Anda di halaman 1dari 4

arian Metro

Isnin, 16 September 2013

UTAMA SETEMPAT MUTAKHIR BISNES ARENA GLOBAL RAP FOTO VIDEO


Hati Ekstra Bestari Agro IT@Metro Santai Nuansa Dekotaman Gen Y Selebriti Majalah M Cari

Setempat

Minda: Melahirkan generasi mampu hadapi cabaran


1 0 Google + 1 0 0

Cetak

Oleh Dr Aminudin Mansor PELAKSANAAN dasar seorang murid bergiat dalam sejenis sukan bermula tahun ini adalah usaha kerajaan membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik sejak dari bangku sekolah lagi. Dasar ini seharusnya mendapat sokongan daripada murid, guru dan ibu bapa. Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan kecergasan fizikal murid atau pelajar di sekolah rendah dan menengah. Kata-kata, Otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat membuktikan bahawa kecerdasan otak banyak bergantung pada keaktifan seseorang murid atau pelajar dalam bidang sukan dan permainan yang diceburinya. Hal ini amat penting bagi keseimbangan fizikal dan rohani dalam perkembangan pendidikan di sekolah pada masa akan datang. Sukan juga penting dalam membentuk gaya hidup yang sihat dan dapat mengurangkan masalah obesiti di kalangan pelajar di sekolah.

Dasar tersebut memberi peluang setiap murid atau pelajar melibatkan diri dalam bidang

sukan yang digemari selain memantapkan aktiviti berkenaan di sekolah. Pelancaran 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan dilancarkan Sabtu ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Taiping, Perak membabitkan kira-kira 4 juta murid di seluruh negara dalam acara larian yang juga diadakan di setiap sekolah.

Pelaksanaan itu akan meliputi semua murid dan pelajar di sekolah rendah dan menengah. Melaluinya prasarana sukan di setiap sekolah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ia tidak memfokuskan kepada sukan teras saja, tetapi meliputi sukan lain juga.

Penglibatan mereka merangkumi semua aktiviti sukan tidak kira melalui pendidikan jasmani, acara sukan tahunan sekolah atau pertandingan sukan antara sekolah.

Sebelum ini, beliau yang juga Menteri Pelajaran menyatakan ibu bapa akan melihat pelaksanaan itu sebagai salah satu komponen program transformasi pendidikan negara bermula tahun ini.

Menurutnya, dasar tersebut juga untuk mengembalikan kegemilangan sukan ke peringkat sekolah selain meningkatkan semangat kesukanan dan kesepakatan masyarakat bermula dari bangku sekolah.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya menyambut baik dasar itu dalam menghasilkan masyarakat holistik dan tidak meminggirkan sukan.

Beliau turut mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran menyediakan jurulatih sukan sepenuh masa di setiap sekolah bagi menjayakan dasar tersebut. Ini lebih praktikal dan dapat menjayakan program ini pada masa depan demi kejayaan sukan di sesebuah sekolah.

Menurutnya, jawatan Penolong Kanan Sukan di sekolah juga perlu diwujudkan dalam melaksanakan dasar ini supaya perancangan aktiviti sukan lebih sistematik untuk jangka panjang dan merasakan dasar itu tidak akan membebankan ibu bapa dan murid kerana percaya sekolah mampu menyeimbangkan keperluan sukan dan akademik mengikut kesesuaian seseorang murid atau pelajar.

Sementara itu, ibu bapa seharusnya memahami bahawa sukan adalah aktiviti fizikal yang

memerlukan pelakunya menggunakan tenaga dan bertindak tangkas seperti berenang, bermain bola dan berlumba lari. Aktiviti sukan tertentu seperti bola sepak, bola keranjang, hoki, badminton memerlukan suatu pasukan yang terdiri daripada beberapa orang individu.

Pasukan yang dibentuk pula memerlukan paduan tenaga antara anggota pasukan. Hal ini menunjukkan kewujudan perpaduan masyarakat dalam aktiviti sukan tersebut. Gabungan tenaga fizikal dan fikiran juga diperlukan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan sukan.

Dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia bukan saja dapat meningkatkan mutu sukan di sekolah dan negara, malah dapat memfokuskan bidang sukan yang perlu dimajukan di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi.

Dalam hal ini, Malaysia harus terus berazam dan berusaha untuk menjadi sebuah negara maju yang teguh, bersatu dan kekal utuh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Sukan dapat meningkatkan tahap fizikal dan kualiti kesihatan di kalangan murid dan pelajar.

Usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara holistik dengan menekankan terhadap penguasaan sukan dan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu, pembudayaan sikap progresif dengan pengamalan nilai, etika dan moral yang baik. Melalui bidang sukan pembangunan modal insan juga dapat direalisasikan.

Pembudayaan 1Murid 1Sukan 1Malaysia juga dapat menjadi nilai budaya yang baik dalam mengekalkan kesihatan di peringkat sekolah rendah dan menengah ke arah memupuk minda kelas pertama. Kecemerlangan akademik juga banyak bergantung pada kecemerlangan sukan yang melibatkan murid dan pelajar.

Kesimpulannya, melalui pelaksanaan dasar ini dapat meningkatkan sekolah dengan melahirkan rakyat yang mampu menghadapi cabaran baru dalam era globalisasi. Bidang sukan juga adalah bidang penting dalam meningkatkan nama negara di mata dunia pada masa depan. Melalui generasi yang terdidik dan mempunyai ilmu dalam bidang sukan, negara akan mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut.

Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu


Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/30
1 0 Google + 1 0 0

KOMENTAR