Anda di halaman 1dari 2

Hari ini - Rabu 21 Oktober 2009, Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah telah disambut dengan berbagai

aturcara yang dirancang oleh Jawatankuasa Sambutan Bulan Bahasa. Majlis yang dipengeusikan oleh Cikgu Ahmad Tarmizi b Haji Apandi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Bahasa Jiwa Banggsa. Pn Guru Besar, Pn Rosnah bt Che Amat kemudiannya menyampaikan amanat YAB Timbalan Perdana Menteri. Aturcara diteruskan dengan berbagai aktiviti oleh murid-murid seperti nyanyian, deklamasi sajak, berpantun dan bercerita. Tahniah kepada Jawatankuasa Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. LAGU BAHASA JIWA BANGSA Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bangsa dan Maju Negara Megahkan Bahasa Kita Bahasa Jiwa Bangsa

SNIN 18 Oktober 2010...Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan telah di jalankan. Antara aturcara program ialah: - Nyanyian lagu rasm,i sekolah - Ucapan pengerusi majlis - Ucapan perasmian oleh Guru Besar - Persembahan - Pra Sekolah - Sajak Tahap 2 - Bercerita Tahap 2 - Berbalas Pantun' - Sketsa Bahasa - Bijak Kamus Aktiviti sepanjang Bulan Bahasa:1. Pidato / Syarahan Tahap 2 2. Sajak / Syair Tahap 1 dan 2 3. Bijak Bahasa 4. Sketsa Bahasa 5. Pantun Pra Sekolah dan Tahap 1 6. Bijak Kamus 7. Tulisan cantik 8. Cipta Dialog / Pantun 1 Malaysia 9. Silang kata / Roda Bahasa

Lirik lagu: Bahasa Sendi Tamadun Bangsa


Bahasa Sendi Tamadun Bangsa (Lagu tema Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2000-2004) Kita merdeka dan berdaulat Sama jati diri dan citra Biar berlainan akar Bersatu kita semua Kita penampan keutuhan Waris kegemilangan bangsa Tegak atas akal budi Bahasa asas minda Demi mencapai misi Membangun nusa jaya Hargai teras tamadun kita Baru gemilang negara Bahasa sendi tamadun bangsa Sastera bicara budaya Mari teguhkan sumpah Mari daulatkan bahasa Lagu ciptaan dan gubahan: Hj. Mahzan Manan Lirik: Awang Sariyan