Anda di halaman 1dari 40

SJH 3116 1.

0 PENGENALAN

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Pendidikan sering kali dianggap sebagai teras utama dalam pembangunan nasional dan pemupukan kesetiaan dalam kalangan rakyatnya. Peristiwa 13 Mei menjadi anjakan kepada system pendidikan yang lebih tertumpu kepada melahirkan warganegara yang lebih patriotic, toleransi dan cintakan negara bertunjangkan Rukunegara. Mengikut KPM 1979, kurikulum yang dirangka bertujuan menanamkan kesedaran individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka di samping menolak sentimen perkauman, warisan dan pembezaan yang sempit antara mereka. Fokus diberikan kepada melahirkan negara bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotism dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah. Pendidikan sejarah telah dijadikan wahana utama dalam system pendidikan di Malaysia untuk mencapai agenda di atas. Awang Had Salleh (1983) telah menyifatkan apa yang dicapai oleh pendidikan dalam hubungannya dengan nasionalisme ialah dengan menyemaikan rasa patriotism ke dalam jiwa pelajar iaitu rasa kesediaan dan kerelaan berkorban nyawa untuk mempertahankan negara. Selain itu , dapat menanam ke dalam jiwa pelajar tentang penghayatan terhadap cita-cita unggul negara seperti yang terdapat pada Rukunegara. Ia juga membimbing pelajar supaya menghayati pusaka tradisi negara ini, serta membina penghayatan terhadap lambang-lambang, perlembagaan dan negara serta negeri di Malaysia. Gejala-gejala sosial dan masalah-masalah yang timbul di kalangan masyarakat kita yang kurang mempunyai jati dari dan sifat-sifat kemanusiaan dan kecintaan di dalam diri. Kurang kesedaran sivik, hilang jati diri, tidak ada semangat cintakan negara adalah antara factor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak mengenal asal usul bangsa dan tidak ada semangat patriotism dalam diri mereka. Oleh sebab itu perlunya, satu kurikulum khas bagi mengatasi masalah ini.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

2.0 DEFINISI SEJARAH

Sejarah kebiasaannya difahami dalam dua pengertian. Secara objektif, sejarah adalah satu peristiwa yang telah terjadi pada masa lalu. Sifatnya unik karana hanya sekali terjadi dan biasanya tidak berulang lagi. Secara subjektif pula, sejarah merupakan sebuah cerita tentang peristiwa itu. Melalui peranan para sejarawan atau penulis sejarah, orang lain akan dapat memahami tentang sebuah peristiwa di masa lalu.

Selain itu, sejarah juga dikatakan berasal dari beberapa perkataan dari bahasa yang berbeza. berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud pohon, salasilah/keturuan, riwayat dan asal-usul. berasal dari Bahasa Inggeris iaitu History yang bermaksud masa lampau umat manusia. berasal dari Bahasa Yunani iaitu Historia yang beerti ilmu / orang pandai berasal dari Bahasa German iaitu Geischicte yang beerti sesuatu yang telah terjadi berasal dari Bahasa Belanda iaitu Geschiedenis yang bermaksud terjadi Selain itu juga, para ahli sejarah tekemuka dunia turut mendefinisikan sejarah dengan pelbagai pengertian walaupun ertinya hamper sama. Di antara tokoh-tokoh sejarah yang terkenal adalah seperti Ibnu Khaldun, Herodotus, Aristotle, Henri Pirenne, Mohd Yamin, Kuntowijoyo, Sartono Kartodirdjo. IBNU KHALDUN
sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, tentang peradaban serta perubahan-perubahan yang berlaku dalam sifat manusia

HERODOTUS
Kajian untuk penceritaan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh masyarakat dan peradaban

SJH 3116 ARISTOTLE

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Satu system yang mengira kejadian semula jadi yang tersusun dalam bentuk kronologi Peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, bukti atau rekod yang kukuh

SARTONO KARTODIRDJO
Sejarah dapat didefinisikan sebagai berbagai bentuk pengambaran kolektif di masa lampau. Setiap pengungkapannya dapat dipandang sebagai suatu aktualisasi atau pementasan pengalaman masa lampau. Menceritakan suatu kejadian ialah cara membuat hadir kembali (dalam kesandaran) peristiwa tersebut dengan pengungkapan verbal

HENRI PIRENNE (PERANCIS)


Sejarah sebagai satu cerita tentang peristiwa-peristiwa dan tindakan-tindakan manusia yang hidup dalam masyarakat

ROESLAN ABDULGANI
Ilmu sejarah adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan yang meneliti dan menyelidiki secara sistematis keseluruhan perkembangan masyarakat serta kemanusiaan di masa lampau beserta kejadian-kejadian dengan maksud untuk kemudian menilai secara kritis seluruh hasil penelitiannya tersebut, untuk selanjutnya dijadikan perbendaharaan pedoman bagi penilaian dan penentuan keadaan sekarang serta arah proses masa depan.

MOHD YAMIN
Sejarah adalah suatu ilmu pengetahuan yang disusun atas hasil penyelidikan beberapa peristiwa yang dapat dibuktikan dengan kenyataan

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

W.H WALSH
Sejarah itu menitikberatkan pada pencatatan yang beerti dan penting saja bagi manusia. Catatan itu meliputi tindakan-tindakan dan pengalaman-pengalaman manusia di masa lampau pada hal-hal yang penting sehingga merupakan cerita yang beerti

WIKIPEDIA

Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis.

Catatan mengenai masyarakat lampau

KAMUS DEWAN

asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau

Kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

3.0 CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG EFEKTIF SEKOLAH RENDAH Matlamat utama pendidikan di Malaysia adalah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melaui perkembangan individu yang bersepadu dan mneyeluruh dari segi jasmani,emosi, intelek, dan rohani selaras dengan apa yang terkandung dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan. Sebagai menyempurnakan matlamat ini para guru diamanahkan untuk memikul tanggungjawab ini sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu malahan dalam membentuk sahsiah anak didiknya. Selain itu, melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat mewujudkan bangsa yang bertamadun.

Apabila FPK dihayati guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat besar. Guru perlu mencurah ilmu sama ada pelajarnya tidak menunjukkan minat atau sebaliknya. Selain itu, peranan guru juga haruslah peka

dalam isu-isu semasa dan menyesuaikan diri dengan bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutama sekali dalam pembentukan disiplin pelajar. Untuk menjadi seorang guru yang profesinal, seseorang guru itu harus

menekankan tiga aspek penting dalam diri iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah,1996). Menjadi seorang guru kita bukan sahaja

mempunyai kemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu tetapi sikap, tingkah laku dan disiplin diri haruslah dibentuk kea rah profesionalisme. Guru merupakan model bagi seseorang murid itu, menurut Albert Badura (1977) dalam teori sosialnya proses mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar.

Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari zaman selepas merdeka bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara begitu juga bagi memartabatkan profesion pendidikan guru dengan menjadikan guru sebagai salah satu kerjaya yang professional. Menurut Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1997) telah mencadangkan diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi pembentukan tatasusila guru. perguruan hendaklah mematuhinya. Semua guru yang telah memiliki sijil

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Maka, adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara. Antara ciri-ciri guru yang berkesan ialah :

3.1 Profesional Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia, guru-guru perlu bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya, sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Ini semua dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik dan matang.

Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran ikhtisas ini sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan pengajaran bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar murid dapat impak yang maksima. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru. Kursus-kursus

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh pihak sekolah.

Penyelidikan tindakan pula bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Menurut Kurt Lewin ( 1952 ), penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan, penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun guru tidak seharusnya lupa bahawa topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah.

Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran, seterusnya guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai. Refleksi sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat memikirkan kaedah terbaik dalam pengajaran.

Bagi meningkatkan budaya ilmu pula, terdapat enam bidang yang perlu diberi perhatian. Enam jenis bidang itu ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya, bermusyawarah dan refleksi. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan mereka guru yang berkesan.

Bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan.

Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara.

3.2 Kreatif dan inovatif. Kreatif dan inovatif juga merupakan antara ciri-ciri guru yang berkesan.

3.2.1 Kreatif Menurut kamus Websters ( 1976 ), pemikiran kreatif merupakan the ability to bring something new existence. Ini bermakna kreativiti ialah kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang baru.

Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan sesuatu cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada idea-idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Contohnya guru menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Guru boleh memulakan pengajaran mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum. Ini dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar. Penggunaan media-media seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

SJH 3116 3.2.2 Inovatif

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Inovatif berasal dari perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjana minda murid-murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang diajar. Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik lagi.

Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-guru di Malaysia ialah mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Ini bertujuan untuk mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, kewujudan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau kumpulan guru yang dikenal pasti sebagai kreatif. Guru juga digalakkan berusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan kurikulum dan berkongsi dengan guruguru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang kreatif dan inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan daya imaginasi murid dapat membantu mencerna minda murid. Pemilihan dan

pengaplikasian media pengajaran membantu murid meneroka ke tempat yang tidak dapat atau mustahil untuk diterokai. Contohnya, guru membawa murid meneroka ke kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas untuk memberi gambaran visual kepada murid. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau menyerap ilmu pengetahuan dengan lebih baik.

Rumusannya, guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara mengajar yang paling sesuai untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif guru juga boleh mempengaruhi minat dan kebolehan murid. Penggunaan ICT dalam

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

pengajaran dan pembelajaran juga merupakan daya kreatif dan inovatif guru yang dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu pengetahuan.

3.3 Integriti Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam.

Intergriti merupakan ciri-ciri positif yang wujud pada individu dan sesebuah organisasi. Menurut kamus Oxford, intergriti bermaksud quality of being honest and having strong moral principles, the state of being whole and undivided. Kamus Dewan, Edisi ke-3 mentakrifkan intergriti sebagai keadaan sempurna dan utuh. Manakala Collin English Dictionary ( 1994 ), pula mentakrifkan intergriti sebagai adherence to moral principles, honesty, wholeness, soundness.

Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah mengikut kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus. Isu-isu seperti penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Dalam konteks pengajaran guru di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri. Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding kaedah yang disukai guru. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada 6 September 2007, YB. Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Berkesan. Menurutnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah pelan induk yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. Pelan ini merupakan sebuah pelan yang komprehensif dan holistik serta dilaksanakan untuk memastikan modal insan yang dibangunkan dapat memenuhi hasrat dan cabaran yang dinyatakan.

Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Di antaranya tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan masa depan murid, ada tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang, pupuk suasana seronok belajar, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji dan ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik.

3.4 Semangat Berpasukan Menurut kamus Websters New World, kerja berpasukan bermaksud perkara yang dilakukan bersama sekumpulan orang di mana setiap orang yang berada di bawahnya adalah individu yang berkepentingan dan memberi sumbangan kepada kecekapan kumpulan tersebut. Oleh itu, kerja berpasukan yang berkesan akan terhasil apabila semua ahli yang terlibat memberi sumbangan dan terlibat aktif dan bekerja menuju tujuan yang sama. Semangat berpasukan menghasilkan kerja berpasukan yang berkualiti tinggi. Sebagai guru, mereka tidak boleh bekerja secara individu terutamanya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit. Semangat berpasukan dapat mencetuskan pernyataan perasaan, inovasi dan percambahan idea yang lebih baik dan kreatif.

Kerja berpasukan memerlukan semangat berpasukan yang tinggi. Terdapat beberapa perbezaan antara kumpulan dan pasukan. Di sesebuah sekolah, guru mungkin adalah sebagai kumpulan tetapi yang lebih penting, guru seharusnya bekerja sebagai satu pasukan. Ahli dalam kumpulan bekerja secara bebas dan tidak bekerja untuk tujuan yang sama. Pasukan pula bekerja saling bergantungan, mempunyai tujuan peribadi dan pasukan, memahami matlamat dan saling menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan menumpukan kepada diri mereka sendiri kerana mereka tidak

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

terlibat dalam perancangan antara ahli. Ahli pasukan pula merasakan pemilikan terhadap peranan mereka dalam kumpulan ini kerana mereka komited terhadap matlamat mereka. Selain itu, ahli kumpulan sangat berhati-hati tentang apa yang mereka katakan dan takut mengajukan soalan. Ini terjadi keraana mereka tidak sepenuhnya memahami apa yang terjadi dalam kelompok mereka. Sementara itu, matlamat yang ditentukan dalam pasukan akan menggalakkan semua ahli pasukan mengekspresikan pendapat, pandangan dan pertanyaaan yang pelbagai.

Menurut Larson dan LaFasto dalam buku mereka berjudul Teamwork: What Must Go Right/What Can Go Wrong (Sage Publications 1989), terdapat beberapa ciriciri pasukan yang berkesan. Pasukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas. Setiap ahli hendaklah memahami tujuan tersebut dan tahu peranan masing-masing. Pada masa yang sama, pasukan perlu mempunyai struktur berasaskan keputusan. Pasukan ini harus membuat tindakan yang akan menghasilkan sesuatu keputusan yang diingini. Setiap ahli mestilah memberikan komitmen dan bersatu. Suasana dalam pasukan hendaklah saling bekerjasama dan berkolaborasi dalam mencapai matlamat yang sama. Tidak semestinya semua guru melakukan perkara yang sama tetapi mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Pasukan yang berkesan sentiasa menerima sokongan luaran dan dorongan agar mereka sentiasa positif dalam mencapai matlamat mereka.

3.5 Berorientasikan pelanggan Sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan pelanggan. Siapakah pelanggan kita di sekolah? Pelanggan sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa mereka. Di Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebagai sebuah agensi perkhidmatan, guru juga tidak terlepas daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang berorientasikan pelanggan. Terdapat empat perkara yang akan dibincangkan dalam perkhidmatan berorientasikan pelanggan iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini terkandung dalam Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 : Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Dalam Pekeliling tersebut, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti Perkhidmatan Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal,

penyampaian dan emosi. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan. Dalam komponen penyampaian pula mengandungi kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi

mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan menghormati.

Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang memenuhi ciri-ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan sehingga urusan selesai. Di sekolah, kita mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan segera seperti urusan biasiswa, mencatat buku prestasi murid dan memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif terhadap urusan-urusan sebegini.

Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggan dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada masa kini, KPM telah menggariskan NKRA sebagai piawai yang patut dipatuhi oleh pihak sekolah. Biasanya, dalam setiap kelas terkandung Piagam Pelanggan yang menggariskan amalan yang patut dilaksanakan oleh guru termasuk menepati masa.

Selain itu, penyediaan bahan seperti borang, arahan, panduan perkhidmatan dan maklumat-maklumat yang diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas. Contohnya, bagi urusan pendaftaran dan pengesahan kanak-kanak masuk sekolah, Borang Maklumat Murid dan sebagainya hendaklah diserahkan beserta arahan yang jelas kepada ibu bapa. Guru-guru juga dminta lebih kompeten iaitu berpengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu bapa dan berurusan dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Selain itu,

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

guru yang mempunyai sahsiah yang baik sentiasa mendengar dan memahami perkara yang dibangkitkan oleh pelanggan dan mengambil tidakan yang sewajarnya. Menghormati ibu bapa juga penting selain guru memberi layanan dengan penuh rasa hormat.

Ciri-ciri utama yang perlu ada bagi seorang guru yang efektif adalah luas ruang lingkupnya untuk diperbincangkan. Selain ciri-ciri yang telah dibincangkan di atas, secara ringkasnya seorang guru yang benar-benar berkualiti dan berkesan adalah seorang yang berilmu pengetahuan dan melaksanakan peranan-peranannya mengikut etika Perguruan yang telah ditetapkan. Fokus utama seorang guru adalah di dalam bidang pedogogi di samping menjadi agen perubahan dan role model kepada muridnya.

3.6 Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Ciri guru yang berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid. Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh murid-murid sebelum pembejalaran bermula. Penetapan sedemikian membolehkan mereka menyedia dan

mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran dan perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Kelainan perolehan dan pencapaian di dalam suatu pembelajaran adalah perkara biasa.

3.7 Menyediakan Rancangan Mengajar Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar. Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan dan kearifan individu guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid seperti bermula dari aspek yang mudah kepada yang lebih sukar, aspek yang berada dalam pengetahuan atau pengalaman murid kepada perkara yang belum berada dalam pengetahuan dan pengalaman mereka. Setiap perkembangan pelajaran diikuti pula oleh aktiviti murid secara terancang dan sebahagiannya secara spontan.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Pendekatan berasaskan spiritual curriculum membolehkan murid mengembangkan ilmu sedia ada dan memantapkan pengalaman tersedia. Mereka akan mengikuti pengajaran peringkat demi peringkat, langkah demi langkah, fakta demi fakta yang secara keseluruhannya secara sistematik dan efektif. Penerangan disampaikan secara sususnan tanpa terlampau memasukkan terlampau banyak isi pelajaran dalam sesuatu masa.

3.8 Pengetahuan, Kemahiran dan Kecekapan Bidang Seseorang guru yang efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprenhensif terhadap bidangnya. Ia

seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemasini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulun dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan epistemology disiplin tersebut. Lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini akan datang.

3.9 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran Penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih berminat dan mengikuti proses pembelajaran sehingga tamat.

Kepelbagaian dalam gaya penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami serta tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah komited dan efektif. Guru seharusnya tahu ahap kebolehn murid , pencapaian pengetahuan dan kefahaman aplikasi sesuatu teori atau formula. Imam Al-Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa yang mudah, penerangan yang jelas dan perbincangan isi pelajaran yang di dalam pengetahuan dan kemahiran murid yang diajar. Guru perlu mengelakkan darpada menggunakan bahasa dan penerangan yang berliku2,

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

berbelit-belit, perkataan sukar dan boombastk. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan prestasi

pembelajaran. Penerangan haruslah menggunakan konsep abstrak kepada konkrit, mudah kepada sukar, dan seterusnya. Guru juga boleh mempermudahkan penyampaian melalui lakaran dalambentuk tulisan, gambar rajah atau carta.

3.10 Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinteraksi dan menggunakan panggilan baik-baik serta digemari yang membuktikan saling communicate with interest and enthusiasm. Semasa menyampaikan isi pelajaran, guru perlu menerapkan unsure-unsur kecindan bagi mewujudkan keceriaan dan menarik perhatian murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

3.11 Motivasi, Minat dan Mengcungkil Sikap Ingin Tahu Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan menunjuk cara perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan berazam untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari factor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam pengajaran. Apabila guru dapat mencetus minat murid-murid, mereka bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan sentiasa menunggu-nunggu kedatangan guru berkenaan.

3.12 Ujian dan Penilaian Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah untuk mendapat maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

perhatian, membayangkan jawapan dan mengukuhkan pemahaman. Soalan-soalan berbentuk provokatif atau thought-provoking boleh mendatangkan rangsangan dan motivasi untuk pelajar berfikir secara konstruktif dan inovatif. Soalan dibina dalam bentuk ayat mudah, berstruktur atau terbuka. Persoalan boleh diajukan berdasarkan pendekatan konsep Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

3.8 Tindakan Susulan Melalui Pengayaan dan Pemulihan Tindakan susulan merupakan langkah terpenting dalam menilai keberkesanan sebenar pembelajaran murid. Ini dilakukan pada penghujung pengajaran atau selepas membuat penilaian atau ujian formatif atau sumatif. Soalan yang dikemukakan perlu dibincangkan semula jawapan sebenar dan rasional setiap jawapan. Langkah ini diikuti pula oleh pemantauan prestasi, di antaranya dengan cara murid-murid yang mendapat pencapaian tinggi dikelompokkan dalam satu kumpulan untuk pemulihan dengan guru member perhatian dan tumpuan lebih banyak.

3.9 Pengurusan Bilik Darjah Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang bersuasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan dan keceriaan wajah ilmuan. Justeru itu, ia akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran yang maksimum.

Bilik Darjah merupakan medan peranan, tanggung jawab dan amanah seorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif kepada pelajar. Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian murid sama ada dalam perolehan pengaetahuan, kemahiran, pengalaman dan apresiasi. Semua ini menjadi key performance index terhadap ketrampilan guru dan guru efektif.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

4.0 PERANAN GURU, PANITIA DAN PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMUPUK KESEDARAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA.

Pengamalan EPP dalam kalangan guru adalah penting bagi menjamin profesion perguruan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Kejayaan dan pencapaian

matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru itu sendiri. Selain daripada ciri-ciri di atas, guru juga mempunyai banyak peranan dalam pembentukkan modal insan

Guru sebagai pembentuk modal Insan Secara umumnya semua orang sudah mengetahui tempat awal untuk menghasilkan modal insan yang diharapkan oleh sekolah mahupun negara adalah bermula dari sekolah. Disebabkan itulah tugas seorang guru bukan sahaja mendidik malahan tugas mereka lebih dari itu iaitu membentuk modal insan dalam kalangan pelajar-pelajarnya. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh para guru ini bagi mencapai matlamat FPK agar menjadi modal insan yang diharapkan. Peranan seorang guru di sesebuah sekolah itu amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat negara dalam konteks dunia sekarang salah satu aspirasi tersebut ialah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.

Oleh itu kepentingan peranan guru di Malaysia ialah memastikan anak didik mereka cemerlang dalam bidang akademik. Hal ini dapat dilihat menerusi langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Oleh itu, segala pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah mencapai objektif yang dirancang, kemudian

penyusunan dan langkah ketika menyampaikan isi kandungan, pemilihan bahan bantu mengajar, media pengajaran dan pemilihan tajuk hendaklah semuanya jelas dan teratur. Selain itu, guru-guru juga haruslah memastikan selepas habis proses

pengajaran dan pembelajaran mereka haruslah peka dengan menerapkan nilai-nilai murni. Secara tidak langsung murid-murid akan memantapkan kekuatan dan membela kemuliaan maruah diri dan membentuk akhlak mereka dengan baik. Guru merupakan super model untuk seorang murid-murid oleh itu seorang guru itu hendaklah sentiasa

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

memberi kata nasihat dan bimbingan serta motivasi kepada murid-murid. Dapat dilihat disini kecemerlangan akademik memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri yang dianggap penting dalam melahirkan modal insan. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka ikuti mereka akan menjadi insan yang berdisiplin, bermoral, berpegang kepada nilai-nilai murni yang diterapkan oleh guru. Menjadi

akauntabiliti guru untuk memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran guru difahami oleh anak didik mereka. Guru juga haruslah memastikan tahap kecerdasan murid-murid dan juga perbezaan individu dalam kalangan murid-murid mereka supaya mereka dapat mengetahui bentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang akan mereka laksanakan di dalam kelas. Supaya tidak berlaku ketidakadilan guru dalam memberikan ilmu kepada anak murid mereka.

Guru juga mestilah membantu murid-murid cemerlang dalam kokurikulum bagi menyediakan pendidikan yang holistic dari segi perkembangan kemahiran sosial murid dan mempereratkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid-murid. Oleh itu,

peranan guru adalah menjadi satu tanggungjawab untuk menggalakan murid-murid melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan disekolah. Apabila murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum mereka akan dapat banyak perkara yang akan dipelajari misalnya berkaitan dengan kepimpinan, bekerjasama, berdaya saing, berfikiran kreatif, berfikiran kritis, berdaya tahan, berdisiplin, menngkatkan jati diri, meningkatkan integriti dalam diri, bertanggungjawab, amanah, ikhlas, menepati masa, bersatu padu dan sebagainya bagi melengkapkan diri dalam meningkatkan modal insan yang diharapkan oleh negara.

Oleh itu dalam memainkan peranan penting seorang guru dalam melaksanakanya ialah dengan menjadi penasihat kepada beberapa kelab dan persatuan di sekolah. Guru tersebut hendaklah mengambil kesempatan ini untuk memastikan bahawa muridmurid ini memperlajari sesuatu perkara yang baik dan bermanfaat apabila mereka menceburi diri secara aktif dalam bidang kokurikulum dan menjadi modal insan yang diharapkan. Peranan guru seterusnya ialah berusaha memperkembangkan lagi

keupayaan mereka dalam meningkatkan daya kreatif dan inovasi murid-murid supaya

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

menjadi lebih positif dan progresif. Misalnya guru kemahiran hidup di sekolah melalui mata pelajaran reka cipta guru menubuhkan persatuan reka cipta dan mewujudkan pertandingan reka cipta yang inovasi berasaskan bahan kitar semula. Guru sebagai penasihat dan murid-murid menerahui persatuan dengan mengutamakan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan. Secara tidak langsung mereka belajar tentang ciri-ciri kepimpinan, nilai-nilai murni dan sebagainya. menjadi modal insan yang diharapkan. Semua ini akan membentuk mereka

Selain kecemerlangan kokurikulum dan kurikulum menjadi tanggungjawab guru dalam memartabatkan profesionalisme guru dengan menerapkan nilai-nilai keagamaan dalam kalangan murid atau modal insan secara langsung. Nilai-nilai agama ini mempunyai kepentingan dalam membentuk modal insan yang diharapkan. Hal ini

kerana jati diri dan maruah sesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud kesepaduan dalam kalangan murid-murid. Penerapan keagamaan ini boleh diterapkan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran terutama dalam

pembentukan akidah murid-murid.

Dengan akidah yang kental, murid-murid akan Langkah-langkah

menjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan jasmani.

menyemai nilai-nilai keagamaan ini adalah menerusi mata pelajaran wajib seperti pendidikan islam dan pendidikan moral.

Menjadi tanggungjawab guru untuk melengkapkan murid-murid dengan kemahiran informasi dan teknologi maklumat di sekolah agar melahirkan masyarakat yang celik IT serta mampu bersaing dengan dunia globalisasi dan dapat mengharungi wawasan 2020 sejajar dengan matlamat falsafah Pendidikan Kebangsaan. oleh itu, langkah

yang seharusnya dilakukan oleh guru ialah bergiat aktif dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan meningkatkan kefahaman dalam penyampaian

berpaksikan kemahiran dalam teknologi maklumat demi membentuk modal insan yang diharapkan. Sebenarnya apabila suatu hari nanti berlaku kajian soal selidik mengenai celik IT dalam kalangan guru-guru akan didapati adanya guru yang tidak tahu langsung mengenai komputer. Mereka bukan sahaja tidak mahu belajar untuk membaiki diri malahan mereka menganggap itu sesuatu yang tidak penting berdasarkan pengalaman

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

menjadi guru ganti ada sesetengah guru apabila diminta untuk mengemaskini data murid dalam komputer mereka akan meminta guru-guru yang lebih muda dari mereka untuk melakukannya. Oleh itu, sebagai seorang guru menjadi tanggungjawab guru untuk meningkatkan martabat guru seiring dengan pembangunan negara.

a. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum

Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.

b. Menyediakan Pendidikan Berkualiti

Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika masyarakatnya mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di bidang pendidikan. Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia.

c. Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum

Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam mengembangkan lagi bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang. Disiplin dalam organisasi, adab dalam bersukan dan berseni menjadi aset yang penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan suatu jambatan kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang.

d. memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar.

Membina Negara Bangsa bermatlamat melahirkan murid yang memeiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, buadaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

e. mendidik pelajar menghargai perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan.

Melalui pembelajaran sejarah murid akan didedahkan kepada tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan pada suatu masa dahulu. Di sebalik kenikmatan yang dirasai

sebagi rakyat yang bernaung di bawah negara yang bebas,sudah pasti terdapat tokoh2

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

yang berjuang di sebaliknya bagi mendapatkan kemerdekaan.Mereka inilah yang digelar negarawan.Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak mungkin bagi kita untuk melupakannya. Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berlainan,mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah.Oleh itu,amat rugilah jika kita tidak meneruskan kesinambungan yang terjalin ini sebagai tanda kenangan kita kepada pejuang tanah air.

f. memupuk perpaduan

Membina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latarbelakang sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi merupakan bahan utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan lazat malah menyihatkan.

g. memupuk nilai-nilai murni dalam pelajar

Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan daripada perjuangan nasionalis demi memajukan Negara kita Malaysia adalah sikap kerjasama.Kerjasama ini penting dalam membangunkan sesebuah Negara terutamanya Negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Di samping itu, semangat jati diri perlu ada dalam diri setiap individu walau dimana sahaja kita berada.Seterusnya, sifat kasih sayang di antara satu sama lain perlulah diterapkan dalam diri setiap insan. Nilai lain pula ialah bersyukur.Rakyat Malaysia perlulah bersyukur dengan keamanan yang dikecapi oleh Malaysia dan berharap agar berkekalan. Keadilan terutamanya dalam sistem pentadbiran tanpa mengira kaum,bangsa mahupun agama. Nilai seterusnya ialah,sebagai rakyat Malaysia,kita disarankan untuk memanfaatkan keamanan Negara agar kekal aman dan harmoni tanpa berlaku pertelingkahan. Nilai berdikari pelu ada dalam diri individu untuk memsatikan kita yakin dengan segala yang kita lakukan.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

h. meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai peristiwa kemerdekaan.

Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya.di sinilah guru memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan pengetahuan pelajar tentang peristiwa kemerdekaan.

Profesion perguruan di zaman serba moden ini haruslah mampu untuk bersaing, menguasai dan mengabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan demi melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna untuk masa hadapan dan demi menghadapi dunia globalisasi serta menuju wawasan 2020. Guru-guru juga haris sedar bahawa perkhidmatan perguruan mempengaruhi negara dan rakyatnya, guru-guru mesti berusaha untuk mengekalkan dan memperbaiki piawaian profesional dan mencapai matlamat yang menarik orang lain ke kerjaya pendidikan. Guru-guru

hendaklah menerapkan akauntabiliti yang tinggi dalam diri masing-masing dan mengetahui akan Kod Etika Profesion Perguruan dengan berpegang kepada prinsipprinsip kemuliaan kehormatan, integriti, mengambil berat perasaan orang lain dan keadilan demi melahirkan seorang murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif serta seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti mana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

5.0 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sejarah KSSR memberi penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor serta menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan, kajian masa depan dan pembelajaran sepanjang hayat. Kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni, semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Semua elemen ini diharap dapat diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian.

Kurikulum

Sejarah

ini

menyatupadukan

pengetahuan,

kemahiran,

elemen

kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional.

Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Ia disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Ia merupakan kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

5.1 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SEJARAH TAHUN 4 5.1.1 Matlamat pendidikan sejarah sekolah rendah.

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia,sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

5.1.2 Objektif pendidikan sejarah sekolah rendah.

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid:

i. memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu. ii. mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah. iii. memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah. iv. menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian. V. menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian sejarah. vi. menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global. vii. memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat. viii. menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia. ix. memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum. x. memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara bagi pembinaan jati diri.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

6.0 TOKOH-TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN NEGARA

Beliau merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri. melalui kebijaksanaannya telah dapat mengendalikan dicapai dengan pakatan penuh murni harmoni antara dan kaum,

kemerdekaan

gemilang

6.1 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah diusahakan oleh para pemimpin yang berwibawa. Sikap bekerjasama dan sentiasa mengutamakan perundingan dan kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik mereka dimana kemerdekaan negara yang dicapai tidak melibatkan pertumpahkan darah. Antara tokoh-tokoh penting kemerdekaan negara termasuklah: Beliau merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri. melalui kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum, kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

6.2 Tun Abdul Razak

Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana Menteri. Beliau telah memainkan peranan sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun1956 . Beliau juga menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956. Beliau itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957. Selain itu , beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenal sebagai Penyata Razak pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

6.3 Tun H. S. Lee

Beliau memulakan

merupakan kerjasama

tokoh antara

MCA kaum

yang

telah

sehingga

mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan . Parti ini telah bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi

mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957. Bagaimanapun peranan Tan Cheng Lock sebagai Presiden MCA tidak kurang pentingnya sebagai penyokong Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan Negara.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

6.4 Tun V. T. Sambathan

Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersamasama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara. Beliau telah menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara yang kukuh dan menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.

SJH 3116 7.0 PERANAN

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH] SEJARAH DALAM PEMBINAAN PROTISM DALAM DIRI

SESEORANG WARGANEGARA

Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.

Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan dan mengulangi zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Pembinaan Negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan bolehdianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran

sertapenduduknya. Merujuk kepada Malaysia, proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Pembinaan negara bangsa Malaysia berdasarkan acuan sendiri harus dilaksanakan melalui pelbagai saluran. Salah satu dari saluran terpenting ialah pendidikan memandangkan bidang ini berperanan sebagai wahana utama membentuk perpaduanmasyarakat dan seterusnya mencorakkan pembentukan negara bangsa. Sehubungan itu, pendidikan sejarah (khususnya

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

matapelajaran sejarah) seharusnya memainkan peranan penting sebagai mekanisme bagi mencapai matlamat tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan, sejarah ibarat guru kepada seluruh manusia untuk memahami, mempelajari dan mengambil iktibar dari kejadian masa lampau. Tanpa sejarah, manusia akan hilang pedoman ibarat kapal tanpa nakhoda di tengahtengah lautan maha luas. Sejarah juga membolehkan kita bersifat yakin pada diri sendiri serta berbangga terhadap bangsa dan negara. R.G Collingwood misalnya mengangkat kepentingan sejarah sebagai hakikat kepada kesinambungan sesebuah masyarakat dan ia diperlukan sebagai panduan bagi memastikan perjalanan masa depan menjadi lebih terarah.

Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.

Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara.

Matlamat pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air pelajar-pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai satu unit. Pendidikan sejarah juga berperanan sebagai alat penting bagi memupuk perpaduan bangsa dan membina masyarakat yang bersatu

padu.Gagasan negarabangsa Malaysia merupakan usaha menjadikan diri sebagai rakyat Malaysia yang berkongsi negara dan impian yang serupa.

Sejarah juga boleh dijadikan asas rujukan penting bagi membina aspirasi baru untuk membangunkan maruah, martabat dan kewibawaan sesuatu bangsa. Pendidikan sejarah juga dapat memainkan peranan dalam pembinaan negara bangsa apabila dapat mencetuskan inspirasi melalui tema-tema yang terdapat dalam sukatan

kandungan matapelajaran tersebut. Melalui pendidikan sejarah juga, nilai kesetiaan dapat dipupuk dan ditanamkan sebagai satu nilai hidup yang penting bagi membina dan meningkatkan komitmen generasi muda kepada negara dan bangsa. Nilai kesetiaan ini akan dapat mengukuhkan ketahanan negara dan mendorong semangat ingin berkorban dan berbakti kepada bangsa dan negara. Pendidikan sejarah juga berfungsi menerapkan nilai kewarganegaraan dan membentuk generasi muda menjadi

warganegara yang berguna kepada bangsa dan negara.Nilai kewarganegaraan ini meliputi kebanggaan sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif. Ringkasnya, pendidikan sejarah

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

merupakan proses mendidik melalui kaedah dan proses pembinaan sejarah sebagai satu disiplin ilmu melalui alat, prosedur dan kaedah tertentu.

Seterusnya ilmu ini akan meneliti, memahami, menghurai, menginterprestasi dan seterusnya membina keseluruhan mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Membina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latarbelakang sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi merupakan bahan utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan lazat malah menyihatkan.

Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Melalui pengalaman sejarah yang disalurkan secara sistematik khususnya melalui sektor pendidikan impian untuk membentuk negara bangsa yang selama ini berteraskan kepada bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan. Sejarah dan pendidikan berupaya menjadi alat bagi mencapai matlamat tersebut seterusnya membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai jatidiri dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Justeru, jika ia berjaya dikecapi maka benarlah pandangan sejarawan terkenal Arthur Marwick yang ungkapkan ... masyarakat manusia memang

memerlukan sejarah, masyarakat kita yang canggih hari ini memerlukan banyak sejarah.

Kita semua sentiasa memandang kepada sejarah, sentiasa memerlukan banyak sejarah. Kita semua sentiasa memandang kepada sejarah, sentiasa membuat pengadilan-pengadilan sejarah...Pelajar-pelajar seharusnya didedahkan dengan asas sejarah sejak diperingkat akar umbi walaupun pada tahap yang paling minima. Ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jelas kepada kita betapa

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepi demi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Presiden Amerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden mengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa yang kita runtuhkan.

Ringkasnya, sejarah merupakan matapelajaran yang bertujuan untuk memupuk Dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara dan warga dunia. Melalui penetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkaiatan murid dapat memahami keadaan masyaraat dan negara serta hubungannya dengan sejarah luar.

SJH 3116 8.0 PENUTUP

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Kurikulum sekolah dianggap sebagai arah pandu dan propaganda kerajaan sebagai kekuatan social dan ekonomi. Usaha penggubal kurikulum sekolah bagi member penekanan usaha pemupukan patriotism jelas kelihatan dalam kajian ini. Patriotisme patut diperluaskan pemahamannya mencakupi saying dunia khususnya dalam era globalisasi ini. Cabaran global menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan global bahkan memiliki jati diri yang utuh dan daya saing yang tinggi.

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah menuntut guru untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti pengajaran mereka. Usaha pemupukan patriotism dalam kalangan pelajar memerlukan kerjasama semua pihak, kerajaan, penggubal dasar, guru sebagai pelaksana, panitia, pentadbir sekolah serta pelajar sendiri. Ini bagi merealisasikan hasrat KPM yang ingin melahirkan warganegara yang berciri-ciri global, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung warisan budaya dan kesenian bangsa.

Penggubalan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan yang luas beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Semoga matlamat penggubalan kurikulum ini akan dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatasi segala rintangan dalam hidup. Akta Pendidikan 1961 di Malaysia telah menetapkan polisi-polisi pendidikan yang digunakan hampir 3 dekad lamanya sebelum dipinda pada tahun 1996 dan buat pertama kalinya menetapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebelumnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghasilkan warganegara yang berpengetahuan dan berkebolehan. Seterusnya mempunyai nilai moral yang tinggi dan boleh mencapai kejayaan kepada diri sendiri dan masyarakat. Bagi mencapai aspirasi ini karajaan telah berusahan bersungguh-sungguh agar perlaksaannya berjalan dengan lancar. Selain itu, Falsafah Pendidikan Guru adalah berfungsi untuk membina guru-guru yang mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meninginkan insan yang seimbang dan harmoni. Kedua-dua falsafah ini bertanggungjawab terhadap Sebagai seorang guru menjadi satu

perkembangan pendidikan di Malaysia.

tanggungjawab agar merealisasikan pendidikan negara agar dapat menghadapi wawasan 2020. Menerusi Falsafah pendidikan yang ia sebenarnya diambil kira melalui pelbagai aspek untuk menghasilkan masyarakat yang maju, bertamadun, berdaya saing dan tahan dengan ujian tidak kiralah ujian dari segi emosi dan jasmani. Kita tidak mahu kelak dimasa hadapan negara melahirkan masyarakat yang tidak mempunyai akhlak yang baik biarpun memperolehi kejayaan tetapi sekiranya tidak memiliki akhlak yang baik maka sesuatu tamadun itu akan hancur seperi mana yang berlaku pada zaman kegelapan di Tanah Arab ketika dahulu. Kejayaan dan juga akhlak kedua-duanya

adalah sama penting bagi melahirkan generasi baru yang berkemahiran, berilmu, bersepadu dari segi amalan dan dihormati oleh semua orang sekalipun masyarakat dunia.

SJH 3116 9.0 REFLEKSI

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

SJH 3116 merupakan mata pelajaran baru yang digubal khas sejajar dengan transformasi pendidikan yang memeperkenalkan mata pelajaran sejaran di sekolah rendah. Oleh yang demikian tugasan ini adalah sangat mencabar kerana kekurangan bahan rujukan. Walau bagaimanapun, syukur Alhamdulillah kerana dengan bimbingan pensyarah kami, En Wan Hasni Wan Ahmad, maka tugasan ini dapat disempurna tepat pada waktu ang telah ditetapkan. Kerja kursus ini ternyata telah memberikan banyak manfaat yang berguna yang dapat saya gunakan pada suatu masa kelak. Input input yang sebelum ini kurang saya fahami kini saya telah dapat memahaminya dengan lebih yakin. Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat perbincangan secara

berkumpulan dan mengagihkan sub tajuk bagi setiap ahli kumpulan bagi meringankan bebanan tugas. Pada permulaan mengumpul maklumat tentang tugasa ini, saya agak keliru kerana ruang lingkupnya yang sangat luas tetapi setelah membuat penyelidikan dan mencari bahan-bahan dari internet dan juga buku-buku serta jurnal-jurnal ilmiah barulah saya dapat merungkaikan tugasan ini satu persatu dan alhamdulillah akhirnya dapat juga disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Setelah menyiapkankan tugasan

ini, saya dapat memahami betapa

pentingnya menyemain nilai-nilai murni dan menanam jati diri di dalam diri setiap murid yang merupakan modal insan pemangkinan kemajuan dan kedaulatan negara. Segala-galanya ini adalah tergala di bahu seorang guru kerana guru pmerupakan agen penyebaran ilmu dan juga perubahan. Tanggunjawab dab peranan guru bukanlah mengajar semata-mata tetapi juga lebih kepada bersifat virtual iaitu secara tidak langsung menunjuk contoh dan memahamkan murid apa yang tersirat dan tersurat tentang asal usul peradaban sejarah bangsa Malaysia. Ini adalah sangat menarik dan memberi impak yang besar kepada saya kerana telah dapat menambah pengetahuan tentang aspek ini yang sebelum ini saya tidak pernah terpikir untuk mengetahuinya secara terperinci.

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

Selain itu, saya juga menjadi lebih peka dan arif tentang ciri-ciri seorang guru yang professional dan effektif. Sebelum ini, saya telah mengetahui tenang perkara ini tetapi tidak terlalu mengambil berat kerana tidak mengetahui dengan terperinci bahawa sekiranya seorang guru gagal menyemai nilai jati diri dalam diri muridnya maka ia kan member impak yang besar kepada keruntuhan moral masyarakat dan seterusnya member impak kepada peradaban bangsa. Hal tersebut di anggap remeh kerana tidak pernah terlintas bahawa ia sebenarnya sangat penting kerana ia adalah permulaan kepada gapaian kecemerlangan seseorang individu. Tanpa jati diri yang utuh maka runtuhlah juga sebuah peradaban bangsa di mana murid yang kita didik inilah bakal peneraju kecemerlangan dan kemakmuran negara kita. "Kejayaan bangsa tidak terhasil dengan sendirinya. Kejayaan terhasil kerana tekad, perpaduan, dan kepintaran dalam menghadapi pelbagai cabaran perjuangan..." (Dipetikdaripada "500 Tahun Menghadap iCabaran" - KamaruddinM.Said, 2004)

(NORAZILAWATI MUSTAPA) 770521-03-6342 RBT 2 PPG KOHORT 1, AMBILAN JUN 2011

SJH 3116

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

10.0

BIBLIOGRAFI

http://simplehanugra.blogspot.com/2012/07/defenisipengertian-sejarah-menurut.html Awang Had Salleh (1983), Pendidikan dan Nasionalisme: Penentuan Konsep dan Pencerobohan Strategi. Konvenkesyen Pendidikan ke 8 : Tanjung Malim. Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) Amalan-amalan Ke Arah Perpaduan Kaum di Enam Buah Sekolah Kes, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan : Kuala Lumpur. Mohamad Johari Salleh (2004) Pengurusan Standard Guru Efektif, Kertas Kerja Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru, Tajung Malim : Universititi Pendidikan Sultan Idris. Omardin Ashaari (2001) Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abd Rahim Abd Rashid. 1997. Model dan pendekatan pengajaran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Abdul Rahman Embong. 2000. NegaraBangsa : Proses dan Perbahasan. Bangi :Penerbit UKM Khoo Kay Kim.1992. Perkembangan Pendidikan Sejarah di Malaysia, dalam Sejarah Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

SJH 3116 11.0 LAMPIRAN

[KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH]

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH4