Anda di halaman 1dari 11

PEMERIKSAAN TUBUH BADAN

PEMERIKSAAN A.B.C
Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan CPR A Airway (saluran pernafasan) B Breathing (pernafasan) C Circulation (peredaran darah)

A - AIRWAY (SALURAN PERNAFASAN)


~Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR. ~Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. ~Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. ~Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.

~Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual kedalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.
~Contohnya gigi palsu yang pecah.

B - BREATHING (PERNAFASAN)
~Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. ~Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. ~Keadaan tesebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. ~(Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). ~Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.

C - CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)


~Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. ~Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. ~Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. ~Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. ~Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. ~Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. ~Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati (cuaran xiphoid).

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT


~Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan. ~Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. ~Buangkan sebarang benda asing dari mulut. ~Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. ~Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. ~Tentukan mulutnya terbuka.

~Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. ~Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. ~Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.

~Catatan:
-Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. -Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa. -Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik

RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR DIRI


Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya. Periksa sama ada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. Buang sebarang benda asing dari mulut. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. Tentukan mulutnya terbuka.

Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.

Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan penghujung hulu hati. Tekan abdomen denga tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali. Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit