakan isu #5 31 Ogos 2013

Memperkukuh Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Bagi memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan serta teras dalam pembinaan identiti nasional, pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah terus diperkukuhkan. Kementerian telah menetapkan sasaran supaya 90% murid mencapai minimum gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.

PPPM di Hari Bertemu Pelanggan, Kementerian Pendidikan Malaysia


Semasa Hari Bertemu Pelanggan Kementerian yang telah diadakan pada 24-25 Ogos 2014, di Kuching Sarawak, beberapa pengunjung telah ditemu bual berkaitan PPPM. Berikut adalah antara yang diperkatakan oleh pengunjung: Saya mendapat maklumat PPPM daripada guru besar yang disebut dalam perjumpaan dengan guru-guru. Dan kita ada laksanakan sarana ibu bapa Guru SK. Saya ada membaca tentang PPPM tapi setakat ini tidak nampak pelaksanaannya Guru Sekolah Seni Baru pertama kali saya tengok buku ini (PPPM) Pelajar SMK Saya tak pernah tengok atau baca PPPM. Boleh download kah dari internet? Staf JKR Saya mendapat maklumat PPPM ni dari akhbar sahaja Guru SK

Inisiatif berkaitan dengan memperkasakan bahasa Malaysia termasuk: Melaksanakan LINUS 2.0 bagi menangani isu literasi bahasa Malaysia dan diperluas untuk bahasa Inggeris; Melaksana kurikulum KSSR Bahasa Malaysia untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia di SJK; Menguji dan meningkatkan kemahiran guru Bahasa Malaysia dengan tumpuan kepada SJK; Memperkenalkan program intervensi pemulihan dan program sokongan bahasa Malaysia bagi murid yang tidak mencapai profisiensi yang ditetapkan; Memperkukuh kelas peralihan.

Sembang Pendidik

Anjakan isu #5 31 Ogos 2013

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari http://www.moe.gov.my/

Cetakan ini diterbitkan oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU). PADU bertanggung jawab dalam merancang, menyelaras, memantau, dan menyelesaikan masalah dalam pelaksanaan PPPM. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Pelantikan ini sesuai bagi memastikan PPPM dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Sila hubungi PADU jika ada sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini. Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605

Anjakan isu #5 31 Ogos 2013