Anda di halaman 1dari 3

arian Metro Isnin, 16 September 2013

Cari UTAMA SETEMPAT MUTAKHIR BISNES ARENA GLOBAL RAP FOTO VIDEO SUARA SETEMPAT Hati Ekstra Bestari+ Agro IT@Metro Santai Nuansa Dekotaman Gen Y Selebriti Majalah M

Arena

Olahraga semakin merosot


0 Cetak Oleh : Oleh Aida Adilah Mat Kuala Lumpur: Biarpun pahit untuk ditelan, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) terpaksa menerima hakikat dan mengaku taraf sukan itu semakin merosot. Ketika tarikh akhir melayakkan diri ke Sukan SEA Myanmar hampir tamat, hanya 11 atlet sudah melepasi had kelayakan secara merit dan tiada sebarang pertambahan atlet selepas beberapa siri kejohanan seperti Kejohanan Universiti Dunia dan Kejohanan Terbuka Vietnam berakhir. Bagaimanapun, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Zainal Abidin Ahmad tetap optimis masih ada atlet mampu melayakkan diri dan mereka diminta terus berusaha dan menggunakan segala peluang yang ad a. Saya akui taraf sukan ini sudah merosot dan perlukan masa untuk dibangunkan semula. Atlet perlu terus berlatih terutama dengan suasana baru dan pengurusan baru. Kekangan bajet menyebabkan banyak rancangan tergendala namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha meningkatkan kembali martabat sukan olahraga, katanya. Antara atlet yang sudah melayakkan diri terdiri daripada lima atlet lompat tinggi terdiri daripada S Navinraj, Nauraj Singh Randhawa, A Kavee 0 Google + 0 0 0

Alagan, Mohd Azly Ghazali dan Lee Hup Wei, Lo Choon Sieng dan Muhammad Khairil Harith Harun (20km jalan kaki), Iskandar Alwi (lompat bergalah), S Kannathasan dan Mohamad Arif Zulhilmi, Casier Renee Kelly Lee (baling tukul besi) dan kuartet 4x400m lelaki. Beliau yang mengambil alih teraju KOM daripada Datuk Seri Shahidan Kassim pada penggal lalu berkata, atlet berpeluang menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Kebangsaan pada 19 dan 20 Oktober ini dilihat sebagai medan terakhir sebelum senarai nama diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Realitinya, sukar melihat negara melahirkan seorang Raja Pecut dalam tempoh terdekat. Memang menakutkan tapi usaha perlu dilakukan untuk memastikan misi melahirkan seorang jaguh pecut sehebat Tan Sri Dr M Jegathesan, Rabuan Pit mahupun Nazmizan Mohamad untuk yang sekali lagi menjulang nama negara. Penasihat Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, untuk mencari pengganti pelari sebagus Nazmizan dalam tempoh tiga hingga lima tahun sangat tipis.

Menurutnya, terpulang kepada sejauh mana pihak terbabit, khususnya Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) merangka program pembangunan akar umbi. Sebelum ini, Institut Sukan Negara (ISN) mempunyai pusat satelit di Miri yang memberi tumpuan kepada atlet pecut di bawah kendalian jaguh pecut Watson Nyambek, begitu juga dengan pusat satelit kendalian Nordin Jadi di Johor yang memberi tumpuan kepada atlet larian jarak sederhana, 400 dan 800m. Semua itu masih di peringkat awal dan hasilnya belum diperoleh, katanya.

Kita mempunyai program tapi ia bagaikan ketinggalan dan kurang meyakinkan. Apa yang boleh dilakukan adalah menunggu impak menyeluruh program dilaksanakan pada masa ini atau meredah mencari atlet berbakat. Ia seperti menangkap sesuatu dalam gelap. Dr Ramlan yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif ISN justeru berpendapat, untuk melahirkan seorang pelari pecut, dua aspek perlu diberi perhatian iaitu atlet berbakat dan jurulatih berwibawa yang mampu memupuk bakat atlet hingga berjaya.

Contoh terbaik adalah ketika Watson di bawah kendalian Daniel St Hillarie. Ia bukan hanya membabitkan atlet pecut saja tapi juga olahraga secara menyeluruh. Apa yang berlaku ketika ini bukan hanya menjejaskan acara pecut semata-mata tapi juga acara seperti lompat tinggi dan lompat jauh. Mengakui krisis antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) turut menjejaskan perancangan jurulatih dengan ISN, beliau mengharapkan kepimpinan baru membawa lembaran baru buat kemajuan atlet. Jurulatih boleh membentangkan cadangan untuk atlet kepada ISN tanpa perlu menunggu jambatan kembali dibina. Dari aspek teknikal ia tidak mendatangkan masalah keran a ia boleh diukur, membabitkan jenis otot digunakan untuk pecutan, kaedah latihan penyesuaian fizikal serta pemantauan yang perlu dilakukan dan semua itu memerlukan pengurusan dan koordinasi dengan pihak berkaitan. Mereka tidak boleh tunggu untuk membuat perancangan meskipun persatuan berdepan masalah. Satu aspek yang menurut Dr Ramlan perlu diberi perhatian adalah daya tarikan sukan olahraga yang makin menyusut berbanding sukan lain yang jauh lebih popular dan glamor. Ada yang pada mulanya dilihat berbakat dalam olahraga tapi memilih untuk menyertai sukan lain seperti bola sepak dan badminton, mereka menggunakan kepantasan larian untuk bola sepak.

Latihan olahraga amat lasak dan spesifik, ia memerlukan dedikasi menyeluruh dan usaha perlu dilakukan untuk menarik ramai generasi muda menyertai olahraga.

KOMENTAR Kesuraman dan kemerosotan olahraga negara pada pendapat saya ialah: 1. Kekurangan