Anda di halaman 1dari 3

LIMA TONGGAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Penyelesaian masalah dalam matematik menjadi fokus dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran Matematik. Masalah merupakan satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian. Manakala penyelesaian masalah merupakan proses yang digunakan untuk mencari jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya dan menjadi fokus utama bagi kurikulum matematik supaya

murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah berasaskan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar secara berkesan. Selain itu, murid dapat mengaplikasi dan mengadaptasi berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baru. Seterusnya, murid dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang mencabar. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara

komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah memahami dan mentafsirkan masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian. Antara strategi penyelesaian yang berkesan adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mencuba kes lebih mudah Cuba jaya Melukis gambar rajah Mengenal pasti pola Membuat jadual bersistem Membuat lakonan Membuat analogy Bekerja ke belakang Tonggak yang seterusnya ialah Komunikasi dalam Matematik. Komunikasi ini boleh diwujudkan dalam pelbagai persekitaran yang mana murid boleh menghubungkait media yang berbeza iaitu antara bahan-bahan fizikal, gambar-gambar dan rajah, bagi menjelaskan idea matematik. Komunikasi merupakan salah satu cara untuk menjelaskan konsep Matematik. Apabila komunikasi yang berkesan dicapai, murid-murid dapat memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan matematik mereka dengan lebih mendalam. Murid-murid juga akan menjadi lebih mahir dalam aktiviti penyelesaian masalah. Seterusnya, murid boleh menerangkan

konsep dan kemahiran serta kaedah penyelesaiannya kepada rakan atau guru mereka.

Dalam kelas Matematik, komunikasi dapat dipupuk melalui proses mendengar. Muridmurid mampu bertindak balas terhadap apa yang didengar menerusi penerangan guru. Seterusnya murid akan berfikir menggunakan pengetahuan Matematik mereka untuk membuat keputusan. Selain itu, komunikasi dalam Matematik dapat dipupuk melalui proses membaca. Hal ini berlaku apabila murid-murid berjaya mengumpul maklumat, menyusun dan membuat hubungkait antara idea dan konsep melalui bahan bacaan mereka. Komunikasi dalam Matematik juga boleh dipupuk melalui aktiviti komunikasi verbal. Ini adalah melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan soal jawab semasa sesi penerangan guru. Selain itu,

komunikasi dalam Matematik juga mampu dipupuk melalui aktiviti penulisan. Komunikasi ini berlaku apabila murid-murid membuat latihan pada lembaran kerja, buku aktiviti mahupun di papan tulis. Tonggak yang seterusnya ialah penaakulan Matematik. Penaakulan merupakan suatu proses membuat penekaan dalam menentukan sesuatu penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ini merupakan asa dalam membuat dan memahami Matematik. Penaakulan penting kepada muridmurid untuk supaya mereka dapat mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna. Tonggak seterusnya ialah perkaitan Matematik. Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid-murid dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain secara amnya dalam kahidupan seharian mereka. Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidang-bidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan. Apabila murid-murid mampu mengaitkan konsep Matematik dengan rutin kehidupan, mereka telah berjaya memahami tentang kepentingan Matematik. Tonggak yang terakhir ialah aplikasi Matematik. Dunia kita sekarang menuju kea rah kemodenan. Guru-guru harus mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran mereka. Ini dapat mebantu murid-murid untuk memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Sebagai contoh, penggunaan kalkulator, computer, perisian pendidikan, serta laman-laman web dalam internet boleh meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan bantuan alat teknologi yang bersesuaian, murid-murid mampu membuat penerokaan atas usaha mereka sendiri. Oleh itu guru seharusnya

memanfaatkan sumber yang telah tersedia dalam bidang ini untuk membantu murid menguasai konsep dan menigkatkan kemahiran matematik mereka secara berterusan dan lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai