Anda di halaman 1dari 6

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEK RENDAH

1.0

PENDAHULUAN

Pengajaran yang berkesan adalah hasil usaha seorang guru yang berjaya dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam yang lengkap dan berkesan. Pemilihan kaedah yang betul umpamanya memainkan peranan yang penting bagi menjamin kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian seorang guru. Ini bertepatan dengan aspek pemilihan kaedah yang ditegaskan oleh al-Syaibani (1979) iaitu:[1] tiada satu metode pengajaran yang berguna untuk semua tujuan pendidikan dan semua mata pelajaran. Begitu juga, tiada pengkaedahan yang lebih baik bagi semua pendidik dalam semua keadaan dan suasana. Guru boleh memilih metode yang sesuai dalam tujuan pendidikan yang ingin dicapainya atau pelajaran yang ingin diajar; serta tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan pelajar-pelajar.

Kepentingan untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi satu faktor penting kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada para pelajar selain daripada bakat dan ketokohan seseorang guru dalam sesuatu disiplin termasuk Pendidikan Islam. Keperluan kepada kepelbagaian kaedah dapat menarik minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran sehingga mampu mendorong mereka mencapai pencapaian terbaik. Oleh itu, tumpuan utama yang akan dikupas dalam penulisan ini ialah berkaitan pengertian kaedah itu sendiri dan beberapa contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang merangkumi bidang Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariyyah, Adab dan Akhlak Islamiah serta Pelajaran Jawi.

2.0 2.1

HASILAN/ESEI/HURAIAN PENGERTIAN KAEDAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa).[2] Ahmad Mohd Salleh (2008) mendefinisikan kaedah sebagai satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan

sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.[3] Secara umumnya, pengertian kaedah boleh difahami seperti berikut: q Perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan oleh semua guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, terancang dan teratur. q Sebagai langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. q Melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan oleh guru, nilai-nilai dan kemahiran yang diinginkan kepada pelajar. q Perancangan yang dapat membantu pendekatan pengajaran yang ingin digunakan oleh guru bagi memudahkan proses pemindahan pengetahuan kepada pelajar ataupun kemahiran. q Proses yang penting bagi ditentukan terlebih dahulu oleh guru sebelum mula memikirkan apakah teknik yang mahu digunakan dalam satu-satu topik pengajaran. Al-Syaibani (1979) berpendapat bahawa konsep kaedah P & P yang baik ialah kaedah yang dapat membantu pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap serta tingkah laku, menanam minat dan nilai yang diingini. Pengajar dan pendidik perlu menyampaikan pengajaran mengikut tahap pemikiran pelajarnya. Pelajaran yang disampaikan tanpa mengambil kira peringkat pemikiran dan pencapaian pelajar, sudah pasti boleh membawa kepada kerumitan kepada pelajar. Keadaan ini akan membawa kepada kegagalan.[4]

2.2 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH 2.2.1 KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH Pengenalan Kaedah Talaqqi Musyafahah ialah kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah s.a.w. Caranya ialah Jibril a.s membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah s.a.w terus menghafal ayat berkenaan.[5] Sebagaimana firman Allah s.w.t:

18} { 17} }

Maksudnya:

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.[6] Terjemahan Surah al-Qiyamah (75): 17 - 18

Seterusnya Rasulullah s.a.w membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah s.a.w kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan. Dalam kaedah Talaqqi Musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini amat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj dan sifat huruf serta hukum-hukum tajwid yang lain.

Definisi Merujuk kepada kalimah talaqqi dan musyafahah, kedua-duanya berasal dari kalimah bahasa Arab. Talaqqi pada bahasa iaitu pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Dari sudut istilah pula bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Manakala kalimah musyafahah pada bahasa ialah sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Dari sudut istilah membawa maksud murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya (mengikutnya). Apa yang boleh difahami daripada makna kedua-dua kalimah ini ialah murid bertemu atau bersemuka secara berhadapan dengan guru untuk mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al-Quran dengan sebutan yang fasih dan betul. Seterusnya, murid pula membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaan murid tersebut.

Objektif a) Menyebut bunyi huruf hijaiyyah yang berbaris dengan tepat.

b) c) d)

Membezakan panjang/pendek sebutan huruf. Membaca dengan betul dan fasih. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah Pelaksanaan kaedah Talaqqi Musyafahah ini mestilah berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan. Pertama, mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat. Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan prinsip pertama kaedah ini. Seorang guru itu perlu menguasai kemahiran bacaan al-Quran yang baik meliputi sebutan makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid supaya dapat menyampaikan dengan sebutan dan bacaan yang tepat. Prinsip kedua, memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan (bersemuka). Murid haruslah memberi tumpuan dan fokus pada pergerakan bibir guru apabila berada di hadapan guru. Dengan cara ini, murid dapat melihat sendiri cara guru melontarkan bacaannya sama ada dengan keadaan bibir mulut tertutup, terbuka, muncung dan lain-lain lagi. Seterusnya, prinsip ketiga dalam kaedah Talaqqi Musyafahah adalah murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru. Apabila murid telah mendengar dan melihat bagaimana cara sebutan yang tepat melalui pergerakan bibir guru, maka dengan mudah murid tersebut dapat menyebut (mengikut). Prinsip keempat iaitu kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid. Sebutan dan bacaan seorang guru akan menjadi ikutan pada muridnya. Sekiranya, apa yang diungkapkan guru tidak menepati syarat pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan maka akan memberi kesan negatif pada bacaan murid kelak.

Prosedur Pelaksanaan Kaedah Talaqqi Musyafahah Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, prosedur membawa maksud cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu.[7] Secara umumnya, prosedur melaksanakan kaedah Talaqqi Musyafahah ini ianya merangkumi 4 langkah seperti yang berikut:[8]

Guru membaca bacaan contoh kepada seorang atau beberapa orang murid

Murid mengikut bacaan guru

Guru meminta seorang atau beberapa orang murid membaca di hadapan guru

Guru mendengar dan menilai bacaan murid

Rajah 2.2.1

Berdasarkan rajah 2.2.1, bagi langkah pertama iaitu guru membaca bacaan contoh kepada seorang atau beberapa orang murid. Apa yang dimaksudkan di sini ialah guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya murid dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru. Guru boleh mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru. Bagi murid yang lemah, guru boleh membaca bacaan contoh secara potongan ayat. Maksudnya, guru tersebut akan membaca ayat demi ayat supaya murid dapat mengikutinya. Langkah kedua iaitu murid mengikut bacaan guru. Setelah murid diperdengarkan dengan bacaan guru, murid diminta untuk mengikut bacaan guru secara kelas, kumpulan ataupun individu. Semasa murid membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan murid untuk mengesan murid yang dapat membaca dan murid yang masih belum boleh menguasai bacaan. Seterusnya langkah ketiga iaitu guru meminta seorang atau beberapa orang murid membaca di hadapan guru. Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan murid secara kelas, guru meminta murid membaca ayat-ayat tersebut di hadapan guru pula secara individu mengikut giliran. Ketika ini, guru perlu memastikan murid dapat membaca ayat dengan betul dan fasih. Langkah yang terakhir dalam kaedah Talaqqi Musyafahah ini ialah guru mendengar dan menilai bacaan murid. Apabila guru telah menilai bacaan murid secara individu, guru boleh menguji bacaan murid dengan meminta murid tersebut yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid, memperdengarkan bacaan di hadapan kelas jika perlu.

2.2.2 KAEDAH TASMIK Pengenalan Kaedah Tasmik adalah salah satu dari kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam bidang asuhan Tilawah al-Quran. Dalam kaedah Tasmik ini, murid diminta membaca manakala guru akan mendengar. Ianya bertepatan

dengan maksud Tasmik itu sendiri yang bererti mendengar yang diambil dari perkataan bahasa Arab. Kaedah Tasmik bacaan al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan ayat hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu, murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Tujuan utama kaedah ini digunakan adalah untuk menguji tahap pencapaian setiap murid dalam penguasaan bacaan dan hafazan al-Quran.

Objektif l Mengetahui pencapaian murid. l Kenal pasti tahap pencapaian. l Menyedarkan kesilapan bacaan. l Meningkatkan kemahiran individu. l Mengklasifikasikan murid mengikut pencapaian.

Prosedur Pelaksanaan Kaedah Tasmik[9] Rajah 2.2.2

Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah murid diminta membaca ayat yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar) atau nyaring, di hadapan guru sama ada secara kumpulan atau individu bergilir-gilir. Guru mendengar bacaan atau hafazan murid dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid tersebut. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah alQuran bahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar.