Anda di halaman 1dari 15

Sejarah dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden (Cerpen)

Tahap Zaman Sebelum Perang Sejarah Perkembangan Akhbar dan Majalah


Pertumbuhan Awal

Akhbar pertama diterbitkan di Singapura pada tahun 1896 dengan nama Jawi Peranakan diusahakan oleh Munsyi Mohd Said b. Dada Mohyiddin
Perkembangan Akhbar dan Majalah Tahun 1930-an terdapat 34 jenis akhbar yang diterbitkan di Semenanjung dan pusat utama di Pulau Pinang; antaranya Warta Malaya (Onn bin Jaafar), Majlis (Abdull Rahim Kajai); Warta Ahad (1935); Warta Jenaka (1936); Majalah: Kencana, Hiburan, Kisah, Qalam, Aneka Fesyen, Asmara, Belia, Tunas dll Majalah Al-Imam (1906-1908); Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin (Minangkabau), Haji Abas Mohd Taha dan Syed Syeikh al-Hadi

Majalah Guru (1924) ; Kesatuan Guru-guru Melayu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
Majalah Pengasuh (1918) : Majlis Agama dan Istiadat Melayu Kelantan. Bertahan 20 tahun dikuasai kaum tua

Sifat-sifat Akhbar Perkembangan Awal


1. 2. 3. Jumlah akhbar terbatas Berita yang dimuatkan terbatas jumlah dan bilangannya Berita-berita luar negeri memenuhi ruang-ruang akhbar tempatan terutama berita-berita dari Parsi dan Turki Ruangan diisi rencana-rencana khas dan surat-surat pembaca Penerbitan akhbar diusahakan oleh hartawan Islam bukan Melayu

4. 5.

Perkembangan Akhbar dan Majalah Selepas Tahun 1900 Berpusat di Singapura dan Pulau Pinang Al-Iman, Neraca, Utusan Melayu dan Lembaga Melayu (Singapura); Lengkongan Bulan, Bintang Timur, Cahaya dan Majalah Guru (Pulau Pinang); Pengasuh (Kelantan) Akhbar Sekolah Melayu (1888) ; membimbing murid-murid sekolah Akhbar Taman Pengetahuan Akhbar Seri Perak (1893) di Taiping Akhbar Bintang Timur; mula-mula memakai huruf rumi dan dikendalikan kaum Cina

Peranan Akhbar dan Majalah


1. Memperkembangan Cerpen Melayu menampung penyiaran cerpen kerana bentuk cerpen lebih pendek fungsi cerpen sebagai alat penghibur dan melapangkan fikiran Cerpen pertama diterbitkan melalui majalah Pengasuh bil.2.40 bertarikh 4 Februari 1920 karya Nor bin Ibrahim (Madrasi) Kecelakaan Pemalas 2. Memperkembangkan Sajak Puisi Melayu Moden pertama terbit dalam Majalah Guru karya Muhammad Yassin Makmur (Pungguk) Keluh Kesah (Mac, 1934) Menunggu Hati karya Mohammad Yusof Ahmad (Disember,1933) Akhbar Melayu (1913) Seruan dengan Gurindam karya Haji Abdul Majid Haji Zainuddin ; penulis asal Omar Mustaffa 3. Memperkembangkan Bahasa Melayu secara tidak langsung melalui tulisan rencana dan tulisan sastera 4. Memperkenalkan Novel Penerbitan secara bersiri; Syed Syeikh al-Hadi Hikayat Faridah Hanum; Onn bin Jaafar cerita terjemahan Seribu Satu Malam dalam Warta Malaya 5. Memperkembangkan Jalan Fikiran memusnahkan semangat kedaerahan menembusi tembok fikiran untuk mengikuti perkembangan Eropah dan Timur Tengah dan beri jalan fikir mengenai kedudukan nasib mereka minat membincangkan masalah faedah bank, soal agama dan wang bunga; soal bahasa memperkembang kesusasteraan Melayu

Sejarah Perkembangan Cerpen


1. Perkembangan Cerpen Peringkat Awal (Tahun 1920-an) Majalah pengasuh telah menerbitkan 25 buah cerpen hingga tahun 1923 Antara penulis-penulis cerpen ialah Ismail Sulaimain (Putera Bumi Kelantan), Ishak Haji Abdullah, Ahmad Ismail al-Kelantani, Muhammad Yusuf Ahmad Cerpen-cerpen ialah Kebajikan Seorang Loyer, Seorang Raja dan Seorang Orang Tua, Dukacita Kerana Perbuatan Sendiri, Cetera Raja Harun al-Rasyid, Kemajuan Rekaan Dunia, Percintaan Lady Brazil, Cubaan Kasih dan Menghalau Hantu 2. Ciri-ciri Cerpen Awal (1920-an) Cerpen bersiri-siri; kerana panjang, menguntungkan pihak penerbit Latar cerita dari daerah luaran; kejadian di England, Timur Tengah, China dan Indonesia Unsur-unsur Lucu; jadi kegemaran terutama Ismail Sulaiman; juga bersifat didaktik

3. Perkembangan Cerpen Tahun 1930-an hingga tahun 1940-an daripada 82 akhbar/ majalah - 39 menyiarkan cerpen dengan jumlah 457 golongan guru dan wartawan; golongan guru Harun Muhammad Amin (Harun Aminurasyid), Muhammad Yassin Makmur, Abdullah Sidek, Mahmud Ahmad, Yusuf Adil dan Kasmani Haji Arif; golongan wartawan Abdul Rahim Kajai (pelopor dan ciri tersendiri), Muhammad Dahlan Masud, Musbaha, Ishak Haji Muhammad, A. Bakar Ali Antara cerpen Abdul Rahim Kajai; Awang Putat, Si Mat Pisang Rebus, Jamil-Jamilah 4. Sifat-sifat Cerpen Melayu (Tahun 1930-an hingga 1940-an) Dari segi tema dan persoalan; didaktik agama dan kesusilaan, dikdaktik politik dan sosial, sosial-moral, kebebasan, pelajaran, pertembungan Timur-Barat, nasionalismeperjuangan menentang penjajah, kesedaran nasib bangsa, kemmunduran orang Melayu, ekonomi- soal berhutang, pembaziran, belanja boros, soal makan gaji, tema lain - pengembaraan, penyiasatan, kisah-kisah lucu dan jenaka Plot - dipengaruhi struktur tradisi, lebih mementingkan isi/ persoalan Watak dan perwatakan - secara langsung dan dramatik, tradisi hitam - putih Latar banyak di Tanah Melayu, kota-kota atau desa-desa; latar luar negeri; Timur Tengah, Indonesia dan China Sudut pandangan; penceritaan orang ketiga, orang pertama, kenang-kenangan Hantu Arak kenangan Hasnah, surat kiriman Lupakan Kira-kira Tolak Gaya Bahasa, dipengaruhi pendidikan Melayu-Arab terpengaruh Arab, gaya kewartawanan, penggunaan unsur puisi Ramli dan Zakiah, gunakan bahasa pertuturan, bahasa pasar dan bahasa daerah sesuai dengan watak dan cerita

Golongan Penulis Wartawan


penulis yang bekerja sebagai wartawan dan terlibat langsung dalam penerbitan akhbar dan majalah latar belakang pendidikan pelbagai; pendidikan Arab (Abdul Rahim Kajai, Ahmad Nawawi), pendidikan sekolah Melayu dan Inggeris (Ishak Hj Muhammad) dan Indonesia (Syamsuddin Salleh) Abdul Rahim Kajai (A.Pusaka Kajai I,II,III,IV, A. Banyak Udang Banyak Garam, A.Lain Padang Lain Belalang); Ishak Hj. Muhammad (A.Segar, A. Lenggang Kangkong, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila, Anak Dukun Deraman, Budak Beca, Tijah Tukang Cukur) Syamsuddin Salleh (Hidup yanng Derhaka, Siasat yang Dahsyat, Kasih Berbalas, Puteri Hutan Tanah Melayu) Raja Mansur (Bidadari Tanah Melayu, Masa ke Mana, Cinta Berahi Seorang Perempuan Menulis rencana yang menyentuh soal agama dan kemasyarakatan; Majlis, Warta Jenaka, Utusan Melayu, Warta Ahad Kegiatan utama dalam cerpen dan novel Tokoh penting Abdul Rahim Kajai dengan gelaran Bapa Cerpenis Melayu; cerpen popular, Awang Putat, Si Mat Pisang Rebus, Jamil-Jamilah Tokoh kedua penting ialah Ishak Hj Muhammad

Sifat-sifat Karya Plot; agak longgar kerana pentingkan mesej; konflik timbul antara dua watak baik dan jahat, jalinan cerita terganggu dengan peristiwa yang tiada kaitan dan dimasukkan unsur khayalan Watak dan Perwatakan; watak protagonis-antagonis; perlukisan watak hitam-putih; sifat baik dan jahat; Watak jahat orang Inggeris, taukeh Cina , DKI dan DKA dan pembesar Melayu tamak dan haloba Gaya Bahasa; ketidakseragaman dan bergantung tingkat pendidikan diterima, bersifat didaktik mengenai agama dan politik Tema dan persoalan; soal kesedaran nasib bangsa dan nasionalisme, ekonomi, persoalan moral, akhlak dan keagamaan

Perkembangan Cerpen
1. Cerpen-cerpen Awal (1946-1950) Amat pesat dan berkait secara langsung dengan pertumbuhan dan perkembangan surat khabar dan majalah Akhbar dan majalah yang menyiarkan cerpen Utuzan zaman, Hiburan, Mastika, Mutiara, Filem Raya, Utusan Filem, Qalam, alHikmah dsb. Tokoh; Keris Mas Dalam Pelukan Wanita Sedar, Darah dan Air Mata, Keinsafan di Malam Sunyi, Surat dari Tempat Tahanan. Wijaya Mala Bulan yang Dimimpikan, Anak Syurga. Hamzah Maznah, Asriah Bintang Filem . Awam-il-Serkam Pesan yang Berkesan Abdullah Sidek Pak Menung, Suatu Antara Dua, A.Samad Ismail Di antara Dua Kekasih, Adibah Amin Pemuda Insaf Muhammad Dahlan Masud Dua Badan Senyawa. Tema; Mengenai cinta dan perjuangan politik, kahwin paksa, unsur seks, cinta muda mudi, kesempitan dan penderitaan hidup golongan miskin, keagamaan dan moral.

Cerpen-cerpen ASAS 50 (tahun 1950- 1955) Tokoh cerpenis ialah Keris Mas, Usman Awang, A. Samad Ismail, Awam il-Serkam, Wijaya Mala, Jymy Asmara, Shafie Abdullah dan Rosmera Antologi cerpen ASAS 50; Mekar dan Segar, Patah Tumbuh, Dua Zaman, Degup Jantung, Putih Mata Tema; Darurat, ketidakadilan sosial, politik dan semangat kebangsaan, sindiran. Latar; sekitar tahun 1950-an selepas perang dunia kedua, kota singapura dan tanah melayu Watak; orang kampung, tertindas, golongan bawahan dan rakyat jelata Plot; secara langsung dan pengarang bercerita kepada pembaca, gantinama saya atau dia, pembaharuan guna teknik surat pertentangan dan Keris Mas menggunakan teknik imbas kembali, monolog dsb Gaya bahasa; bahasa ringkas, mudah difahami, ayat-ayat tegas, pendek, gaya bahasa wartawan, puitis.

Cerpen-cerpen Selepas Merdeka (Cerpen Tahun 60-an)

Tokoh dan karya; Arenawati A.Tingkah Manusia (1960) A. Johor Baharu (1967). Kala Dewata A.Yang Dihempas dan Dipulas (1963), A.Perempuan dan Peristiwa (1965). Alias Ali A.Resah (!965), Angin Retak (1966). A.Samad Ismail Mastura (1967).A. Samd Said A.Debar Pertama (1964) A. Ke mana Terbangnya Si Burung Senja (1966). Yahya Samah A. Dimakan Mabuk (1966) A.Malia (1966). Keris Mas A. Dua Zaman (1963). Azizi Hj. Abdullah Intan Terpilih (1966)

Faktor Yang Meningkatkan Cerpen Zaman Selepas Merdeka

Peraduan-peraduan Mengarang Anugerah dan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan Pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dalam penerbitan suratkhabar dan majalah Bertambahnya bakat-bakat baru yang giat berkarya

Sifat-sifat Cerpen Selepas Merdeka

Tema dan persoalan; Unsur-unsur sinis dan sindiran, pelacuran, seks dan keruntuhan moral, kemiskinan dan pendedahan kepincangan masyarakat, keagamaan dan ketuhanan, perpaduan kaum dan masalah masyarakat majmuk, mengenai dunia kanak-kanak Latar; selepas perang dari tahun selepas pendudukan Jepun, darurat, luar bandar, kota Singapura Watak; kalangan bawahan, manusia baru, ahli politik, intelektual, profesional

Cerpen-cerpen Tahun 1970- 1980-an

Akhbar dan majalah yang menyiarakan Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Mastika, Utusan Zaman,Utusan Malaysia, Berita Minggu, Wanita, Dewan Bahasa, Penulis, URTV, Utusan Filem dan Fesyen Penulis; Shahnon Ahmad Anjing-anjing Debu Merah Selesai Sudah. Arenawati Wisata. Azizi Hj. Abdullah Latifah Rabbaniah Keakuan. S. Othman Kelantan !3 Cerpen Surat, Anwar Ridhwan, Zahari Effendi Tema; penderitaan dan kemiskinan golongan bawahan, keluarga dan kekeluargaan, pembangunan masyrakat, moral dan pergaulan muda-mudi.

Abdul Rahim Kajai


Haji Abdul Rahim bin Haji Salim; Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur pada 1894, ayahnya berasal dari Kajai, Minangkabau. Pendidikan awal di Sekolah Melayu Setapak lulus darjah lima dan tahun 1906 dihantar belajar sebagai pengatur huruf di Pejabat Cetak Cerpen antologi; Pusaka Kajai I, II, III, IV (terbit 1949 Qalam) Tema; politik orang-orang Melayu dan berkait rapat soal nasionalisme, soal ekonomi orang-orang Melayu khususnya dalam bidang perniagaan, soal moral bertunjangkan keagamaan dan kesusilaan Bersifat didaktik, sederhana, berkhutbah dan meleretleret Pelopor; 48 buah cerpen antara 1936 -1941; Bapa Cerpenis Malaysia

Anda mungkin juga menyukai