Anda di halaman 1dari 2

Sekolah Kebangsaan Padang Tengku 27100 PADANG TENGKU Kuala Lipis, Pahang.

No.Telefon: 09- 3291022

_______________________________________________________________________ _ Ruj. Tuan : Ruj. Kami: Bil: (21) dlm. SKPT 03/03/02. Tarikh : 28 April 2009.

Nordin bin Mohd. Radzi Setiausaha Persatuan Penulis Muda Sekolah Kebangsaan Padang Tengku 27100 Kuala Lipis. Tuan, Permohonan menumbuhkan Persatuan Penulis Muda Sekolah Kebangsaan Padang Tengku (PPMSKPT ). Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk berasaskan surat tuan mengenai perkara yang sama bertarikh 24 April 2009. 2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua ahli Jawatankuasa Penaja PPMSKPT yang telah berusaha dengan bersungguhsungguh bagi merealisasikan penubuhan PPMSKPT ini. 3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan malaysia Jil. 42 No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Persatuan Penulis Muda Sekolah Kebangsaan Padang Tengku (PPMSKPT ) dengan Nombor Pendaftaran : 24/2009 SK Padang Tengku. Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan i ni dibubarkan. 4. Dengan pengesahan ini Persatuan Penulis Muda Sekolah Kebangsaan Padang Tengku sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini dengan diterajuai oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, dan Senarai Utama Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, (ABDUL AZIZ BIN MOHD ZAIN) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Tengku 27100 Padang Tengku Kuala Lipis s.k. Guru Penolong kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Padang Tengku Setiausaha Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Padang Tengku

Anda mungkin juga menyukai