Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4

BAHAGIAN A Pilih jawapan yang betul bagi soalan berikut. 1 Apakah maksud wawasan diri? A Pencapaian terhadap diri, bangsa dan negara B Disiplin diri untuk mencapai matlamat yang diingini C Pandangan masa hadapan bagi mencapai matlamat diri D Usaha yang gigih untuk mencapai kejayaan Antara berikut merupakan tujuan seseorang itu memiliki wawasan diri, kecuali A panduan bagi mendisiplinkan diri B panduan untuk berbangga diri C sebagai pendorong untuk mencapai cita-cita D membantu merealisasikan wawasan negara Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai wawasan diri? I Melakukan perancangan II Mengharapkan bantuan III Menetapkan matlamat IV Melaksanakan tindakan dan usaha A I, II, dan III C I, III, dan IV B I, II, dan IV D II, III, dan IV Antara berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan wawasan diri? A Wawasan diri boleh diubah dari semasa ke semasa B Kekuatan dan kelemahan diri mesti dipertimbangkan dalam membina wawasan diri C Keupayaan mencapai wawasan diri akan memberi kebahagiaan D Kita harus membuat penilaian dari semasa ke semasa terhadap tindakan dalam mencapai wawasan diri Perkembangan individu yang seimbang merangkumi aspek-aspek yang berikut, kecuali A jasmani C intelek B nilai D emosi Antara berikut merupakan kepentingan perkembangan diri individu yang seimbang, kecuali

SULIT

A melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang kuat B melahirkan insan yang bersifat individualistik C melahirkan insan yang berilmu, bermaruah, dan bertamadun D melahirkan pemimpin yang baik dan berwibawa A B C D 7 Insan yang berilmu merupakan insan yang mempunyai pelbagai ilmu bijak menggunakan ilmu membiarkan ilmu tanpa dipraktikkan tidak menerima ilmu yang baru dipelajari Merupakan pemain skuasy nombor satu dunia Mendapat gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang A B C D 8 Pernyataan di atas merujuk kepada Datuk Lee Chong Wei Datuk Abdul Malik Mydin Datuk Nicol Ann David Datuk Dr. Jemilah Mahmood 9

Antara berikut, pihak manakah yang bertanggungjawab untuk melahirkan insan yang seimbang dan bersepadu dalam pelbagai aspek? I Sekolah III Diri sendiri II Keluarga IV Masyarakat A I, II, dan III C II, III, dan IV B I, III, dan IV D I, II, III, dan IV Antara berikut merupakan prinsip-prinsip untuk mencapai kejayaan, kecuali A setiap individu haruslah berani mencuba B setiap individu haruslah lari daripada masalah C setiap individu haruslah mempunyai perancangan masa depan D setiap individu haruslah percaya bahawa usaha yang gigih pasti membuahkan kejayaan 10

1 SULIT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4


11 Antara berikut merupakan ciri-ciri wawasan diri yang sesuai bagi seorang pelajar, kecuali A sentiasa berfikiran positif B tahu menguruskan diri C memiliki pemikiran dan tingkah laku yang baik D mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan 12 Apakah yang dimaksudkan dengan hala tuju jangka panjang? A Halangan yang perlu diatasi dalam jangka masa yang lama B Hala tuju yang mengambil masa yang lama untuk dicapai C Hala tuju yang sukar dicapai D Arah matlamat seseorang individu untuk mencapai sesuatu yang dihajatkan 17 A B C D A emosi B intelek C rohani D jasmani

SULIT

16 Antara berikut merupakan ciri-ciri individu yang mempunyai aspek rohani yang teguh, kecuali A berakhlak mulia B terlalu berserah kepada nasib C percaya kepada kewujudan Tuhan D bersikap ikhlas dan jujur ketika menunaikan tanggungjawab

Berjaya berenang merentasi Selat Inggeris dalam masa 17 jam 35 minit pada 3 Ogos 2003 Pernyataan di atas berkaitan dengan Daniel Bego Jeffry Ong Datuk Abdul Malik Mydin Datuk Azhar Mansor

13

Antara berikut, perkara manakah yang perlu ada dalam diri setiap insan yang ingin berjaya? I Berangan-angan II Mempunyai perancangan masa depan III Mempunyai wawasan IV Mudah berputus asa A I dan II C II dan III B I dan III D III dan IV

18 Antara berikut merupakan kepentingan insan yang seimbang kepada negara, kecuali A mewujudkan masyarakat yang bermaruah B mewujudkan kumpulan pemimpin yang berketrampilan C melahirkan masyarakat yang berilmu D melahirkan masyarakat yang tidak berdaya saing

14

Hala tuju diri Usaha yang cemerlang Sikap yang berwawasan

Maklumat di atas berkaitan dengan A disiplin diri C prinsip hidup B wawasan diri D falsafah hidup

19 Insan yang bermaruah merupakan insan yang A bijak menjaga kehormatan diri B mementingkan diri sendiri C sanggup menggadaikan maruah negara D membiarkan negara diancam oleh musuh 20 Kepentingan individu yang seimbang adalah bagi melahirkan insan yang berilmu, bermaruah, mempunyai jati diri yang kuat dan A bertamadun B berkeluarga C angkuh D beremosi

Sentiasa tenang, mempunyai perasaan kasih sayang dan semangat kekitaan 15 Pernyataan di atas berkaitan dengan perkembangan diri dari aspek

2 SULIT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4

SULIT

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan petikan yang diberi. Haziq merupakan seorang pelajar yang mundur di dalam kelasnya. Iqbal iaitu rakan sekelasnya sering mengejek dan mentertawakan Haziq. Haziq sedar akan kelemahan dirinya, lalu dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Dia mahu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Haziq selalu mengulang kaji pelajaran tidak mengira tempat, baik di sekolah atau di rumah. Di dalam kelas, Haziq akan memberi sepenuh perhatian ketika guru mengajar. Perubahan sikapnya disedari oleh Iqbal dan rakan-rakan sekelasnya yang lain. Berbekalkan semangat dan kecekalan yang kuat, akhirnya Haziq berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

(a) Berdasarkan petikan di atas, adakah Haziq memiliki wawasan diri? Jelaskan? ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ (b) Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh Haziq? ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ (c) Berikan dua sikap yang boleh dicontohi oleh Iqbal daripada Haziq jika dia ingin mencapai matlamat seperti Haziq. (i) ________________________________________________________________________________ (ii) ________________________________________________________________________________ (d) Apakah cabaran yang dihadapi oleh Haziq untuk menjayakan matlamat dirinya? ____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________ (10 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT

3 SULIT

Anda mungkin juga menyukai