Anda di halaman 1dari 23

Pendidikan Seni Visual 3105

Arianteh Bt Harun 740902125368

1.0

Pengenalan

Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan sekeliling. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan

kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Berdasarkan hakikat ini, peranan guru amat besar sekali. Peranan yang paling penting ialah memilih alat bantu mengajar yang dapat merangsang dan memperkembangkan kecerdasan, kreativiti dan pengalaman murid-murid. Guru mestilah bijak dalam menyusun

dan merancang aktiviti pengajaran mereka dengan baik terutama dari segi pemilihan bahan, penyesuaian dan penggunaan bahanbahan pengajaran kerana ini membawa pengaruh besar terhadap prestasi murid-murid.

Bagi mata pelajaran pendidikan seni visual sekolah rendah, alat bantu yang dipilih hendaklah sesuai dengan empat bidang iaitu bidang pendidikan seni visual sekolah rendah iaitu bidang

menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta bidang mengenal kraf tradisional.

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

2.0

Definisi Alat Bantu Mengajar

Terdapat banyak definisi yang diutarakan yang membawa maksud tentang alat bantu mengajar. Namun yang paling penting difahami bahawa alat bantu mengajar merupakan satu elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia digunakan sebagai bahan rangsangan yang salah satunya untuk menarik minat murid terhadap berkesan. Noraziah Abdul Hamid ( 1981:2 ), bertajuk Alatan sesuatu mata pelajaran dan menjadikannya lebih

Mengikut

Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan menambah kelancaran perhubungan diantara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini

disokong oleh sama oleh Edger Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan alat bantu mengajar juga merupakan sebahagian yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan idea guru kepada muridnya.

Menurut Mak Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

Menurut Mohd Aris bin Othman , Hajan Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman ( 2004 ) ,melalui pengunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.

Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan alat bantu mengajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran adalah yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikankepada tiga kategori:

i.

Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur,slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD ,komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

ii.

Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar,carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.

iii.

Bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahanmaujud (realia) dan sebagainya.

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

3.0

Tinjauan Literatur

Sekolah memainkan peranan penting dalam mendidik, memupuk dan mendedahkan segala ilmu secara formal. Pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran dilaksanakan oleh guru bagi memastikan ilmu dapat disampaikan dengan berkesan kepada murid-murid.

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan kepada murid-murid. Guru sepatutnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah penyampai, pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang mencukupi (Noor Din, 1999).

Menurut Asiah Abu Samah (1990), perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah menyebabkan kaedah menyebar data dan ilmu pengetahuan melalui bilik darjah menjadi tidak lengkap.

Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut.

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), pelajar yang pintar dapat belajar dengan sendiri menggunakan alat-alat media dan guru hanya perlu membantu pelajar yang lemah.

Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), A. J. Philips dari University of Taxes pada tahun 1960 telah melakukan kajian berhubung dengan perkaitan antara ingatan dengan cara sesuatu data itu disampaikan. Hasil kajiannya ialah:

Aktiviti Apa yang dibaca Apa yang didengar Apa yang dilihat Apa yang didengar dan dilihat Apa yang disebut Apa yang disebut dan

Ingatan 10% 20% 30% 50% 70% 90%

dilakukan

Hasil kajian ini telah menunjukkan kepentingan guru untuk teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan ABM untuk memastikan pelajar dapat mengikuti apa yang diajar.

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

Menurut Moldstat, J. A. (1974), penggunaan media yang sesuai perlu diintegrasikan ke dalam program pengajaran untuk memberi kesan positif kepada pengajaran tersebut.

Menurut kajian yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad (2000), penggunaan ABM seperti bahan pengajaran multimedia dapat menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Menurut kajian yang dibuat oleh Shafie bin Mohd. Daud (1990), beban kerja yang berlebihan mempengaruhi guru dalam

menggunakan ABM.

Menurut Zuraidah Abd. Razak (1988), ABM adalah sebarang bahan atau alat yang digunakan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah seperti Pusat Sumber atau dewan sekolah untuk membantu, menyokong, dan meneguhkan serta melengkapkan pengajaran guru.

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

4.0

Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap

bidang

ini

menekankan

keempat-empat

aspek

iaitu

pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

4.1

Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: 4.1.1 4.1.2 Lukisan Catan

4.1.3 Kolaj 4.1.4 Montaj 4.1.5 Cetakan 4.1.6 Resis 4.1.7 Gosokan 4.1.8 Stensilan

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

4.1.9 Percikan 4.1.10 Gurisan 4.1.11 Capan 4.1.12 Mozek 4.1.13 Poster

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik alam dalam proses rekaan. menjadi Kesedaran fokus melalui kegiatan

pemerhatian menggambar.

persekitaran

Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses

pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

4.2 Bidang Kegiatan Membuat Corak Dan Rekaan.

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: 4.2.1 4.2.2.1 4.2. 4.2.4 4.2.5 4.2.6 Corak tidak terancang secara: Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan

4.2.2 Corak terancang secara: 4.2.1 Lukisan 4.2.2 Catan 2.2.3 Cetakan 2.2.4 Capan 2.2.5 Lipatan dan guntingan 2.2.6 Resis 2.2.7 Kolaj 2.2.8 Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini

menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti

pergerakan, peragaan dan lakonan.

10

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

4.3

Membentuk Dan Membuat Rekaan

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 4.3.6 4.3.7 4.3.8 4.3.9

Arca timbul Asemblaj Mobail Stabail Model Diorama Boneka Topeng Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar.

Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja

11

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

4.4

Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 4.4.1 4.4.2 4.4.3 4.4.4 4.4,5 4.4.6 4.4.7 4.4.8 4.4.9 4.4.10 Alat domestik Alat permainan Alat pertahanan diri Perhiasan diri (ornamen) Batik Tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja

diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

12

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

5.0

Faktor Faktor Pemilihan Alat Bantu Mengajar

Seperti mana mata pelajaran yang lainnya, pendidikan seni visual sekolah rendah memerlukan penggunaan alat dan bahan yang sesuai agar mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Mak Soon Sang ( 1995 ) seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran dengan

berkesan serta menitikberatkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Modal Insan Cemerlang Minda Kelas-Pertama: Edisi Pelancaran 2008, ms 185 menyatakan bahawa pengajaran berkesan sangat memerlukan perancangan yang rapi. Guru mengambil kira bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, pengukuran dan penilaian. penilaian prestasi serta

Selain itu juga, berlaku transformasi dalam kurikulum pendidikan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi ( HOTS ) yang berupaya melahirkan generasi mempunyak pemikiran kritikal dan kreatif.

Sesuatu ABM yang hendak dibina mestilah bersesuaian untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka iaitu:

13

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

5.1

Aras kesesuaian Murid

Alat bantu mengajar yang dipilih oleh guru mestilah bersesuaian dengan aras kesesuaian murid dengan keempat-empat bidang yang hendak diajarkan kepada murid. Aras kesesuaian murid yang perlu diambil perhatian ialah dari segi kebolehan, budaya serta aras pemikiran kanak-kanak itu sendiri. Alat-alat yang dipilih berkaitan dengan kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya kasut, kotak ubat,ruput, cawan, cermin, tiang dan kacang. Alat dan bahan yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan murid seperti jadual,carta kad,papan gulung flannel, papan tulis dan petikan rencana.

Contohnya, dalam bidang menggambar tahun dua, bagi aktiviti melukis, guru perlulah memilh bahan yang lebih selamat sesuai dengan tahap kebolehan psikomotor murid yang belum sesuai mengunakan peralatan yang berbahaya seperti pisau. Guru

menunjukkan gambar yang sesuai yang memang biasa dilihat oleh mereka dalam kehidupa seharian. Contohnya melukis kucing dengan menggunakan jari mereka. Pada tahap ini, murid sudah boleh mewarna menggunakan alatan dan bahan seperti warna air.

Bagi membuat corak dan rekaan, bagi aktiviti membuat gubahan corak, guru lebih sesuai mengarahkan murid untuk menggunakan gunting kerana murid juga sudah mempunyai kemahiran untuk memanipulasikan kemahiran psikomotor mereka menggunting bagi membuat rekaan corak.

14

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

Bagi bidang membentuk dan membuat binaan, guru boleh meminta murid untuk menjalankan aktiviti membuat kad ucapan kerana ianya amat sesuai bagi murid mengembangkan daya kreativiti mereka secara kreatif menimbulkan kepuasan dalam diri murid kerana hasil kerja mereka boleh digunakan sebagai barangan peribadi atau boleh diberikan kepada guru atau ibu bapa mereka.

Dalam bidang mengenal kraf tradisional bagi aktiviti membuat tembikar, guru boleh memilih alat dan bahan seperti plastisin. Plalstisin lebih mudah didapati berbanding tanah liat. Selain itu, cara membuatnya lebih mudah dengan hanya menggulung dan

menyambung gulungan plastisin menjadi bentuk tembikar.

5.2 Keluwesan. ( Fleksibel )

Bahan alat bantu mengajar mesti fleksibel dari segi fungsinya.

5.3

Ketahanan.

Alat bantu yang dibina dan dipilih mestilah sesuai dengan pelajar supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam masa yang panjang atau pun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri. Bahan-bahan hasil karya murid seperti anyaman dan tembikar boleh disimpan sebagai pameran kepada murid lain. Begitu juga ketahan alat untuk membuat satu aktiviti seperti aktiviti membuat tenggolok. Guru boleh menggunakan bahan seperti kertas surat khabar kerana

15

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

ia lebih sesuai dari segi saiz dan struktur. Kertas minyak pula sesuai dan lebih tahan digunakan untuk membina wau.

5.4

Kos

Bahan yang dibina atau dibeli mestilah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimanapun guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan bergantung pada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaan akan lebih bererti jika bahan-bahan tersebut dibina oleh pelajar sendiri.

5.5

Ketepatan Maklumat

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamakan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan sebagainya.

5.6

Mudah alih

Guru juga memastikan sama ada bahan itu mudah digunakan dalam bilik lain atau tidak, atau pun alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud boleh digunakan untuk keseluruhan pengajaran atau bahagian tertentu sahaja.

5.7

Jangka Masa

Guru perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atauaktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan

16

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek, alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.

5.8

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran. dan pembelajaran psv, guru perlu

Untuk strategi pengajaran

menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif, taraf pengurusan bahasa pelajar, minat belajar dan situasi bahasa yang dirancang.

17

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

6.0

Kemahiran mempelbagaikan aktiviti dan bahan

( KOGNITIF, DOMAIN MURID PERLU AMBIL KIRA )

Guru pendidikan seni visual mestilah seorang guru yang mahir dan kreatif dalam memilihan aktiviti untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran memerlukan sesuatu agar mudah

disampaikan. Pembelajaran pula

bermaksud satu aktiviti yang

mampu merangsang murid agar dapat menerima isi pelajaran dengan mudah. Sekiranya rangsangan susah ditanggapi oleh murid, maka isi pengajaran tidak akan dapat diproses dengan baik sebagai pengalaman murid. Murid yang cerdas mana sekalipun, sekiranya tidak mendapat rangsangan Cth Bidang menggambar- MELUKIS Proses 1. pilih bahan yang sesuai mengikut tahap kognitif 2.Psikomotor ( merangsang pertumbuhan perkembangan murid)

18

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

7.0

Kesimpulan

Berdasarkan kenyataan di atas dapat dibuktikan bahawa kemahiran guru dalam mengendalikan alat bantu mengajar amat penting sekali. Penggunaanya akan menjadikan pelajaran lebih menarik, malah pemahaman murid lebih mendalam dan kreativiti dapat

dikembangkan. Ia menjimatkan masa guru mengajar serta dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Apabila pengajaran dan pembelajaran berkesan maka objektif kurikulum telah tercapai dan hasrat dipenuhi. Kementerian Pelajaran

Walau bagaimanapu terdapat beberapa cadangan yang perlu diambil perhatian oleh guru iaitu pihak pengurusan kurikulum perlu menganjurkan lebih banyak kursus untuk guru bagi mengendalikan alat bantu mengajar dari masa ke semasa.

Guru perlu peka tentang penyediaan alat bantu mengajar yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan. Guru perlu arif dan berpengetahuan untuk mengendalikan alat bantu mengajar tersebut agar pengajaran dan pembelajaran tidak

membuang masa dan sia-sia. Alat bantu mengajar harus berada dalam keadaan baik.

Bilik Psv dan Pusat sumber sekolah harus berfungsi dan lengkap dengan bahan bantu mengajar yang mencukupi agar memudahkan guru untuk memilih bahan yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah dan ibu bapa mesti memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam hal ini.

19

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

Ciri-ciri ABM yang menarik dan berkesan adalah bergantung kepada rupa fizikal dannya dan kandungan isinya. Selain itu kemahiran seorang guru penting dalam membantu keberkesanan penggunaan ABM. Oleh itu perlu bagi guru psv mengambil langkah-langkah terbaik dalam menjamin dan memperopoli pembinaan alat bantu yang menarik sebagai panduan dan contoh serta perangsang kepada semua guru-guru di Malaysia.

(20 markah)

20

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Individu

Hasil Pembelajaran: ( domain_) 1. Kognitif ; bezakan alat dan bahan, menyatakan,

memahami,mengecam 2. Psikologi 3. Afektif kemas. : : Murid dapat menghasilkan kolaj dengan bersih dan

Aktiviti: Alat/bahan: Persediaan Guru: BBM : BBB: Strategi/ kemahiran Berfikir/Teori Kecerdasan Pelbagai:

Penerapan Nilai :

Mata pelajaran Langkah Set Induksi (5 minit ) Menarik perhatian murid Isi kandungan Tayangan Video Aktiviti p/strategi Guru Cerita Murid Tonton Guru Soal jawab Murid Menjawab Guru Merumus BBm/nlai BBM; LCD Nilai: Kasih Sayang KB Menjana idea 1.contoh topeng

Perkembangan Langkah 1 (7 minit )

Teori Seni -jenis jenis topeng -alat bahan -langkah

Guru terang

21

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

Langkah 2 (10 minit ) Demostrasi (langkah Lang 3 (20 minit) Gerak Kerja Hasilkan topeng muka Kemuncak ( 10 minit ) Proses nilai murid Penutup (8 minit) Kesimpulan penlaian, tugasan dan ulasan kendiri (aprisiasi seni) 1.Murid 2.Guru Guru Buat Demonstrasi

2. Nota-LCD 3. Paper mache yang sudah dibentuk 4. Alat bahan menhias Nilai

Murid KB guru ( pendekatan psikologi, Logik) Nilai Sayang binatang.Kekemasan

Refleksi Sebelum Perancangan p P dan ABM diharapkan dapat ---------------------------------------------------------------------------____________________________________________ ____________________________________________

Semasa _______________________________________

Selepas

______________________________________

22

Pendidikan Seni Visual 3105


Arianteh Bt Harun 740902125368

23

Anda mungkin juga menyukai