Anda di halaman 1dari 37

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah.

Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan. Berikut ini diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh dipilih dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka. 1.TEKNIK BERSOAL JAWAB Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalan-soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri daripada jenisjenis yang diperlukan untuk memerah dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru merancang soalan-soalan dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan yang diberi oleh pelajar. 2.TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya , main peranan melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan boleh dikehendalikan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya.

3. TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut : 1. Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat. 2. Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya. 3. Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku. 4. Mengingatkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat terakhir dalam proses menghafaz . Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia menjadi lebih kekal. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting. Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan. 4. TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan bawah penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus mengatasi rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 ) telah mencadangkan beberapa langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu : (a) Kenal masalah Biasanya teknik ini memerlukan pelajar mengenal dan mengesan masalah dan selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah tersebut. Dalam situasi kelas pelajar boleh mengesan atau mengenal masalah melalui perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-soalan

yang dapat dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bebas tanpa banyak sekatan . 5.TEKNIK BERCERITA Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan. 6.TEKNIK DRAMA Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. 7.TEKNIK PERBINCANGAN

Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

8.TEKNIK SUMBANGSARAN Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Tujuan Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.

Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan 9.TEKNIK SIMULASI Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. 10.TEKNIK PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah pengajaran . Di antaranya ialah : kaedah Nahu Terjemahan/ tradisional kaedah membaca kaedah Terus kaedah fonetik/linguistik Kaedah Eklektif Kaedah Audio-Lingual Kaedah Nahu Terjemahan 1.KAEDAH NAHU Tujuan kaedah Nahu Terjemahan : 1. Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. 2. Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. 3. Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. 4. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku- buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Teknik Mengajar 1. Pelajar pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu.Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan. 2. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua.Pelajar-pelajar kemudianya disuruh membuat ayat- ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang yang

dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda atau sebaliknya.

Sifat-sifatnya 1. Kaedah ini bersifat deduktif 2. Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan. Kaedah Bacaan Kaedah bacaan ini merupakan satu short cut untuk penguasaan bahasa. Tujuan 1. Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca. 2. Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan. Teknik Mengajar 1. Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus itu pelajar dapat membaca bersendirian. 2. Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan polapola pertuturan yang mudah. 3. Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami 3 teks yang dibaca. 4. Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajarpelajar mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks. 5. Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajarpelajar mengenali beberapa bentuk katakerja, katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat secara aktif tidak diutamakan. 6. Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajarpelajar diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari dengan cara mendengar dan bertutur dengan menggunakan rangkaikata simple . Bila ini sudah

tercapai pelajar-pelajar membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan. 2.KAEDAH MEMBACA 1. Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi akan mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca. 2. Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti.Pelajar-pelajar mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca . 3. Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain ataupun menghasilkan pelajarpelajar yang boleh membaca tetapi dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari. 3.KAEDAH TERUS Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan 1. Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis. 2. Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan. Teknik Mengajar 1. Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur naratif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajarpelajar ..Terjemahan tidak digunakan langsung. 2. Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain. 3. Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat.

4. Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat. Sifat-sifat 1. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur. 2. Pelajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar. 3. Terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistic dengan pengajaran bahasa. Kelemahan-kelemahan 1. Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid- murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing. 2. Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama, ia mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, keraana di sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar. 3. Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik. 4.KAEDAH KOD KOGNITIF J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibuandanya dalam jangka masa yang singkat. Pada umumnya Diller (1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap bahasa : Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan- peraturan. Boleh digunakan untuk berfikir.

Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi. Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa. Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran bahasa (khusus bahasa kedua): Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar. Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan . Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatik. Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat ayat pecahan digunakan dan huraian unsurunsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaanperbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran kan dan - i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif. Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar , bertutur ,membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-konsep yang diajar. Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa. Ciri ini adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa. 5.KAEDAH ORAL AURAL ( Dengartutur ) Kaedah oral-aural atau kaedah dengartutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistiK dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi

objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu. Alat pandang dan dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah sisusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu ialah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan. Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur ) Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaitu : mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. 6.KAEDAH KOMUNIKATIF 1. Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan ) . 2. Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. 3. Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsure-unsur bahasa dalam teks dan wacana . 4. Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsur-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-unsur tatabahasa yang dilatih tubi. Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa.

5. Dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks. Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti 6. Pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh guru. Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan pelajarpelajar memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes social yang diberi. 7. Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur bahasa dalam pra aktiviti. Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi. Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti pengajaran. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru. Murid yang diajar melalui kaedah ini berminat untuk belajar. Walau bagaimanapun, guru yang menggunakan kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran.

Edward M. Anthony, merumuskan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Bagi seseorang yang baru mengorak langkah dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Secara literalnya, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat memberi makna yang secara keseluruhannya dapat memberi pengertian yang berbeza antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Menurut Kamus Dewan, strategi membawa maksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan manakala pendekatan diberikan tafsiran cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti penyelesaian masalah.

STRATEGI PENGAJARAN Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbezabeza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

Kaedah dan Teknik Pemusatan Guru i. Penerangan ii. Demonstrasi iii. Syarahan iv. Pengajaran Berkumpulan/Berpasukan v. Pengajaran Mikro vi. Bercerita vii. Keseluruhan Kelas Kaedah dan Teknik Pemusatan Murid i. Projek ii. Inkuiri-penemuan

iii. Perbincangan iv. Penyoalan v. Penyelesaian Masalah vi. Simulasi vii. Main Peranan viii. Sumbangsaran ix. Kumpulan x. Pembelajaran Melalui Pengalaman Kaedah dan Teknik Pemusatan Bahan i. Audio-visual ii. Penggunaan Komputer iii. Penggunaan Bahan Cetak iv. Pengajaran-pembelajaran Kesepaduan v. Modul vi. Penggunaan Buku Teks dan Buku Rujukan

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu : Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif

Pendekatan Elektif Pendekatan Komunikatif 1.Pendekatan Deduktif Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undangundang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya. Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .

2.Pendekatan Induktif Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsurunsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut. Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

3.Pendekatan Eklektif Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contohcontoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama . Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

4.Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sIstem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

APA DIA PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8 Pendekatan jalan yang diambil Kaedah cara teratur, kemas & sistematik

Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik. APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN? PENDEKATAN = APPROACH (pp. 58) A way to Means of reaching A way of considering/dealing with e.g. a problem: a new approach TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257) Proficiency or skill in the practical art/science e.g. a teacher with a good voice but poor technique A way of achieving ones purpose skillfully. (Sumber: CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTI ONARY) Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran? 1. 2. 3. Strategi Pemusatan Guru Strategi Pemusatan Murid Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU? Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Kaedah keseluruhan kelas. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas. APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID? Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan

perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb. APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN? Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil ujikaji, projek, perbincangan dsb. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran Kaedah & Teknik komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb. APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN? Penggabungjalinan o Proses penyampaian beberapa kemahiran o Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb. o Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu o Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa o Ciri-ciri gabugjalin: Integrasi beberapa kemahiran Prosesnya bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi kemahiran fleksibel Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain. o Cara mengguna gabungjalin Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan Kemahiran utama diberi fokus Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama

Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid. Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal. Penyerapan o Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran o Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. o Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan. o Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan. o Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal. o Ciri-ciri penyerapan : Mengandungi beberap unsur ilmu pengetahuan Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan. APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF? Mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi/kesimpulan Bermula dengan memberi beberapa contoh yang khusus Contoh-contoh mempunyai prinsip yang sama Murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan Matematik, bahasa dan sains banyak menggunakan pengajaran induktif Kaedah inkuiri-penemuan diamalkan apabila mengajar sains o Contoh kusus ikan emas, udang, sotong, berudu o Memerhati & mengkaji bernafas melalui insang o Mentafsir dan membuat generalisasi Haiwan hidup dalam air mempunyai insang untuk bernafas. Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif o Sediakan contoh-contoh yang sesuai o Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan o Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan o Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai & mencukupi.

o Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama o Guru tidak harus memberi contoh sekaligus o Sediakan alat bantu mangajar o Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu & sentuh. o Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum. APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF? Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan Proses pengajaran: o Prinsip/rumus o Kaedah deduktif o Aplikasi rumus/prinsip o Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb. o Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal, o Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah. APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/eklektik? o o o o o o Elektif bererti pemilihan, eklektik bermakna bercampur Gabungan pendekatan digunakan Menggabungkan pendekatan indukti dan deduktif Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK? Pokok perbicaraan/topic utama contoh tema alam semula jadi, tema perpaduan kaum Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk perbincangan o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan Tema yang sama dibincangkan oleh o kumpulan pelbagai kebolehan o sama kebolehan Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi o kumpulan pelbagai kebolehan

o sama kebolehan Selepas perbincangan, dapatan-dapatan dibentangkan oleh wakil kumpulan Membuat rumusan APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)? Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan Faktor pencapaian murid: o Kebolehan asas o Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran o Kebolehan memahami pengajaran o Daya usaha pembelajaran berterusan o Masa pembelajaran Strategi pengajaran adakan objektif yang jelas dan boleh diukur. Pilih kaedah & teknik yng berkesan Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran. Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.

Pangkal JIP MPSS Sukatan Pelajaran Tutorial & Kuiz Contoh Soalan Rencana & Nota Ujian Personaliti Penyelidikan Latihan Mengajar

Pautan-Pautan Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik? "Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai." "Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga" "Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi" "Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..." "Apa itu stra..." PENDAHULUAN Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut. Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai keduakedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran. KAEDAH DAN TEKNIK Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedahkaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak. Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza. Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas. Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik. Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknikteknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang

ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian. PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran. STRATEGI Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya. Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan. Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatanpendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak. Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedahkaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai. STRATEGI PENGAJARAN Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbezabeza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

Rujukan Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur. Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London. Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London. Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa 1. Teknik main peranan 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik latih tubi 4. Teknik bercerita 5. Teknik inkuiri 6. Teknik perbahasan 7. Teknik kuiz 8. Teknik sumbangsaran 9. Teknik soal jawab 10. Teknik simulasi 11. Teknik drama 12. Teknik perbincangan 13. Teknik forum 14. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK 1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI


Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu

Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

I.

II.

Tatabahasa (grammer) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

III.

Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

IV.

Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

V.

Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri

berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN


Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

TEKNIK SUMBANGSARAN

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TEKNIK SOAL JAWAB

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid 2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. 3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : 1. 2. 3. 4. 5. Proses mengenali masalah Mengkaji ramalan Mengumpul maklumat Menganalisis Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN 1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).

2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. 3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. 4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. 5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. 6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : 7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. 9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. 10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. 11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut manamana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

TEKNIK FORUM 1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal. 2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. 3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. 4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti. TEKNIK PERBAHASAN 1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. 3. Antara manfaat teknik ini ialah : 4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan 5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur 6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. 8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. 9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. 10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan. TEKNIK KUIZ Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah : Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalansoalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.