Anda di halaman 1dari 1

OBJEKTIF: memberi peluang kepada murid-murid mengasah bakat dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi,

, sosial dan psikomotor murid-murid merangsang murid-murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran dalam aktiviti yang dijalankan menanamkan semangat kerjasama dan berpasukan antara murid melahirkan sikap berani dan yakin kepada diri sendiri

Unit Kokurikulum SKTPP telah menganjurkan satu program perkhemahan untuk unit-unit beruniform SKTPP seperti Unit Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri dan PBSM. Seramai 150 orang murid daripada tahun 4, 5 dan 6 yang mengikuti program perkhemahan ini.

Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah: 1. untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta. 2. untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta. 3. untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SKTPP.

Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 28-29 Oktober 2011 di sekolah. Walau pun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah, namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk. Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya. Acara penutupan program ini telah disempurnakan oleh tuan guru besar SKTPP sendiri iaitu Encik Sukimin bin Juki pada pukul 4.00 petang, 29 Oktober 2011. Beliau tekah berbesar hati meluangkan masa dan menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil kepada para peserta perkhemahan. Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:

Anda mungkin juga menyukai