Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 2 Media Pengajaran: Anda diminta uintuk mencari dan mengenal pasti jenis-jenis dan klasifikasi pelbagai media

pengajaran / sumber-sumber pengajaran yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah anda: 1. Sediakan sekurang-kurangnya 10 senarai media pengajaran yang anda fikir sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang akan anda ajar. Kategorikan media pengajaran mengikut jenis: bahan-bahan bercetak, bahan bukan bercetak, visual, bahan pameran, lain-lain audio dan sebagainya. Anda juga diminta untuk menyatakan kesuaian media tersebut untuk pelajar audio, visual atau kinestatik. Anda juga boleh merujuk modul PPG Tajuk 3: Media Penagjaran dan Buku Rujukan Tambahan untuk memahami lebih lanjut Sila dokumenkan hasil kerja anda menggunakan pemprosesan perkataan seperti MS Word dan muat naik tugasan anda di ruangan LMS ini. Anda juga diminta menghantar tugasan bercetak anda pada interaksi berikut (20/7/2013)

Tugasan 3 Anda dikehendaki meneliti dan memikirkan tentang keberkesanan pengajaran anda telah dijalankan Aktiviti 1. Berdasarkan pengajaran yang, nyatakan sama ada anda bersetuju dengan kenyataan di bawah. Berikan justifikasi yang sesuai. " Reka bentuk pengajaran ASSURE membantu guru dalam merancang pengajaran mereka secara sistematik dan membantu untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. " Sila muat naik ke ruangan LMS yang disediakan.

Tugasan 4 Buat satu peta minda yang menunjukkan faktor-faktor penting dalam menyediakan kaedah dan pemilihan media yang baik untuk pelajar kelas anda. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima perkara dari tiga perkara berikut: 1) ciri-ciri umum; 2) kecekapan kemasukan tertentu dan 3) gaya pembelajaran. Bincangkan pendapat anda dengan pelajar-pelajar lain di dalam kelas tutorial dan kongsikan maklumat menggunakan google drive. Membincangkan keputusan anda dengan pelajar-pelajar lain di dalam kelas tutorial

Perbincangan 1
Cuba teliti istilah-istilah berikut. Beri definisi yang sesuai untuk setiap yang berikut. Tarikh Hantar: 20.7.2013 1. Teknologi Pendidikan 2. Teknologi Pengajaran 3. Sains Perpustakaan 4. Media Pengajaran 5. Sumber pembelajaran

Perbincangan 2
1, Apakah peranan yang dimainkan reka bentuk pengajaran dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran pelajar anda? 2. Bagaimana pengetahuan model ASSURE membantu anda dalam memastikan hasil pembelajaran yang anda tetapkan untuk kelas anda dicapai. 3. Bagaimana anda memastikan bahawa hasil pembelajaran yang anda tetapkan untuk kelas anda murid-murid pelbagai kebolehan dicapai? 4. Apakah faedah yang berkaitan dengan perancangan pengajaran menggunakan model ASSURE.

Anda mungkin juga menyukai