Anda di halaman 1dari 40

CONTOH KERTAS KERJA PAMERAN DAN BENGKEL Tajuk : Pameran Pendidikan Seni Visual dan Program Bengkel Pemantapan

Seni Visual STPM dan SPM Siri 1 Tahun 2009 Tema : Anjuran : Jabatan Pendidikan Seni Visual Tarikh : 18 hb Ogos 2009 Tempat : Jabatan Pendidikan Seni Visual Kumpulan Sasaran : 39 orang (Pelajar), 20 orang (1P4B-PISMP) dan 9 orang (Pensyarah PSV).

OBJEKTIF : 1. Melatih guru-guru Pendidikan Seni Visual membudayakan aktiviti

berpameran bagi pengukuhan serta pengisian kearah menghargai karya seni iaitu menempatkan hasil karya di tempat dan situasi yang sebenar agar individu luar dapat berkongsi pengalaman dengan pengkarya selari dengan kehendak sukatan PSV 3108 yang menuntut agar hasil karya dipamerkan dalam konsep galeri. 2. Membimbing dan melatih para pelajar berinteraksi sesama sendiri dan berkongsi pengalaman semasa menyediakan pameran dan

mengendalikan bengkel. 3. Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan galeri dan profesional. 4. Persediaan bagi melengkapkan lagi dalam pengisian mata pelajaran Membentuk dan Membuat Binaan dan Kraf Tradisional. 5. Mengadakan bengkel untuk melatih para-para pelajar SPM dan STPM tentang teknik dan kaedah Anyaman bagi menghargai Kraf Tradisional yang cukup terkenal di Malaysia.

6. Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan tanggungjawab terhadap seni. 7. Menguji tahap kemahiran individu. 8. Mewujudkan semangat kekitaan di bawah nama Pendidikan Seni Visual.

RASIONAL : 1. Merapatkan jurang di antara IPGM dan sekolah-sekolah dalam aspek pencapaian, perlaksanaan aktiviti dan juga kerjasama. 2. Setiap individu didapati mempunyai keyakinan diri yang rendah apabila berada di dalam kelompok luar. 3. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan keyakinan individu atau pun kumpulan. STRATEGI : 1. Bengkel dan Pameran (1 hari). 2. Guna ilmu serta pengalaman yang diperolehi dari bengkel dan lawatan. 3. Merancang serta menjalankan aktiviti lawatan berpameran. 4. Mewujudkan suasana pembelajaran secara lawatan dan berkesan.

PERANCANGAN AKTIVITI : 1. Input secara ilmiah yang berkaitan dengan keyakinan kendiri, nilai-nilai positif, tidakputus asa, mengasah bakat, berinteraksi, bertanggungjawab serta keinginan yang tinggi untuk mencapai kejayaan. 2. Input kesahsiaan yang menitikberatkan disiplin diri, pengawalan emosi, memberi perhatian dari aspek moral dan menghormati masa. 3. Input keagamaan melalui aktiviti santapan rohani yang terancang.

KUMPULAN SASARAN : Bilangan pelajar sekolah : 39 orang pelajar (SMK. TUNKU PANGLIMA BESAR, Kulim,Kedah) Bilangan pelatih PISMP : 20 orang pelatih PISMP/1P4B Bilangan Pensyarah : 9 orang pensyarah Jabatan PSV) (Jumlah Sasaran adalah seramai 68 orang)

ANGGARAN KEWANGAN : Keperluan dan peralatan = RM 50.00 Jamuan ringan = RM 2.00 x 1 (orang) RM 2.00 x 68 orang = RM 136.00 Makan dan Minum tengahari : = RM 5.00 x 1 (orang) = RM 5.00 x 68 orang = RM 340.00

Jumlah = RM 526.00

JAWATANKUASA INDUK PAMERAN JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENAUNG PENASIHAT KETUA JABATAN PENSYARAH KANAN SETIAUSAHA BENDAHARI PENYELARAS AJK

: PN. HJH. SAADIAH BINTI BANI : TN. HJ. HUSSEIN BIN MHD. YUSUFF : TN. HJ. JAAFAR BIN MAHMUD : TN. HJ. JUDIN BIN AHMAD : CIK NORHAYATI BINTI MUSA : EN. UTHAYA KUMARAN A/L KANDASAMY : EN. ZAKARIAH BIN ABD. GHANI : EN. MANSUR BIN ABDULLAH PN. NORIDAH BINTI RAMLI PN. CHIN SO FONG EN. ANANTHAN A/L NAGU

JAWATANKUASA

PENGELOLA

PAMERAN

DAN

BENGKEL

JABATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGURUS PROJEK KURATOR PAMERAN

: TN. MOHD FAKHRURAZZIE BIN TN. HUSSIN : MOHAMAD HAFIZ BIN MOHD HAMZAH MOHD SYAZWAN BIN MAHMUD

BENGKEL KRAF TRADISIONAL : SITI NUR HANIS BT. HAMIDAN NORSYAHIDAH BT.MAHMOOD BROSHER : NORSARINA BT. MOHD NOOR WAN NOR AZILAH BT. WAN A. RAHMAN SAMBUTAN : SITI SUHAILI BT. AB RAHMAN NUR SARAH BT. ABDULLAH MAKANAN : RAZNIZA BT. MOHAMMAD NUR AMALINA BT. ADAM NURUL AMALIA BT.MOHD SAAD PERALATAN PAMERAN : MOHD LUKHMAN BIN HASHIM MOHD SOLIHIN BIN SAFAR PERSEMBAHAN DOKUMENTASI : MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHD JAAFAR JURUFOTO PENGACARA MAJLIS PENDAFTARAN : ANIS ARINA BT. ZULKEFLY : NURUL AYUNI BT. AZIZAN : NUR AFIFAH BT. SAUTI NURUL SUAIDAH BT. OTHMAN PELAPOR : WAN ROHAYU BT. WAN SEMAIL

JAWATANKUASA

PENGELOLA

PAMERAN

DAN

BENGKEL

JABATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGURUS PROJEK KURATOR PAMERAN

: TN. MOHD FAKHRURAZZIE BIN TN. HUSSIN : MOHAMAD HAFIZ BIN MOHD HAMZAH MOHD SYAZWAN BIN MAHMUD TN. MOHD FAKHRURAZZIE BIN TN. HUSSIN

BENGKEL KRAF TRADISIONAL : SITI NUR HANIS BT. HAMIDAN NORSYAHIDAH BT.MAHMOOD BROSHER : NORSARINA BT. MOHD NOOR WAN NOR AZILAH BT. WAN A. RAHMAN SAMBUTAN : SITI SUHAILI BT. AB RAHMAN NUR SARAH BT. ABDULLAH MAKANAN : RAZNIZA BT. MOHAMMAD NUR AMALINA BT. ADAM PERALATAN PAMERAN : MOHD LUKHMAN BIN HASHIM MOHD SOLIHIN BIN SAFAR PERSEMBAHAN DOKUMENTASI : MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHD JAAFAR JURUFOTO PENGACARA MAJLIS PENDAFTARAN : ANIS ARINA BT. ZULKEFLY : NURUL AYUNI BT. AZIZAN : NUR AFIFAH BT. SAUTI NURUL SUAIDAH BT. OTHMAN PELAPOR : WAN ROHAYU BT. WAN SEMAIL

JAWATANKUASA

PENGELOLA

PAMERAN

DAN

BENGKEL

JABATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL Tandakan Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas () - Memastikan segala persiapan berjalan lancar - Memastikan AJK melaksanakan tugas mengikut bidang masing-masing - Melihat aspek kekurangan serta kelemahan dalam kerja berkumpulan serta memberi arahan secara PENGURUS PROJEK sistematik - Mengambil berat terhadap masalah AJK serta menyelesaikan masalah - Memainkan peranan dalam mewujudkan satu team work yang baik serta aman - Memastikan segala berjalan lancar mulai 16.08.09 hingga 18.08.09 dan selesai upacara serta

1.

kemaskini dewan - Menempah dewan untuk pameran mulai 16.08.09 hingga 18.08.09 - Memastikan rekabentuk pameran adalah menepati 2. KURATOR PAMERAN ciri-ciri dan kehendak situasi bentuk karya yang dipilih - Memastikan kedudukan hasil karya sesuai dengan ruang yang terdapat di dalam dewan - Menyediakan gimik pelancaran majlis perasmian

- Memastikan ruang untuk aktiviti berikut : - Ruang pameran seperti gantungan, padestral, meja, kerusi, board - Mengumpul bahan-bahan dan karya serta

menyenarai kuantiti karya yang akan dipamerkan - Ruang untuk tetamu mendengar taklimat serta upacara perasmian serta penutupan majlis ( 5 tempat duduk VIP dan 60 kerusi) - Ruang untuk permainan seni (play station) - Ruang untuk tetamu makan - Menyediakan sticker untuk setiap karya yang dipamerkan serta menampal di sebelah kanan bawah karya - Menyediakan platform untuk upacara perasmian dan mikrofon - Menempah kain di unit ERT untuk alas (20 unit) - Memberi penerangan terhadap bahan dan karya kepada peserta sepanjang lawatan dijalankan - Menyiapkan tempat dan lokasi yang sesuai dan ditentukan oleh Kurator - Memilih kaedah untuk mengadakan sesi anyaman 3. BENGKEL KRAF seperti bantuan LCD, demonstrasi TRADISIONAL - Jika duduk di bawah pastikan sediakan tempat yang sesuai untuk mengalas tempat duduk - Menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti anyaman

- Melantik

beberapa

orang

guru

pelatih

bagi

menjayakan aktiviti mentor bersama pelajar SPM dan STPM (seramai 40 orang) - Menyediakan kursus anyaman untuk para pelajar SPM dan STPM serta guru-guru yang terlibat - Memastikan para peserta mendapat kemahiran yang optimum dengan kursus yang diberi - Menyediakan broser khas untuk jemputan

Pengarah dan Timbalan Pengarah pada 16 hb Ogos 2009, - Menyediakan broser jemputan untuk Para

Pensyarah PSV dan semua yang terlibat 4. BROSHER - Membuat poster bersaiz A4 untuk menghebahkan kepada semua warga IPSAH - Memilih lokasi yang sesuai untuk mempamerkan poster - Mengiring pengarah/timbalan pengarah semasa masuk ke dewan - Mengedarkan broser kepada para tetamu sebaik memasuki dewan - Bersedia memberi penerangan kepada peserta5. SAMBUTAN peserta serta semua yang hadir - Menunggu di bahagian tertentu yang diuruskan oleh kurator agar dapat memberi penerangan terhadap karya yang dipamerkan - Mengiring pengarah/timbalan pengarah semasa

masuk ke dewan - Menempah makanan untuk para tetamu VIP ( 10 orang) dan peserta ( 60 orang) - sarapan pagi (RM2.00) dan makan tengahari (RM5.00), budget untuk 70 orang. - Menyediakan meja makan khas untuk tetamu VIP serta guru-guru 6. MAKANAN -Memastikan waktu rehat adalah tepat dengan waktu penyediaan makanan oleh pihak caterer -Memastikan kebersihan tempat makanan,

penyediaan tong sampah dan plastik - Membawa para tetamu VIP dan peserta ke tempat jamuan mengikut jadual Menyediakan alatan seperti board

dan (toolbox)untuk pemasangan karya - Menyediakan mikrofon untuk majlis perasmian - Memasang karya-karya untuk dipamerkan 7. PERALATAN PAMERAN - Menyediakan beberapa pokok yang segar di bahagian perasmian -Menyediakan easel untuk karya catan terpilih - Menyediakan setting untuk perasmian Bekerjasama dengan pihak kurator bagi

melancarkan

aktiviti pengurusan pameran - - Mengendalikan tayangan intro bagi Jabatan - Pendidikan Seni Visual selama 15 minit - - Menyediakan Notebook dan LCD untuk tayangan 8. PERSEMBAHAN DOKUMENTASI - pembukaan majlis - - Menyediakan bahan-bahan dokumen yang telah siap - untuk pelaporan - Menyediakan alatan rakaman untuk merakam segala aktiviti yang berlansung pada hari tersebut - Menyediakan kamera untuk mengambil gambar 9. JURUFOTO semasa aktiviti - Menyediakan bahan-bahan dokumen yang telah siap untuk pelaporan - Menyediakan skrip untuk mengacara majlis

perasmian dan penutup - Bertindak memberi arahan serta pengumuman 10. PENGACARA MAJLIS sepanjang majlis berlangsung - Memastikan format yang betul digunapakai dalam mengendalikan acara - Menyediakan draf lebih awal dan mempraktikkan sebelum acara berlangsung

- Menjemput acara perasmian/penutupan - Memaklumkan memberi ucapan - Menjemput wakil jabatan memberi ucapan - Menjemput Pengarah/Timbalan Pengarah/KJ untuk merasmikan upacara perasmian/penutupan majlis - Penyampaian sijil IPSAH kepada wakil peserta - Menempah fail di unit LDP (40 keping). - Menempah sijil penyertaan untuk peserta (40 keping) 11. PENDAFTARAN - Menempah pen IPSAH sebagai cenderamata kepada para peserta - Memohon peralatan di stor (isi borang di pejabat) dan mengambil - - Menyediakan laporan bagi setiap sesi aktiviti - - Menyiapkan laporan serta menyerahkan kepada 12. PELAPOR - Penyelaras untuk simpanan fail Jabatan PSV - - Membantu tugas lain dalam menyediakan stesyen - permainan MAJLIS PENUTUPAN/ 13. PENYAMPAIAN SIJIL - Menempah cenderamata penghargaan kepada perasmi (dua unit) - Mengisi borang tempahan di stor (di pejabat) sebagai tanda kepada wakil sekolah untuk

- (Rujuk bahagian pendaftaran kerana tempahan boleh dibuat sekali)

CONTOH KERTAS KERJA PAMERAN

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja Pendidikan Seni Visual bagi tahun 2012 dalam semester ketiga saya. Dalam kerja kursus Pendidikan Seni Visual kali ini, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan melaksanakan kertas kerja. Melalui tugasan ini, saya telah diminta untuk melaksanakan sebuah pameran. Di samping itu, saya juga diminta menyediakan sebuah kertas kerja yang lengkap untuk membuat pameran selama seminggu. Saya juga menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin ke perpustakaan untuk mencarimaklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing saya dalammelaksanakan tugasan ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu saya dan yang sanggup bersama saya dalam mencari bahan untuk melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral. Sepanjang melaksanakan projek ini saya berasa tenang. Ini kerana segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku programnya. Semoga tuan dapat memaafkan saya jika terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan saya. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui konsep falsah dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tuan tidak akan saya lupakan.

Sekian terima kasih.

PENGENALAN

Pameran RINTIS 2012 (Pameran Seni 2012) adalah anjuran Jabatan Pendidikan Seni Visual (JPSV) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Ilmu Khas). JPSV wujud sejak tertubuhnya Special Teachers Training Institut (STTI) pada 1960.

Tujuan JPSV ketika itu ialah untuk memberi latihan dalam perkhidmatan bagi guru-guru terlatih dari sekolah menengah dan rendah. IPG Kampus Ilmu Khas merupakan satu-satunya maktab perguruan yang dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk menambahkan lagi kemahiran dan pengetahuan mengajar Pendidikan Seni Visual (PSV) dan pada masa yang sama dapat membina dan meningkatkan lagi bakat seni lukis.

Pameran RINTIS 2012 memberi ruang dan peluang kepada pelbagai generasi warga IPG Kampus Ilmu Khas untuk memperagakan karya dan melunaskan tanggungjawab sosial dalam mendidik masyarakat untuk menghargai dan mencintai seni. Pameran seni merupakan aktiviti tahunan yang dikendalikan dan dilaksanakan oleh Jabatan Seni Visual.

RINTIS

diambil

bersempena

singkatan

perkatan

Research

and Inovation Towards Integeration and Sustainability. Satu kertas kerja telah dibuat bagi program pameran seni visual yang dianjurkan oleh kelas J 3.6 di Dewan Dato Razali, IPG Kampus Ilmu Khas. Program ini meleibatkan semua warga kampus. Sebanyak 29 orang guru pelatih yang menaungi pameran ini dibantu dengan dua orang pensyarah.

KERTAS CADANGAN

MESYUARAT KELAS J 3.6 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KALI_____/2012

TAJUK

Cadangan untuk melaksanakan pameran Pendidikan Seni Visual Tahun 2011 5 TUJUAN

kertas kerja ini dilaksana untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas untuk meluluskan pelaksanaan Pameran Pendidikan Seni Visual bagi Tahun 2012 sebagai memenuhi keperluan sukatan pelajaran PPISMP semester tiga. 6 LATAR BELAKANG Pameran ini merupakan tugasan kerja kursus pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester tiga Major Pendidikan Seni Visual. Pameran ini turut melibatkan pelajar elektif Pendidikan Seni Visual serta digabungkan dengan pelajar Jabatan Seni Visual Semester 8 dan 6 Pameran ini diadakan selama lima hari yang bermula dari 22 Oktober 2012 sehingga 26 Oktober 2012. Pameran ini diadakan di Dewan Dato Razali IPG Kampus Ilmu Khas Pameran seni visual ini tutut memohon kerjasama daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN) serta pelukis bebas. Usaha untuk mendedahkan kepada warga IPG Kampus Ilmu Khas dan memberi pengalaman kepada guru pelatih untuk mengendalikan program pameran yang berskala besar, maka pameran seperti ini harus dilaksanakan.

ASAS PERTIMBANGAN Pameran ini merupakan program pelaksanaan kerja kursus pendek Program

Persedian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kursus Pendidikan Seni Visual. Kejayaan program ini diharapkan dapat membantu pensyarah untuk membuat penilaian terhadap tugasan yang perlu dilaksanakan. Pameran ini bertujuan untuk melahirkan daya celik intelek yang tinggi dan kreativiti mereka dalam bidang seni terutamnya. Pameran ini akan menjadi panduan dan sumber idea kepada para pelajar untuk mebuat perancangan pameran apabila diminta untuk mengendalikan sesebuah pameran besar seperti ini. Bahkan, pameran ini berfungsi untuk menunjukkan bakat keratif melalui hasilhasil karya yang bermutu dan menarik oleh pelajar khususnya untuk dipaparkan kepada orang ramai untuk lebih menghayati seni Justeru, pameran Pendidikan Seni Visual ini memeberi pengetahuan dan pengalaman baharu dalam kalangan pelajar tentang kesenian dan budaya tempatan selain daripada mengetahui aktiviti yang boleh dikendalikan dalam bilik darjah sewaktu P&P. 8 IMPLIKASI Warga kampus yang terlibat dalam pameran ini sama ada secara langsung dan tidak langsung akan dapat menonjolkan bakat yang ada dalam diri masing-masing yang terpendam selama ini. Maklmumbalas daripada warga IPG Kampus Ilmu Khas merupakan satu bentuk penilaian tidak langsung yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada para warga kampus yang terlibat. Warga IPG Kampus Ilmu Khas dapat mengenalpasti dan memahamu dengan lebih mendalam tentang bidang seni visual Pameran ini boleh dijadikan sebgai rujukan kepada para guru pelatih pada masa akan datang.

OBJEKTIF

Dalam pendidikan seni visual, pengajaran dan pembeljarannya adalah berkesan menuju ke arah obkektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Pelbagai cara dilakukan untuk melengkapkan misi dan visi yang ingin dicapai. Objektif dan matamat adalah seperti berikut; Memberi pendedahan kepada warga IPG Kampus Ilmu Khas mengenali dengan lebih rapat tentang bidang seni visual. Memberi pemantapan ilmu seni visual dalam kehidupan Membuka minda masyarakat di luar lingkuangan Seni Visual akan perkembangan Seni Visual, khususnya dalam bidang pendidikan.

Mencungkil bakat dan peluang seni lukis dari kalangan pelajar, bekas pelajar, guru seni dan pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk mempamerkan bakat dan kreativiti seni masing-masing.

Berusaha untuk memelihara dan mengetengahkan idea dan bentuk kelestarian dan diterjemah ke dalam bentuk seni

Meletakkan satu tanda aras baru professioanalisme dari segi pengurusan pameran seni

Membina jarinag antara warga kampus Mencari golongan pelapis yang bepotensi tinggi untuk menampilkan hasil karya yang kreatif, inovatif dan berkualiti.

Mempamerkan tahap kandungan dan hubungan antara karya dengan hubungan sosial dan budaya menerusi stail dan kreativiti melalui Pendidikan Seni Visual.

Pembangunan modal insan yang berpengetahuan tinggi Menanamkan budaya kreativiti dan inovasi dalam semua bidang Memberi pemantapan ilmu dan pendedahan terhdap prospek kerjaya Seni Visual.

10

TEMA

Tema bagi RINTIS 2012 ialah pancarwarna. Konsep pancarwarna membawa makna bahawa penggunaan warna dalam kehidupan seharian kita saling berkait rapat. Malahan,. Konsep pancarwarna membawa makna kita hendaklah sentiasa memandang kehadapan di samping menjadikan masa lalui sebagai iktibar dalam kehidupan. Jadi, pemilihan pancarwarna akan membawa perubahan ke dalam sesuatu bidang secara melaus, menyuluruh dan cepat dalam usaha meningkatkan tahap apresiasi seni oleh masyarakat terhadap karya. 11 KONSEP DAN STRATEGI

11.1 PEMASARAN CETAKAN

Produk-produk cetakan seperti poster, banner dan katalog akan dihasilkan oleh kelas J 3.6 dan diapaparkan di seleruh IPG Kampus Ilmu Khas untuk mempromosikan program ini. 11.2 LIPUTAN MEDIA

Kami akan berusaha untuk menggunakan laman sosial, seperti; Facebook, Blog, Twitter dan sebagainya untuk menghebah segala perkembangan dan perjalan proses pameran agar sentiasa diketahui umum dari semasa ke semasa.

12

TEMPOH PROGRAM

Program ini dijalankan seminggu (22-26 oktober 2012) 13 TARIKH

Tarikh yang dirancang ialah 22 26 Oktober 2012 14 TEMPAT PAMERAN

Dewan DatoRazali Ismail, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana: Kawasan yang luas untuk mempamerkan karya Suasana yang kondusif; pengaliran udara yag baik untuk memudahkan orang ramai menyertai program ini dengan selesa 15 16 KETERANGAN TARIKH 22 Oktober 2012 = Persedian Pameran 23 Oktober 2012 = Pameran Berlangsung 24 Oktober 2012 = Perasmian RINTIS 25 Oktober 2012 =Pameran Berlangsung 26 Oktober 2012 = Perasmian Penutup Pameran TENTATIF PROGRAM

*sila rujuk tentatif program (LAMPIRAN) 17 KUMPULAN SASARAN

Pameran ini mensasarkan kepada semua warga IPG Kampus Ilmu Khas

18

KEWANGAN

19

KESIMPULAN

Pameran Seni Visual ini merupakan aktiviti yang perlu disertai oleh semua pihak agar kesenian dan nilai intelektual yang terdapat di dalamnya dapat dikongsi bersama-sama.Bahkan, hal ini juga adalah untuk meningkatkan daya kreativiti yang terdapat dalam diri warga IPG Kampus Ilmu Khas terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukan dalam tugasan seharian, terutamanya dalam penyediaan bahan bantu mengajar atau bahan-bahan pengajaran yang lain.

Diharapkan agar pameran seni RINTIS ini dapat diluluskan oleh Pengarah IPG Kampus Ilmu khas dapat mempertimbangkan dan meluluskan cadangan pelaksanaan Pameran Pendidikan Seni Visual RINTIS.

Noor Afifah Azizan Disediakan oleh: Noor Afifah Azizan Setiausaha Disemak oleh: Sallehudin Bin Zakaria Penasihat Pameran IPG Kamus Ilmu Khas

Dilulus/Tidak Dilulus/Dilulus dengan pindaan Pengarah IPG Kamus Ilmu Khas

20

CARTA ORGANISASI PELAKSANAAN PROGRAM

PENAUNG Puan Azizah binti Suleiman (Ketua Jabatan Pendidikan Seni Visual)

PENASIHAT Encik Salehuddin bin Zakaria Encik Shahril bin Awang (Pensyarah Pendidikan Seni Visual)

22

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PELAJAR

PENGERUSI Mohd Fahmi Iqwan bin Mohd Zuki

TIMBALAN PENGERUSI Radiyatul Nur Baya binti Budiman

SETIAUSAHA Noor Afifah Binti Azizan

TIMBALAN SETIAUSAHA Mohammad Firdaus bin Ishak

BENDAHARI Nur Syuhaidah binti Abdul Rahman

22.1 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI KETUA Ahmad Fauzi Bin Abdul Manaf AHLI Asyraf Hilmi bin Kharil

22.2 AHLI JAWATANKUASA PUBLISITI KETUA Alice Voo Siau Fern AHLI Shahril Ikram bin Abdul Rahman Siti Almunawwarah binti Shahuddin

22.3 AHLI JAWATANKUASA CENDERAMATA KETUA Asnizah binti Jusmin AHLI Sahrul Hafizi bin Azmi Sarmi binti Undang

22.4 AHLI JAWATANKUASA PERALATAN DAN PENTAS KETUA Erma Binti Jail AHLI Nur Syuhaidah binti Abdul Rahman Radiyatul Nur Baya binti Budiman

22.5 AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN KETUA Khairul Najwa binti Zulkifli AHLI Nurul Nadwah binti Khalid Nurul Diana binti Dawam

22.6 AHLI PROTOKOL KETUA

JAWAATANKUASA

DOKUMENTASI,

BUKU

PROGRAM

DAN

Melisa binti Amirullah AHLI Nurul Ameera binti Juhaidie Nur Dalilah binti Adnan

22.7 AHLI JAWATANKUASA SIARAYA KETUA Morini Gipis AHLI Noor Afifah binti Azizan Noor Syazwani binti Sabri

22.8 AHLI JAWATANKASA TEKNIKAL KETUA Mohd Fahmi Iqwan bin Mohd Zuki AHLI Nik Ahmad Syafiq bin Zahari Norsani bin Mohd Saad

22.9 AHLIJAWATANKUASA KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KECERIAN KETUA Mohammad Fauzan bin Mohd Khalid AHLI Muhammad Adib bin Zakaria Nadia Afifah binti Abdul Latib

22.10 AHLIJAWATANKUASA MAKANAN & PERTANDINGAN KETUA Mohammad Firdaus bin Ishak AHLI Muhamad Hizami bin Nazri Mohammad Irfan Mustaqim bin Ariffin

23

PENGANGKUTAN BAS SEPANJANG PROGRAM

HARI ISNIN

SESI PAGI PRASEKOLAH CHERAS SEK.KEB CHERAS

SESI PETANG SMK CHERAS IPGM K KAMPUS BAHASA SMK TAMAN MIDAH IPGM K BAHASA MELAYU SMK PERMAISURI IPGM K TEKNIK SMK BANDAR TUN RAZAK IPGM K PENDIDIKAN ISLAM

SELASA

PRASEKOLAH TAMAN MIDAH SEK. KEB TAMAN MIDAH

RABU

PRASEKOLAH IPGKIK SMK PERMAISURI

KHAMIS

PRASEKOLAH BANDAR TUN RAZAK SEK.KEB BANDAR TUN RAZAK

SENARAI TETAMU JEMPUTAN SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG PRASEKOLAH : 1. 2. 3. 4. PRASEKOLAH IPG KAMPUS ILMU KHAS PRASEKOLAH TAMAN MIDAH PRASEKOLAH CHERAS PRASEKOLAH BANDAR TUN RAZAK SEKOLAH RENDAH : 1. 2. 3. 4. SEKOLAH KEBANGSAAN CHERAS SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAISURI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK

SEKOLAH MENENGAH: 1. 2. 3. 4. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR TUN RAZAK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMAISURI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA: 1. 2. 3. 4. IPGM KAMPUS ANTARABANGSA IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU IPGM KAMPUS TEKNIK IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

24

JADUAL PENGISIAN AKTIVITI SEPANJANG PAMERAN BERLANGSUNG

PAMERAN ARCA LUKISAN CATAN KRAF TRADISIONAL BATIK TEMBIKAR GRAFIK & MULTIMEDIA CETAKAN

DEMO X / / / / / / /

AKTIVITI SAMPINGAN PERSEMBAHAN GAMELAN TARIAN ZAPIN TARIAN INANG UKIRAN BUAH TEMBIKAI PERTANDINGAN GAYA PERSONALITI AKTIVITI MEMBUAT BENGKEL KOLAJ PERSEMBAHAN VIDEO

ORIGAMI KOLAJ MANIK DAN AKSESORI WANITA ANYAMAN TIKAR

/ / / /

AKTIVITI MEWARNA BATU SUNGAI PERSEMBAHAN BONEKA PERSEMBAHAN TARIAN MAKYON SESI APRESIASIASI SENI AKTIVITI MURAL GERAI JUALAN

25

REFLEKSI

Berdasarkan tugasan yang diberi pada, saya dapat mendalami dan memahami cara mengendalikan sesebuah pameran dengan nilai yang tersendiri. Justeru ini mengajar saya agar menghargai sesebuah karya dengan memahami apa yang cuba pengkarya ingin sampaikan melalui karyanya. Walaupun pada sebelum ini tidak penah diberi tugasan untuk melaksanakan sesebuah aktiviti pameran seperti ini yang melibatkan ramai pihak khasnya, warga IPGM Kampus Ilmu Khas.

Sesebuah pameran perlu dilaksanakan dengan tempoh yang lama supaya segala aktiviti yang dirancang mengikut programnya. Walaupun masa yang diberi untuk melaksanakan tugasan ini amat padat, tetapi saya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan suapaya kertas kerja ini dapat disiapkan mengkiut tempoh yang diberi.

Sebenarnya, banyak maanfat yang saya dapati daripada melaksanakan kertas kerja ini. Ini kerana setiap aktiviti yang dilakukan mesti ada maanfaatnya yang tersendiri. Setiap kertas kerja yang dilaksana mesti mempunyai objektif yang baik dengan memupuk nilai-nilai murni di dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Sesungguhnya mengendalikan sesebuah pameran memberi banyak manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Masyarakat akan lebih menghayati dan memahami nilai-nilai murni apabila melihat sesebuah karya diapaparkan pada sudut ruang pameran. Bahkan ini akan memupuk semangat untuk mendalami seni dalam jiwa serta mencungkil bakat yang selama ini hanya disimpan tanpa dibuat apa-apa.

Selain itu, kertas kerja yang dilaksanakan ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan apabila telah mengajar kelak apabila diberi tugasan untuk melaksanakan pameran mahupun anjuran program-program besar. Justeru, ini mengajar saya supaya lebih bersiap sedia untuk menghadapi sebarang situasi dengan mudah.

Bahkan, pameran seperti ini dapat menjulang nama IPG Kampus Ilmu Khas kerana mengeluarkan guru-guru yang berkualiti tidak hanya tertumpu kepada bidang tertentu sahaja. Ini kerana melalui seni, daya kreativiti mereka dapat dicungkil dengan pelbagai cara dan langkah agar lebih mudah untuk menyampaikan dan memahami

Akhir, saya berharap agar program pameran RINTIS ini dapat dilaksanakan kerana ia membawa maksud yang mendalam kepada setiap individu serta banyak memberi manfaat kepada kehidupan seharian kita.

PROJEK SENI VISUAL PROJEK SENI VISUAL Projek Seni Visual merupakan satu aktiviti yang biasanya di jalankan di luar bilik darjah. Ia melibatkan semua pelajar untuk menjalankan suatu kajian tentang sesuatu perkara atau melaksanakan pelbagai jenisaktiviti untuk memperkembangkan kemahiranmereka di dalam pengaplikasian unsur-unsurseni serta prinsip rekaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni.

JENIS-JENIS PROJEK SENI LAWATAN SEMINAR, BENGKEL & KURSUS SENI PAMERAN SENI PERTANDINGAN SENI KEMBARA VISUAL PESTA SENI KANAK-KANAK MINGGU SENI VISUAL

LAWATAN Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelasyang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatutempat, kawasan, bangunan atau apa-apa yangmemberi ilmu pengetahuan. Aktiviti ini menjadi satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh pelajarkerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasan atau perkara baru. KELEBIHAN LAWATAN Hubungan pelajar dengan guru akan menjadi lebih intim. Pelajar mempelajari konsep mengurus sesuatu aktiviti dengan lebih efektif. Pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Pengurusan aktiviti dapat dirancang dengan lebih teratur dan sistematik melalui penerapan sikap bekerjasama.

Mengatasi masalah kebosanan dan menarik minat pelajar untuk belajar Pendidikan Seni Visual. Memupuk semangat keyakinan diri, setia kawan, disiplin diri dan patriotisme. Mendedahkan pelajar tentang alam semulajadi, kebudayaan dan membuat apresiasi. Mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan minda dalam seni. Pelajar akan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

KELEMAHAN LAWATAN Memerlukan tenaga kerja yang ramai Jangka masa yang lama diperlukan untuk merancang dan melaksanakan program. Peserta perlu membuat penelitian setiap aktiviti yang dirancangkan. Memerlukan perancangan masa yang sistematik agar perjalanan aktiviti semasa lawatan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Memerlukan kos yang tinggi. Memerlukan persefahaman yang utuh antara semua peserta agar lawatan berjalan dengan lancar dan selamat.

SEMINAR, BENGKEL DAN KURSUS SENI Seminar, bengkel dan kursus eni boleh diertikansebagai satu bentuk

pengajaranakademik (perbahasan masalah secara ilmiah). Ia dilaksanakan di peringkat sekolah, university mahupun sebuah organisasi oleh golongan profesional. Ia biasanya berfokuskan kepada suatu topik dan peserta yang hadir akan melibatkan diri secara aktif. Seminar dilaksanakan dalam bentuk dialog, persembahan hasil kajian,dalam bentuk formal, sesi debat atau sesi perkongsian ilmu danpengalaman.

KELEBIHAN SEMINAR, BENGKEL DAN KURSUS SENI Pelajar akan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang seni. Pelajar akan dapat berkongsi pengalaman bersama-sama dengan peserta lain. Meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam aktiviti merancang dan menjalankan seminar. Mampu mengatasi masalah kognitif (Knowing, Learning & Understand). Sesi komen atau diskusi memberi lebih banyak peluang menguji dan bertanya soalan sesama peserta untuk memahami lebih lanjut tentang sesuatu prinsip atau teknik.

KELEMAHAN SEMINAR, BENGKEL DAN KURSUS SENI Topik yang akan disampaikan atau dibincangkan oleh ahli panel perlu bersesuaian dengan audien agar tidak membosankan. Memerlukan perancangan yang rapi dan sistematik serta kerjasama yang utuh dari semua ahli jawatankuasa penganjur. Memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan penempahan dewan, peralatan seminar, jamuan, publisiti dan sumbangan kepada panel profesional.

Panel profesional yang ingin dijemput perlu dimaklumkan awal kerana jadual seminar akan berubah sekiranya jadual para panel bercanggah. Memerlukan masa yang lama dalam merancang seminar. Kurang publisiti menyebabkan tiada penyertaan.

PAMERAN SENI Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajiankarya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas. Jenis-jenis pameran adalah seperti Pameran Tetap (PermanentExhibition), Pameran Temporer (TemporaryExhibition) dan Pameran Keliling (TravelingExhibition). Pameran yang diselenggarakanumumnya menampilkan karya seni rupa moden dankontemporer (lukisan, patung, grafik, kriya, desain,photografi, arsitektur, dll) dari Malaysia dan seluruh negara.

KELEBIHAN PAMERAN SENI Mesej komunikasi lebih mudah diterimadan difahami melalui

pengamatan terhadap hasil karya yang dipamerkan. Pelajar akan dapat menjalankan apresiasi seni dan menghargai para pengkarya serta tokoh-tokoh seni tahahair dan dunia. Pelajar dapat menimba ilmu dan meningkatkan kreativiti mereka. Suatu pengalaman pembelajaran yang dapat mencetuskan idea baru. Pelajar dapat memahami secara mendalam tentang unsur seni dan prinsip rekaan. Pameran yang melibatkan demonstrasi pembuatan sesuatu hasil karya dapat diperhatikan oleh orang ramai. Menarik minat pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya.

KELEMAHAN PAMERAN SENI Memerlukan pelajar menetapkan tema yang sesuai untuk pameran agar dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang. Ruang letak atau ruang pameran memerlukan lokasi yang luas dan selesa. Penetapan lokasi perlu sesuai. Memerlukan kos yang tinggi. Memerlukan perancangan yang sistematik agar pengunjung yang datang dapat mengamati pameran secara berkesan. Pemilihan hasil karya pameran perlu tepat dan berkualiti tinggi. Memerlukan penterjemah seni yang bijak menilai seni untuk menerangkan suatu hasil karya yang dipamerkan. Publisiti secara besar-besaran perlu dilaksanakan bagi

mempromosi pameran yang ingin diadakan.

PERTANDINGAN SENI Pengertian pertandingan adalah suatuperlawanan atau peraduan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Seni pula membawa maksud karya yang dicipta dari dengan bakat. Oleh itu Pertandingan seni merupakan suatu peraduanmencipta karya dari bakat yang ada pada seseorang individu. KELEBIHAN PERTANDINGAN SENI Dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni. Menarik minat pelajar untuk belajar dan mendalami pengetahuan dalam mata pelajaran seni visual.

Dapat memahirkan pelajar dalam teknik dan kaedah penciptaan sesuatu karya. Pelajar akan dapat menghargai seni dan menjalankan apresiasi. Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah. Meningkatkan fahaman pelajar tentang unsur seni dan prinsip rekaan.

Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menzahirkan idea dalam bentuk penghasilan karya seni. Pelajar dapat belajar untuk menyampaikan mesej melalui karya yang dihasilkan.

KELEMAHAN PERTANDINGAN SENI Penganjur perlu membuat penelitian awal dan kajian awal berkenaan minat peserta. Kurang penilai/pengadil yang berkemahiran dan berpengalaman dalam menilai hasil karya seni peserta. (jika dijalankan di peringkat sekolah) Masa yang terhad. Kurang penglibatan peserta sekiranya kurang publisiti.

KEMBARA VISUAL Kembara Seni bertujuan untuk melaksanakan eksplorasi daneksperimentasi untuk meningkatkan pengalaman estetik. Parapelajar akan dapat mengggunakan pelbagai

media, alat, bahandan teknik untuk menterjemahkan pengalaman persepsi danpengalaman estetik dalam bentuk visual. KELEBIHAN KEMBARA VISUAL Pelajar dapat melihat secara realiti objek-objek dan bahan alam semulajadi dengan jelas dan kajian lebih terperinci berbanding visual secara maya, kaca TV atau skrin komputer. Pendidikan dan pengalaman langsung diperolehi dan ia banyak membantu kekusutan ilmu di bilik darjah Melatih pelajar untuk menghayati dan menghargai alam sekitar warisan sepanjang zaman. Pelajar akan dapat mentafsirkan alam semualajadi yang dilihat menerusi penghasilan beberapa karya Seni Visual seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya. Keseronokan dalam pembelajaran.

KELEMAHAN KEMBARA VISUAL Memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Para pelajar sukar dikawal kerana terlalu teruja dan seronok. Memerlukan bantuan rakan sekerja untuk turut serta sebagai guru pengiring namun tugas guru sangat banyak dan adakalanya guru-guru tidak dapat turut serta. Kembara visual memerlukan pemilihan lokasi yang sesuai dan strategik.

PESTA SENI KANAK-KANAK (PSKK) Pesta Seni Kanak-Kanak dijalankan adalah bertujuan untukmencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam seni visual tetapi secara tidak langsung mewujudkan satu lagi aktiviti para pelajar sekolah di mana para pengunjungdapat menyaksikan pameran pelbagai hasil karya seni visual pelukis.

KELEBIHAN PSKK Para pelajar dapat mencungkil bakat dalam bidang seni visual. Pameran hasil karya seni visual dapat dijalankan secara besar-besaran. Pelajar dan guru akan mengetahui cara pengurusan pesta seni kanakkanak secara menyeluruh. Melibatkan masyarakat setempat. Keyakinan diri serta apresiasi seni dapat ditingkatkan.

KELEMAHAN PSKK Memerlukan perbelanjaan yang tinggi Tanpa kerjasama yang baik di kalangan guru-guru dan para pelajar mengakibatkan pesta kanak-kanak tidak dapat dijalankan dengan lancar. Memerlukan masa untuk memilih hasil karya yang terbaik yang dihasilkan oleh para pelajar. Kurang guru berpengalaman untuk menilai hasil karya. Tugas guru semakin banyak dan mengakibatkan kurang pembabitan guru secara menyeluruh.

MINGGU SENI VISUAL

Minggu Seni Visual dilaksanakan di peringkat sekolah bagimenarik minat para pelajar untuk mendalami pembelajaranseni visual di dalam bilik darjah. Pelbagai aktiviti dijalankanseperti aktiviti melukis, mewarna, membuat hasil kraf,membuat arca dan sebagainya.

KELEBIHAN MINGGU SENI VISUAL Aktiviti yang dirancang melibatkan semua pel ajar. Menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya. Penerapan seni visual secara menyeluruh kerana semua pihak turut terlibat. Pengurusan yang terancang. Dapat melibatkan semua guru. Memartabatkan seni visual di peringkat sekolah. Tidak memerlukan

perbelanjaan yang tinggi.

KELEMAHAN MINGGU SENI VISUAL Masa yang terhad kerana aktiviti P & P tidak boleh diganggu. Kurang guru opsyen PSV yang mahir mengendalikan minggu seni visual. Para pelajar kurang didedahkan dengan pelbagai bidang seni dan aktiviti-aktiviti seni.

Komitmen kerja guru semakin bertambah. Minggu seni visual diadakan dengan seadanya. Tempat dan lokasi aktiviti terhad mengikut suasana persekitaran sekolah. Pelajar pasif tidak berminat untuk mengikuti aktiviti seni. Kurang mendapat sokongan dari pihak pentadbiran kerana menanggap seni visual merupakan m/pelajaran elektif semata-mata.