Anda di halaman 1dari 2

MOHD ASYRAF BIN ISMAIL

Piano Duet

Piano Duet dikatakan sebagai "a piece of music composed for two people each playing the piano and an instrumental ensemble consisting of two people playing the piano yang bermaksud sesebuah muzik yang diciptakan untuk dua orang bagi satu piano setiap seorang dan persembahan muzik yang melibatkan dua orang yang memainkan satu piano.

Piano Duet dimainkan menggunakan 4 tangan. Sama ada 2 tangan untuk satu piano atau 4 tangan untuk satu piano. Sebagai contoh, Polonaises Schubert sering menggambarkan Piano Duos sebagai (4 tangan 1 piano) dan menggambarkan duet piano sebagai (4 tangan 1 piano). Maksudnya, piano duos adalah sama ada 4 tangan satu piano atau 4 tangan dua piano. Maka, piano duet kebiasaannya 4 tangan yang memainkan satu piano, kecuali telah disebutkan sebagai two-piano duets. Terdapat beberapa perbezaan antara satu piano 4 tangan dengan 2 piano 4 tangan dalam konteks muzik. Jika dua piano digunakan, komposer akan memastikan kedua-dua piano menggunakan sepenuhnya papan kekunci, tetapi mereka tidak boleh bermain not yang sama pada masa yang sama.

Perkara penting yang perlu diambil kira adalah aspek teknik dan aspek muzikal. Seseorang pemain piano terlebih dahulu perlu memahirkan dirinya untuk bermain bahagiannya sendiri terlebih dahulu sebelum memulakan bermain lagu secara duet. Maksudnya disini, latihan yang mantap perlu dilakukan. Tetapi sebelum itu, pemain perlu memerhatikan teknik penjarian yang betul supaya apabila digabungkan menjadi duet, tangan pemain tidak bertindih atau bersilang dengan pemain muzik yang satu lagi. Jelas sekali, kita dapat berfikir bahawa pemain muzik tidak boleh memainkan not yang sama pada satu masa. Seterusnya, bukan sahaja penjarian yang perlu diambil berat dalam permainan piano duet ini, malah postur dan kedudukan pemain piano juga harusla betul. Sekiranya postur pemain adalah salah, permainan lagu untuk duet tidak akan menjadi lancar dan mungkin akan mencacatkan persembahan duet tersebut. Dalam postur yang betul, pemain piano haruslah mengambil kira kedudukan tangan, kedudukan kaki dan juga keadaan badan semasa persembahan. Kedudukan kaki mestilah berada rata di lantai,

MOHD ASYRAF BIN ISMAIL

kedudukan tangan mestilah lurus dan kedudukan lengan seharusnya sejajar dengan papan kekunci piano. Badan pula mestilah diluruskan dan tidak membongkok dan kepala mestilah dalam keadaan yang selesa, iaitu tidak terlalu tunduk dan tidak terlalu mendongak ke atas.

Seterusnya, dalam aspek muzikal pula, permainan lagu mestilah mengikut tempo yang bersesuaian bagi kedua-dua pemain piano. Tempo bagi kedua-dua pemain piano mestilah sentiasa sama. Jika salah seorang pemain memainkan tempo yang lain daripada pemain yang satu lagi, permainan piano duet tidak akan dapat dimainkan dengan baik. Seterusnya, bukan sahaja tempo yang perlu diambil berat, malah perkara seperti dinamik yang terdapat dalam lagu mestilah dimainkan dengan sama. Seterusnya, setiap pemain perlu mengira detik dengan tepat supaya tidak terpesong bagi mengekalkan detik yang tepat bagi lagu yang dimainkan.

Akhir sekali, apa yang dapat saya simpulkan berkenaan dengan persembahan piano duet adalah merupakan satu tahap yang lebih tinggi berbanding dengan persembahan piano solo. Segala aspek teknik dan aspek muzikal yang terdapat dalam persembahan piano solo perlu digunakan dan dibawa dalam permainan piano duet bagi menghasilkan satu persembahan yang menarik dengan aspek muzik yang lengkap. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai