Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI BIG FASA 3 SEMESTER 5 Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak

pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti dan menjalani program ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama dalam pengajaran seharian nanti di sekolah. Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada cara pengurusan dua program akan dilaksanakan nanti pada hari yang sama. Ini kerana dalam program ini kami sendiri yang mengatur dan merancangkan segala persiapan program ini. Dua aktiviti tersebut ialah Ceramah Teknik Menjawab Soalan UPSR Matematik dan Etiket Sosial iaitu Kesantunan Bahasa. Kedua dua digabungkan menjadi Program Adik Soleh Adik Pintar. Daripada pemilihan ahli jawatankuasa sehingga kepada hal-hal yang lebih rumit lagi, semuanya diatur oleh unit ahli kumpulan PIM3 PPG kami ini. Hal ini sangat penting sebagai latihan untuk saya sekiranya ingin melaksanakan program di sekolah saya nanti. Tanpa pengalaman seperti ini, kita pasti akan kelam kabut untuk menguruskan program seperti ini semasa di sekolah nanti. Yang kedua, program BIG kali ini mengajar saya cara yang terbaik untuk program di sekolah lain. Dengan keadaan cuaca yang berjerebu, aktiviti luar kawasan tidak dapat dilaksanakan. Namun, berkat kerjasama ahli kumpulan, kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Dengan pengurusan masa yang agak terhad, saya belajar bagaimana aktiviti yang telah ditetapkan dengan teratur dan baik. Yang ketiga, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual dan kertas kerja program yang diberikan. Selama ini, saya selalu membuat jadual namun tidak mengikutinya. Semasa BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu tugas dalam masa yang telah ditetapkan. Keempat, saya belajar bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan. Saya pula ditugaskan untuk peralatn dan persiapan tempat. Segala cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi bersama mengajar pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama. Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mempersiapkan dan menyusun tempat aktiviti. Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi dan persefakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar. Secara tidak

langsung, apabila berada dalam lingkungan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai sedemikian, kita juga akan belajar untuk mengamalkan nilai yang sama. Dalam satu kumpulan, jika tiada kesepakatan dan toleransi, maka semua tugas akan menjadi berat. Ini kerana semua orang bersikap mementingkan diri sahaja dan tidak mahu berkorban untuk melakukan sesuatu. Sikap inilah yang akan merosakkan sesuatu kumpulan itu. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita haruslah bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai persepakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita mendidik murid - murid kita menjadi mudah. Kelima, saya turut belajar sesuatu daripada aktiviti murid dalam segmen kesantunan bahasa iaitu kita harus menghormati orang lain. Sebagai seorang guru, kita harus menghormati olang lain terutama murid kita. Selain itu, ini dapat mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain sahaja, tetapi mencuba sesuatu yang baharu. Untuk menjadi seorang guru yang disukai muridnya, sikap kreatif haruslah ada bagi mewujudkan kelainan. Hal ini adalah berkaitan apabila saya dilantik menjadi mentor murid bagi kumpulan 10. Keenam, apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun, semua ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi tanggungjawab kita adalah mencari dan menggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini. Hal ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan mendapatkan apa maklumat oleh murid murid nanti. Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat. Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Di sebalik kepayahan dan rintangan dihadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak. MD ASRI BIN MD JOHAR Unit PIM3 PPG ambilan 2011