Anda di halaman 1dari 1

AKAD PENYERAHAN ILMU SEMPENA MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2012 Kami guru SK Jalan Bahagia Dengan penuh

ketulusan Dan keiklasan hati Memperturunkan dan menghalalkan Segala ilmu untuk dimanfaatkan Oleh pelajar-pelajar Tahun 6 sesi 2012 Yang bakal menduduki peperiksaan UPSR Ilmu yang kami amanahkan ini Hendaklah diamal dan dihayati Dengan cara yang paling baik Pergunakanlah segala ilmu yang dimiliki Sebagai pemangkin Kearah pembentukkan peribadi mulia Serta peningkatan kecemerlangan akademik Para pelajar yang dikasihi Etika didikan kami Tanpa batasan keturunan dan pegangan agama Keadilan kami amalkan Diskriminasi kami pinggirkan Kami berdoa Semoga semua pelajar yang dihadapan kami ini Mendapat dorongan dan petunjuk serta keberkatan Tuhan Sentiasa dan berkekalan berjaya dalam segala aspek kehidupan Juga dikurniakan kesihatan yang baik Kekuatan dan ketahanan diri yang tertinggi Dalam menghadapi apa jua cabaran dan ujian Kami doakan Semua pelajar Tahun 6 sesi 2012 Yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini Dipermudahkan menjawab soalan Mendapat ketenangan jiwa dan dilapangkan dada Serta mendapat kecemerlangan dalam keputusan kelak Kami maafkan Kami halalkan Kami doakan