Anda di halaman 1dari 25

Definisi :

Kaedah yang memggunakan media seni, imej, proses

kreativiti seni bagi melihat tindak balas atau luahan klien/pesakit bagi menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan, emosi dan pertelingkahan.

SEJARAH TERAPI SENI


Wujud sejak dari zaman dahulu kala, zaman prasejarah dengan imej haiwan di gua-gua, simbol yang estetik menghiasi keranda masyarakat Mesir serta lukisan-lukisan erotik yang wujud pada zaman roman dan corak-corak dekor yang diguna pakai pada baju-baju besi pahlawan Gladiator sebagai perlindungan

KEPENTINGAN TERAPI SENI


Menyelesaikan konflik emosi Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri Membina kesedaran sosial Mengubah tingkah laku

Membina strategi penyelesaian masalah

Origami/Lipatan : mengukuhkan motor halus , membina rasa seronok , menguatkan daya imaginasi, mengembangkan bakat,membina keyakinan mereka cipta.

Lukis/Lakar/Conteng : meluahkan perasaan,menguatkan motor kasar & halus,meningkatkan kordinasi mata-tangan.

Cap/Cetakan/tekap : kordinasi matatangan,menguatkan daya imajinasi, membentuk corak ,meluahkan perasaan melalui warna, Berinteraksi dengan alam sekitar.

Anyaman/jahit : membina keyakinan merekacipta , mengukuhkan kordinasi mata-tangan , menguatkan motor halus.

CARA PELAKSANAAN TERAPI SENI KEGIATAN DALAM BIDANG MENGAMBAR

LUKISAN Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah terhasil secara spontan mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.

CATAN Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).

KOLAJ Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.

MONTAJ Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan lain-lain. Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photographydigunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.

CETAKAN Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Ia boleh dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

GOSOKAN Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula, gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan serta memberi ruang kepada murid meneroka proses mengambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Untuk menghasilkan cetakan, murid boleh menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.

RESIS Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin. Resis juga boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas di dalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting. Sekiranya kain digunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi menghasilkan corak batik. Warna pada resis kain dapat dikekalkan dengan menggunakan Sodium silikat. Setelah selesai, rendaman soda ash dalam air panas bertindak untukmembuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

GURISAN Alat yang tajam diperlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Kayu, paku atau plastik digunakan untuk melakar gambar di atasnya.

PERCIKAN Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Aktiviti seperti mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah landskap, tumbuhtumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan.

MOZEK Menurut Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata untuk menghasilkan pantulan/kilauan. Biasanya ia disusun secara bersebelahan dan tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk.

STENSILAN Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan daripada alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

IKATAN DAN CELUPAN Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak pada tektil. Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Menurut modul OUM, HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini merupakan satu mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan kemudiandicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa caramengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan.

Kebanyakkan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni. Merekea juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan Dyer Friedman & Sanders, 1997; Rubin 1978 Kesimpulannya, banyak aktiviti yang dapat dijalankan untuk terapi seni. Seperti yang telah dinyatakan di atas terdapat 4 bidang yang boleh diaplikasikan di dalam terapi seni iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir sekali mengenal kraf tradisional. Melalui aktiviti seperti ini juga dapat mengurangkan tekanan perasaan murid, memberi peluang murid untuk merasa seronok semasa sesi pembelajaran, memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan karya sendiri dan juga memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka. Kelebihan terapi seni untuk guru pula ialah, guru dapat mengesan masalah dalam diri murid. Contohnya jika murid merasa marah, guru boleh melihat warna yang digunakan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, guru dapat mengenali murid dengan lebih mendalam melalui terapi seni, contohnya warna yang diminati oleh murid, siapa yang disayangi oleh murid, latar belakang hidup murid dan lain lain lagi. Oleh itu, banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti terapi bukan sahaja untuk guru malahan untuk murid

CONTOH SOALAN OBJEKTIF 1. Tujuan terapi seni visual dilaksanakan dalam kalangan kanak-kanak adalah untuk (A) (B) (C) (D) 2. Pilih teknik terapi seni visual yang paling sesuai untuk murid bermasalah kawalan motor halus semasa menulis i. Gurisan ii. Mozek iii. Lukisan iv. Tiupan (A) i dan ii (B) ii dan iii (C) i, ii dan iii (D) ii, iii dan iv

Kentang, lobak putih, lobak merah, pelepah betik, betik muda 3. Bahan bahan di atas sesuai digunakan untuk membina dan membentuk? Cetakan 4. Sejarah perkembangan terapi semakin meluas dan telah diaplikasikan kepada pelajar berkeperluan khas. Nyatakan jenisjenis terapi yang diamalkan dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran. i. Terapi seni ii. Terapi fisio iii. Terapi cara kerja iv. Terapi muzik dan instrumen 5. Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni i. Tari ii. Muzik iii. Sastera iv. Tampak

5. Apakah bidang yang mula-mula menggunakan hasil seni untuk menilai diri seseorang A. Perubatan B. Psikomotor C. Psikologikal D. Psikolinguistik

CONTOH SOALAN BAHAGIAN C 1. Terapi seni visual Huraikan kepentingan terapi seni visual di dalam dan di luar bilik darjah serta jelaskan masalah yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran semasa menjalankan aktiviti seni visual. (20 MARKAH)

1. Seni adalah pengalaman universal, ianya tidak terhad kepda individu tertentu. Huraikan 5 kepentingan seni visual kepda murid berkeperluan khas. Jelaskan perbezaan yang terdapat antara teknik kolaj dengan teknik

mozek. (20 MARKAH)

SEKIAN , TERIMA KASIH