Anda di halaman 1dari 2

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan sempena Ulang tahun Kemerdekaan Ke-53. Sambutan ini bertujuan memupuk semangat cinta akan negara kepada warga sekolah ini berjaya diadakan dengan cemerlang. Sambutan yang diadakan pada 3 September 2010 lalu telah disertai oleh seluruh warga SKDK termasuk guru-guru dan para pelajar SKDK yang turut hadir untuk menyambut hari yang penuh bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia. Segala perancangan sebelum sambutan. Tugasan untuk persiapan sambutan dibahagikan kepada empat kategori, iaitu sambutan, persembahan, aturcara dan persiapan tempat. Dalam usaha untuk menjayakan sambutan ini, guru-guru dan para pelajar bekerjasama membuat persiapan. Latihan persembahan diadakan selama dua hari berturut- turut untuk memastikan acara berjalan dengan lancar pada hari sambutan. Perhiasan dan persiapan pentas diadakan pada hari terakhir sebelum sambutan untuk memastikan tiada sebarang kesilapan teknikal ketika acara sambutan sedang berlangsung. Guru-guru bertungkus lumus mencari lagu patriotik untuk dimainkan pada hari sambutan kemerdekaan. Beberapa orang pelajar dipilih untuk membantu guru menyusun kerusi untuk guru-guru dan tempat duduk tetamu jemputan khas sempena hari sambutan itu. Walaupun tugas yang dilakukan sangat berat, namun apabila dilakukan bersama pekerjaan tersebut menjadi mudah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Apabila jarum jam menunjuk kearah nombor tujuh dan jarum minit menunjuk ke arah nombor sembilan pada jam sekolah menandakan waktu ketika itu adalah pukul 7.45 pagi para pelajar telah pun berkumpul di dataran perhimpunan dikawal oleh pengawas sekolah dan guru-guru berada di pintu hadapan sekolah menanti kedatangan tetamu jemputan. Tepat pada jam 8.10 pagi ketibaan tetamu jemputan. Para guru mengambil dan persiapan untuk sambutan dilakukan seminggu

tempat masing-masing. Acara teruskan dengan istiadat perbarisan badan beruniform yang membawa jalur gemilang gergasi, diikuti dengan pemeriksaan barisan serta kibaran jalur gemilang oleh murid-murid. Sesi kedua bermula dengan bacaan doa, diikuti oleh bacaan ikrar daripada ketua pelajar, kemudian nyayian lagu negaraku dengan penuh bersemangat oleh para pelajar. Acara dimeriahkan lagi dengan nyanyian kumpulan koir sekolah yang mempersembahkan lagu negaraku, negeri Perak dan lagu sekolah. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Puan guru besar, seterusnya diikuti oleh ucapan perasmian daripada Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar diikuti dengan paluan gong menandakan majlis telah dirasmikan. Majlis diteruskan dengan sebuah persembahan daripada pelajar yang akan mendeklamasikan sebuah sajak. Semua jemputan dan warga sekolah dijemput ke kantin untuk menjamu selera. Kemudian, majlis disambung dengan tayangan video bertajuk Kemerdekaan Malaya 1957. Majlis diteruskan lagi dengan pertandingan kuiz berkaitan video yang ditayangkan. Selepas itu, guru-guru dan murid-murid bersama-sama melakukan aktiviti menjahit jalur gemilang gergasi. Suasana ketika itu, amat meriah. Pelajar seronok menyaksikan aktiviti oleh rakan-rakan mereka serta guru-guru yang terlibat. Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh pelajar sambil mengibarkan jalur gemilang gergasi bersama guru-guru menaikkan rasa bangga dalam diri setiap warga. Majlis bersurai. Disediakan oleh, t.t _______________ (Siti Fairuz Ahmad) Setiausaha Jawatankuasa Kerja Program Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar 5 September 2010

Anda mungkin juga menyukai