Anda di halaman 1dari 5

Aktiviti 3 Kenal pasti masalah bagaimana untuk memetik buah daripada pokok yang tinggi.

Rancang dan reka satu model yang berkait rapat dengan mesin ringkas untuk mengatasi masalah tersebut. Terangkan bagaimana anda boleh meningkatkan kelebihan dan efisiensi model mekanikal tersebut. Alat Pemetik Buah Bahan-bahan Buluh panjang Net Kepingan besi nipis Tali Takal Dawai sederhana nipis Cara Membuat 1. Pertama sekali, buluh panjang dikerat hujungnya dimana hujung tersebut dikerat kepada 8 atau 6 bahagian. 2. Kemudian, dari 8 bahagian tersebut, satu net kon diikat pada buluh tersebut menggunakan tali. 3. Di sisi net tersebut mempunyai kepingan besi nipis yang tajam. Manakala dawai sederhana nipis digunakan untuk memberi bentuk kepada hujung sisi net tersebut. 4. Kemudian, takal dipasang dimana pada hujung buluh tersebut dimana talinya dihubungkan dengan tali dan takal tersebut.

Cara Penggunaan

1. Sekiranya ingin memetik buah pada pokok yang tinggi, tali yang dililitkan pada takal tersebut dipegang hujungnya 2. Apabila net tersebut mendekati buah yang mahu dipetik, tali pada takal tersebut akan dipusing supaya net tersebut akan tertutup. Pastikan buah tersebut sudah ditutupi oleh net tersebut. 3. Kemudian, tarik buah tersebut supaya tertanggal dari pucuknya. Fungsi kepingan besi nipis yang ada pada hujung net tersebut adalah untuk memotong pucuk buah tersebut.

Alat pemetik buah ini boleh ditingkatkan kecekapannya sekiranya batang yang diguna tersebut kukuh dan tidak mudah patah sekiranya memetik buah yang tinggi dan besar saiznya.

AKTIVITI 3

Situasi:

Pada satu petang, Ali hendak mengambil air di perigi dengan menggunakan timba. Dia menghadapi masalah hendak mengangkat timba tersebut kerana tangan kanannya sakit. Kemudian Ali memikirkan cara untuk mengangkat timba tersebut dengan mudah tanpa menggunakan banyak tenaga.

Pengenalpastian masalah: Bagaimanakah bilangan takal yang digunakan dalam satu set mempengaruhi daya yang digunakan untuk mengangkat beban? Hipotesis: Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban. Bahan: Sebuah baldi , takal, penyangkut baju, tali, dua buah kerusi, sebatang penyapu Prosedur 1) Dua set takal yang digunakan untuk mengangkat beban telah dibina. Baldi akan menjadi beban di dalam eksperimen ini. 2) Sediakan radas dan bahan seperti rajah berikut.

Rajah 1

Rajah 2 3) Pemerhatian direkodkan. Keputusan yang diperolehi dimasukkan ke dalam jadual. KEPUTUSAN : Set takal 1 Pemerhatian Beban bergerak ke atas, daya bergerak ke bawah Arah gerakan daya berubah Jarak pergerakan beban adalah sama dengan jarak pergerakan daya 2 Terdiri daripada takal tetap dan takal bergerak Arah gerakan daya berubah Jarak daya bergerak lebih jauh berbanding beban Perbincangan Paling kurang daya Daya untuk mengangkat beban Lebih banyak daya

Menerusi aktiviti yang dilakukan, didapati bahawa bilangan takal yang digunakan dalam satu set mempengaruhi daya yang digunakan untuk mengangkat beban. Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban.

Penyelesaian masalah Melalui eksperimen ini,satu mesin ringkas dibentuk menggunakan sistem takal yang menggabungkan takal dan tali. Berdasarkan situasi yang dikemukakan, Ali boleh menaikkan timba dengan mudah sekiranya Ali menambahkan bilangan takal dalam system takal tersebut. Sistem takal ini lebih dikenali sebagai takal bergabung. Takal bergabung memudahkan kerja yang dilakukan kerana daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah kurang daripada separuh berat beban.

Penambahbaikan mesin ringkas Untuk menambahkan keberkesanan mesin ringkas, kita perlulah : a) Menambahkan bilangan takal b) Menambahkan panjang tali

Kesimpulan Semakin banyak bilangan takal yang digunakan dalam satu set, semakin sedikit daya yang digunakan untuk mengangkat beban. Hipotesis diterima