Anda di halaman 1dari 11

Ebook Panduan Ezy Cetak Cek 1.

Isi Kandungan Muqaddimah _______________________________________ 1 Cara menggunakannya________________________________ 2 Edit_______________________________________________ 7 Panduan Tambahan __________________________________ 9

Muqaddimah Menulis cek adalah sesuatu yang amat mudah. Ia boleh ditulis tangan, guna cek writer ataupun mencetaknya dengan menggunakan computer. Agak leceh sekiranya jumlah cek yang anda ingin tulis/cetak itu terlalu banyak bilangannya. Tambah-tambah lagi jumlah amaun yang nak ditulis itu entah apa-apa. Anda terpaksa mengeja setiap digit nombor sehingga ke sen tanpa silap. Tulisan tidak boleh bertindan dan tidak boleh menggunakan liquid paper. Sekiranya berlaku kesilapan, cek itu tidak boleh digunakan lagi. Anda terpaksa menulis cek lain. Kebarangkalian untuk cek rosak adalah tinggi. Kini masalah tersebut tiada lagi dengan adanya Software Ezy Cetak Cek 1.0 Ebook ini sebagai panduan kepada penguna Software Ezy Cetak Cek 1.0 . Ikut langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan didalam ebook ini dan anda pasti akan berasa seronok menggunakannya. Software ini cukup simple dan mudah mengendalikannya. Tidak serabut dengan pelbagai layout yang complicated. Software ini memerlukan program Microsoft Access 2007.

CARA MENGGUNAKANNYA Langkah pertama. Apabila anda klik File, gambarajah seperti dibawah akan muncul. Klik TRANSAKSI.

Layout berikut akan muncul. Logo boleh diubah mengikut kesesuaian perniagaan anda.

Klik New Record. Pilih nama kepada siapa bayaran nak dilakukan. Hanya nama yang telah ada dalam database sahaja yang akan muncul. Masukkan rekod transaksi anda disini. Sekiranya nama belum ada dalam database, sila klik butang Register New. Paparan seperti berikut akan muncul. Klik New Record. Masukkan nama dan segala butiran penerima bayaran.

Klik TRANSAKSI untuk kembali Kemudian klik Print Cheque. Gambarajah seperti dibawah akan muncul.

Klik pada Butang Dropdown untuk menukar nama. Enter, tukar tarikh, Enter, masukkan Nombor (Jumlah wang yang ingin dibayar) Tekan Enter sekali lagi dan Ejaan akan muncul.

Untuk mencetaknya anda hanya perlu lakukan seperti biasa sepertimana anda print dokumen yang lain.

Klik Office Button, Print, Print atau Quick Print. Jangan lupa masukkan cek kedalam printer terlebih dahulu. Ok, tunggu sehingga siap.

Kini anda telah pun siap mencetak cek menggunakan Ezy Cetak Cek 1.0. Bukan itu saja, software ini juga boleh mencetak Baucer Bayaran. Klik Preview Voucher.

Klik butang NEXT atau masukkan nombor baucer untuk mencari baucer yang anda kehendaki.

Semuanya telah tersedia untuk anda. Siap dengan Nombor Siri sekali. Tidak perlu bersusah payah menaip berulang-ulang kali. Layout yang menarik. Juga boleh diubah mengikut citarasa anda. Print seperti biasa. 6

Edit Sekiranya anda ingin melakukan ubahsuai, senang saja. Ikuti langkah-langkah dibawah.

Klik kanan pada File yang anda ingin ubah. Kemudian Klik Design View.

Anda boleh lah menggerakkan kekiri atau ke kanan sehingga ngam dengan cek anda. Klik Save. 7

Begitu juga dengan Voucher Bayaran.

Klik Kanan kemudian Design View.

Anda boleh ubah Baucer bayaran ini mengikut kesesuaian perniagaan anda. Anda boleh susun layout dan masukkan logo perniagaan anda diatas baucer ini. Juga boleh ubah kepada Font yang anda suka. 8

Panduan Tambahan Sekiranya keluar perkaaan #Name? , jangan panik. Anda Cuma perlu buat sedikit setting pada Komputer anda.. Ikut panduan dibawah..

Klik Office Button yang berada di bucu sebelah kiri Screen. Klik Access Option.

Klik Trust Centre. Klik Trust Centre Setting.

10

Klik Macro Setting. Klik Enable all Macros. Klik OK. Tutup Software Ezy Cetak Cek 1.0 dan buka kembali. Masalah anda telah selesai.. Sekian. Selamat Maju Jaya

11

Anda mungkin juga menyukai