Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SYED IDRUS, KUANG,31200 CHEMOR, PERAK.

UJIAN PENGESANAN 1 / 2006 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN Nama :________________________________________ Kelas:_________________

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga soalan 18 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Asmawi _______________ kepada Johari yang berada di dalam bas ekspres. A. memanggil-manggil C. menggamit-gamit B. melambai-lambai D. menyeru-nyeru

2. Pengemis perempuan itu sedang ____________ anak kecilnya. A. merebah C. memangku B. membimbit D. mendukung

3. Encik Kamaruddin sedang mencuci kereta ___________ isterinya menyiram pokok bunga. A. sementara C. sebelum B. ketika D. tetapi 4. Encik Wong meletakkan keretanya di dalam __________________. A. stor C. garaj B. loteng D. beranda

5. Pokok bunga di halaman itu kelihatan ______________ kerana tidak disiram dengan air. A. susut C. layu B. pucat D. kaku 6. Kami sekeluarga tinggal di Taman Selasih ___________ lima tahun yang lalu. A. sehingga C. demi B. semenjak D. manakala Soalan 7 dan soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

7. Encik Masri membawa anak-anaknya ____________ di tepi tasik. A. berputar-putar C. bersiar-siar B. berlegar-legar D. berpusing-pusing 8. Tasik itu menjadi tumpuan orang ramai terutamanya __________ hari cuti umum. A. dari C. pada B. kepada D. di

9. Pelancong itu khusyuk memerhati nelayan itu _____________ jala di tepi laut. A. menyulam C. menenun B. menyirat D. menjahit

10. Penduduk di Taman Saujana membuat aduan tentang anjing-anjing liar yang _________ di tempat tinggal mereka. A. berpeleseran C. bertaburan B. berkeliaran D. berselerakan

11. ____________ yang tampan itu sedang memperagakan baju batik. A. Peragawan C. Biduan B. Peragawati D. Seniwati Soalan 12 dan soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

12. Pak Salleh ___________ buah rambutan dengan menggunakan sebatang galah. A. memintal C. mengait B. menguis D. merejam 13. Pak Salleh memasukkan buah rambutan yang gugur itu ke dalam ___________. A. bakul C. besen B. raga D. dulang 14. Zarina menerima se___________ surat daripada sahabat penanya yang tinggal di Pulau Langkawi. A. lembar C. pucuk B. helai D. keping

15. Encik Sulaiman ____________ isterinya sebentuk cincin emas. A. mengemukakan C. menyampaikan. B. menghulurkan D. menghadiahi

16. Puan Maruwiah sedang ____________ barang-barang tembaganya. A. menggosok C. mengelap B. menggilap D. mencuci 17. Encik Tan menyuruh anaknya membeli se________ dawai dan beberapa _______ paku. A. urat .. kaki C. gulung . Biji B. lembar . Butir D. gelung . Batang

18. Asmadi banyak mempunyai sahabat kerana _________ sangat peramah. A. dia C. saya B. kamu D. kami Pilih perkataan seerti bagi perkataan bagi perkataan yang bergaris. 19. Puan Saodah berasa takut apabila mendengar ugutan pemuda itu. A. amaran C. ancaman B. hentaman D. kritikan

20. Peribahasa yang sesuai atau berkaitan dengan keadaan budak dalam gambar ialah A. lipas kudung C. langkah bendul B. langkah seribu D. kaki ayam Soalan 21 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan. 21. Ke manakah budak itu berlari? A. Budak itu hendak pergi bermain bola. B. Budak itu takut akan anjing yang garang itu. C. Budak itu berlari ke arah bapanya. D. Budak itu berlari kerana takut hantu. Soalan 22. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22. A. Nama pembantu rumah saya adalah Suriati B. Nasi lemak itu dibungkus oleh Mak Limah. C. Amirul pernah melawat Pulau Pangkor pada minggu hadapan. D. Dompet itu tidak kepunyaan saya. Soalan 23. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul. 23. I. Penduduk yang tinggal di kawasan rendah diarahkan berpindah dengan segera. II. Harga novel yang tebal itu terlalu rendah. III. Barang import itu bermutu rendah. IV. Puan Kamariah memuji Amir yang berbudi rendah. A. I dan II sahaja. C. I, II dan III sahaja B. I dan III sahaja D. I, III dan AV sahaja.

Soalan 24 hingga soalan 25 berdasarkan gambar.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 24. "Ina, angkat baju di ampaian," kata Mak Timah. A. Mak Timah menyuruh Ina mengangkat baju di ampaian. B. Mak Timah memaksa Ina mengangkat baju di ampaian. C. Mak Timah meminta Ina menjemur baju di ampaian. D. Mak Timah disuruh oleh Ina untuk mengangkat baju di ampaian. 25. Baju-baju yang kering di ampaian itu diangkat oleh Ina. A. Ina hanya mengangkat baju-baju yang kering di ampaian. B. Ina mengangkat baju-baju yang kering di ampaian itu. C. Ina menjemur baju-baju yang belum kering di ampaian. D. Ina mengangkat baju-baju di ampaian kering itu. Pilih ayat yang betul. 26. A. Eh, baju-baju di ampaian belum diangkat! B. Cis, angkat cepat baju di ampaian! C. Wah, banyaknya baju di ampaian! E. Amboi, bersihnya baju di ampaian!

27. Pilih perkataan berlawan yang sesuai dengan keadaan keluarga di dalam gambar. A. miskin C. sakit B. sengsara D. renggang Soalan 28. Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan. 28. Dia mengambil masa selama setahun untuk menyiapkan novel itu. A. Siapakah yang memberi dorongan untuknya menyiapkan novel itu? B. Apakah judul novel yang telah siap dikarang itu? C. Berapa lamakah masa yang diambilnya untuk menyiapkan novel itu? D. Bilakah dia menyiapkan novel itu?

Soalan 29 dan soalan 30. Pilih ayat-ayat yang betul. 29. I. Arni memang meminati halaman penulisan. II. Paras air sungai semakin naik III. Kakak menghadiahi seutas jam kepada ayah. IV. Dia gagal ujian tetapi malas belajar. A. I dan II sahaja C. I, II dan III sahaja B. II sahaja D. I, II dan IV sahaja 30. I. Buku cerita itu dipinjamnya daripada perpustakaan. II. Abang saya yang mengecat dinding rumah itu. III. Pen ini tidak kepunyaan saya. IV. Beliau sangat dihormati oleh masyarakat setempat. A. I dan II sahaja. C. II dan IV sahaja B. II dan III sahaja D. I, II dan IV sahaja. Soalan 31 hingga soalan 35 Baca petikan dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang ceria ini, ingin saya sampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Kebaikan dan Keburukan Teknologi Internet". Hadirin yang dihormati, Teknologi internet amatlah penting kepada masyarakat sekarang. Namun begitu, teknologi ini mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pengguna internet. Dengan menggunakan internet, pengguna boleh mendapatkan sesuatu maklumat dengan lebih pantas melalui enjin pencarian di internet. Oleh itu, internet boleh diibaratkan seperti sebuah perpustakaan maya yang sungguh besar. Pengguna juga boleh mewujudkan satu komuniti maya yang boleh berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira sempadan.Melalui komuniti ini, para pengguna internet dapat bertukar-tukar fikiran,meluahkan pendapat dan mencari kenalan yang ramai. Hadiri yang dimuliakan, Teknologi internet juga banyak mempunyai keburukannya, misalnya terdapat lamanlaman web yang tidak sesuai dilihat dan dibaca oleh golongan remaja. Penyebaran maklumat yang tidak bermoral boleh mendatangkan kesan buruk terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja. Fenomena ini menyumbang kepada keruntuhan moral dan akhlak golongan remaja. Melalui internet juga, pengguna berisiko untuk mendapat serangan virus yang boleh merosakkan komputer pengguna. Pengguna internet dinasihatkan agar berhati-hati ketika membuka sebarang e-mel kerana kebanyakan virus disebarkan melalui e-mel. Kesimpulannya, sebagai pengguna internet kita perlulah bijak menggunakan teknologi ini. Kebaikan dan keburukan internet banyak bergantung kepada cara penggunaan kita. Sekian, terima kasih. 31. Siapakah yang menyampaikan syarahan di atas? A. Pengerusi pertandingan syarahan. B. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang C. Murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang D. Jurujual syarikat komputer

32. Apakah kebaikan utama internet? A. Sebuah perpustakaan maya yang sungguh besar. B. Dapat mencari sesuatu maklumat dengan pantas. C. Dapat berinteraksi dengan pengguna internet di seluruh dunia. D. Banyak mendapat kenalan di seluruh dunia. 33. Perkataan berinteraksi dalam petikan bermaksud A. berhubung C. berbincang B. berkenalan D. bersembang 34. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan keburukan internet? A. Laman-laman web yang tidak sesuai untuk golongan remaja. B. Penyebaran maklumat yang tidak bermoral. C. Penyebaran virus melalui e-mel D. Mencari kenalan dari seluruh dunia 35. Manakah antara berikut merupakan kesan akibat serangan virus melalui internet? A. Maklumat tidak dapat diperoleh dengan cepat. B. E-mel tidak boleh dibuka dan dibaca. C. Boleh merosakkan komputer. D. Boleh merosakkan akhlak golongan remaja. Soalan 36 hingga soalan 40 Baca petikan dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kita boleh menikmati kehidupan yang bahagia dengan memiliki jantung yang sihat. Sayangi jantung kita agar dapat terus hidup dengan sihat. Kita perlu sedar bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh utama bagi manusia. Kita harus melakukan sedikit perubahan terhadap cara hidup untuk mendapatkan jantung yang sihat. Lakukan senaman secara teratur. Senaman boleh dilakukan sekurangkurangnya tiga kali seminggu. Antara jenis senaman yang boleh dilakukan termasuklah berjalan, berjoging, berenang, berbasikal, dan bersukan. Amalkan pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan yang baik. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak kandungan lemak dan kolesterol. Ini kerana makanan berlemak dan tinggi kolesterolnya mudah menyebabkan sakit jantung. Merokok juga penyebab utama kepada penyakit jantung dan kanser paru-paru. Oleh itu, tabiat merokok perlu dihentikan dengan segera. Orang yang tidak merokok akan menikmati hidup yang lebih sihat. Tekanan perasaan yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit jantung. Kita hendaklah tenang dan tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan. Ceriakan hidup agar kita kelihatan lebih sihat. Pemeriksaan tekanan darah juga penting. Kita boleh cepat mendapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya mengetahui keadaan tekanan darah yang tinggi. 36. Mengapakah kita perlu memiliki jantung yang sihat? A. Menjimatkan perbelanjaan membeli ubat B. Terhindar daripada sebarang penyakit C. Menikmati hidup yang lebih sihat D. Dapat hidup dengan lebih lama

37. Perkataan kanser dalam petikan sama maksud dengan perkataan A. penyakit C. kuman B. barah D. bakteria 38. Cara untuk memiliki jantung yang sihat adalah seperti berikut kecuali A. melakukan senaman B. mengamalkan pemakanan yang seimbang C. berhenti merokok D. makan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi 39. Tabiat merokok perlu dihentikan kerana boleh menyebabkan penyakit A. jantung C. kencing manis B. hati D. sembelit 40. Pernyataan yang manakah tidak benar tentang petikan di atas? A. Melakukan senaman dapat menyihatkan jantung B. Merokok dapat menyebabkan kanser paru-paru C. Tekanan darah yang tinggi baik untuk jantung D. Kurangkan makanan yang berlemak dan tinggi kolesterolnya.

Anda mungkin juga menyukai