Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Kendiri Saya telah menerima tugasan ini pembentangan secara kumpulan .

Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus pendek ini adalah tentang format penulisan kertas kerja. Saya sebenarnya sudah beberapa kali mempelajari cara menulis kertas kerja sebelum ini. Namun, saya masih kurang mahir untuk menguasai kemahiran ini. Menerusi tugasan pada kali, saya mendapat banyak peluang untuk melihat contoh-contoh penyediaan bahan di sesebuah sekolah. Hal ini banyak membantu saya bagi lebih membina power point. Selain itu, menerusi kertas kerja yang perlu dibina juga banyak mengajar saya untuk memahami rasional, matlamat, dan objektif sesuatu projek Justeru, tugasan ini sangat membantu saya dalam menyediakan diri untuk perkara tersebut. Walaupun ketiga-tiga tersebut hampir sama, namun saya belajar cara untuk menulis setiap bahagian dengan lebih betul berbanding sebelum ini. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa tugasan ini sangat-sangat membantu saya untuk pembinaan bahan bantu mengajar di sekolah kelak. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak. Disediakan oleh: AZWIRA BIN ABU PROGRAM PENSISWAZAH GURU AMBILAN JUN 2011 PPG/PJK A oleh pensyarah pembimbing bagi Subjek Teknologi Maklumat (TMK). Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya sebuah

Anda mungkin juga menyukai