Anda di halaman 1dari 4

Baca petikan di bawah.

Baca petikan di bawah.


Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terkenal di Shah Alam, Selangor. Aku berwarna biru. Kawan-kawanku terdiri daripada pelbagai warna, saiz dan bentuk. Aku diberi nama Nokia. Setelah siap, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Aku dihantar ke Muar, Johor. Setibanya di sana, aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca bersama-sama rakanku yang lain. Aku berasa bangga. Pada suatu hari, seorang gadis menghampiriku. Agak lama dia membelek-belek tubuhku. Dia tertarik dengan keistimewaan diriku. Aku dibelinya dengan harga RM480.00 daripada pemilik kedai itu. Dia membawaku pulang ke rumahnya. Kini aku berkhidmat untuknya tanpa mengira masa. Setiap hari aku digunakan untuk menghubungi rakan, menghantar pesanan ringkas dan merakam gambar. Kadang kala tuan aku menggunakan aku untuk melayari internet dan mendengar lagu. Masa terus berlalu. Tanpa disedari, sudah empat tahun aku bersamanya. Walaupun begitu, tuan aku masih menyayangi dan menjagaku dengan baik. Aku akan setia kepadanya untuk mencurahkan bakti hingga ke akhir hayatku.

Anda mungkin juga menyukai