Anda di halaman 1dari 18

Bermaksud memastikan atau to assure pembelajaran berlaku.

Model yang dibangunkan oleh Heinich dan rakanrakannya (1982) Bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Menyediakan panduan kepada guru untuk merancang, melaksana dan menilai pengajaran menggunakan media dan bahan sumber pendidikan.

ASSURE
A S S Analyse learner (analisis pelajar) State objective (nyatakan objektif)

Select method, media & materials (pilih kaedah, media dan bahan) Utilise media & materials ( gunakan media U dan bahan) Require learner participation (dorong penglibatan pelajar) E Evaluate and revise (nilai dan semak)

Bagaimana MODEL ASSURE dapat diguna dlm membina sesuatu proses atau produk pengajaran dan pembelajaran ????

ANALYSES LEARNER
Guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya pelajar pasif, guru harus membangunkan produk yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak membosankan. Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira.

Contoh : - Topik : iklim empat musim (geografi) - guru perlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebut atau tidak. - Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di kawasan empat musim. - tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk topik iklim.

STATE OBJECTIVE
Menyatakan objektif sangat penting supaya guru dapat menetapkan apa yang seharusnya pelajar dapat daripada produk yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai (Yusup , 2006, p. 7).

Contoh :

- Topik : bearing (georafi)


- guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing sudutan. - pembangunan produk seperti Flash Protractor yang membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini.

Objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Pembangunan produk berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar mengukur bearing dengan betul dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru.

SELECT METHOD, MEDIA & MATERIALS


Media yang dipilih haruslah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Contoh : - Topik : aktiviti gunung berapi (geografi ) - guru perlu memilih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi topik itu tercapai.

Guru harus mempertimbangkan media yang sesuai seperti tayangan video kerana ia lebih menarik dan mampu memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti gunung berapi. Bahan video ini sangat relevan kerana ia boleh memberi pengalaman baru (konstuktivisme) kepada pelajar.

UTILISE MEDIA & MATERIALS


Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu previewmedia, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar.

5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan amat penting untuk dilaksanakan oleh guru. Penggunaan media perlu mengambilkira kos dan waktu pengajaran.

REQUIRE LEARNER RESPONSE


Aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek. Pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar. Contohnya pembelajaran secara hands-on.

Produk yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang membantu pelajar dan tidak efektif. Pembangunan produk yang kreatif dan mampu melibatkan pelajar secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar.

EVALUATE & REVISE MATERIALS


Penilaian prod boleh dilakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yang dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan produk secara menyeluruh.

Beberapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup (2006): a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?

Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan courseware dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan courseware akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai