Anda di halaman 1dari 47

BMM 3117

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Intan Hari : Isnin Tarikh : 04.02.2013 Masa : 8.20 9.20 pagi Bilangan murid : 30 ( L - 12, P - 18 orang )

Tema : Pertanian Tajuk : Tanaman Organik Hasil Pembelajaran Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan 8.1 Membina dan menulis perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan dialog. Aras 1 (i) : Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat. Aras 2 (ii) : Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.

Objektif Eksplisit : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid murid dapat : i. Membentangkan hasil dapatan berdasarkan sesuatu maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul. ii. Membina ayat daripada kata bantu yang telah dipelajari. iii. Merumus dan membentangkan hasil daripada perbincangan dalam kumpulan.

Kemahiran Berbahasa a. Mendengar dan bertutur 2.2 Aras 1(i) Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara. 2.2 Aras 2 (i) Menbentangkan hasil rumusan berdasarkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa

b. Membaca 5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. 5.1 Aras 3 (i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. c. Menulis 8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat. 8.1 Aras 2(i) Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.

Sistem Bahasa a. Tatabahasa : Kata bantu b. Sebutan dan intonasi : Dialog c. Kosa kata : Rizom, tonik, ulam, khasiat Pengisian Kurikulum a. Ilmu : Sains Pertanian b. Nilai murni : Kerajinan, bekerjasama, kejujuran, rasional, keberanian c. Kewarganegaraan : i. Berusaha dan produktif ii. Menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan d. Peraturan sosiobudaya : Semangat

Kemahiran Bernilai Tambah a. Kemahiran Berfikir Menjana idea Merumus Menganalisis Menginterpretasi Membuat perkaitan dan perhubungan Mengelaskan,mengumpulkan dan mengkategorikan Membanding dan membeza Menyelesaikan masalah

b. Pembelajaran Konstruktivisme c. Pembelajaran Kontekstual Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP) a. Komputer riba b. LCD c. Pembesar suara d. Contoh soalan e. Kad perkataan f. Buku teks g. Lembaran kerja h. Soalan Latihan Tatabahasa Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui contohcontoh sayur-sayuran dan penternakan haiwan.

PROSEDUR PELAKSANAAN PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PPP) BAHASA MELAYU

MASA /LANGKAH SET INDUKSI ( 5 MINIT )

ISI PELAJARAN Pengenalan tajuk Tema : Pertanian Contoh contoh soalan : 1. Apakah contoh pertanian yang terdapat dalam video tadi ? 2. Berikan contoh hasil pertanian ? 3. Siapa yang suka bertani ? 4. Apa yang ditanam atau diternak ? 5. Apakah faedah bertani ?

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru memaparkan video pertanian kepada muridmurid. 2. Murid-murid menonton video yang ditayangkan. 3. Guru bersoal jawab dengan murid: a. Murid-murid memberi maklum balas terhadap soalan yang diajukan dengan menjawab dengan betul. 4. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran yang hendak diajar. a. Murid dapat mengaitkan set induksi dengan pelajaran yang akan diajar seterusnya.

CATATAN KBT : Pembelajaran Kontekstual Nilai Murni : Kerajinan Kerjasama BBM : Komputer riba LCD KB : Menganalisis

LANGKAH SATU (20 MINIT)

1. Guru membaca petikan dan murid mengikut bersama membaca petikan. 2. Kata bantu yang terdapat dalam dialog : Sedang,telah,dapat, Mesti,hendak,belum, pernah,boleh 3. Murid membentangkan tentang rumusan daripada petikan dialog hasil daripada perbincangan secara berkumpulan.

1. Murid membaca petikan dan memahaminya. 2. Murid-murid membaca dialog tersebut dengan bacaan yang kuat dan memahami ayat yang dibaca. 3. Guru meminta murid mencari kata bantu yang terdapat dalam petikan tersebut. 4. Murid secara berkumpulan diminta, membina lima ayat daripada kata bnatu dalam petikan. 5. Guru meminta secara rawak, untuk membuat pembentangan di hadapan kelas.

KBT : Kemahiran berfikir Pembelajaran konstruktivisme Nilai murni : Kerjasama Kejujuran Kosa kata : Rizom Tonik Batas Ulam Khasiat KB : Menganalisis Perbincangan Merumuskan hasil

BBM : Buku teks

LANGKAH DUA ( 20 MINIT )

1. Guru menyediakan kad soalan seperti : Sudah Belum Sedang Masih Telah Akan Pernah Mahu Harus Dapat

1. Murid di dalam kumpulan. 2. Guru menyediakan soalan kata bantu kepada murid dalam kotak. 3. Murid mengambil soalan yang telah disediakan dan membacanya. 4. Murid diminta membuat ayat berdasarkan kata bantu yang mereka diperolehi. 5. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan ayat berdasarkan kata bantu yang mereka dapat. 6. Aktiviti diteruskan dengan kumpulan lain.

KB : Membina ayat dengan betul. Nilai murni : Bertolak ansur Bekerjasama BBM : Kad soalan

7. Murid membaca ayat yang dibina di hadapan kelas. 8. Guru membetulkan ayat yang dibina oleh murid dan memujinya untuk usaha mereka dengan ulasan daripada ahli kumpulan yang lain. 9. Kumpulan yang dapat membina ayat dengan betul dan tepat diberi ganjaran. 10. Murid juga diminta memberikan tepukan kepada kumpulan lain sebagai rangsangan baik.

LANGKAH 3 (10 MINIT )

Soalan tatabahasa kata bantu dan jawapan bagi soalan tatabahasa : Jawapan : 1. Akan 2. Mungkin 3. Akan 4. Hendak 5. Masih 6. Belum 7. Sedang 8. Mesti .. Supaya 9. Dapat 10. Sedang

1. Guru mengedarkan soalan latihan tatabahasa kepada murid. (Rujuk lampiran 1) 2. Murid menjawab soalan latihan tatabahasa yang diberikan oleh guru. 3. Guru menyuruh murid bertukar kertas soalan sesama rakan dan memeriksa bersama jawapan. 4. Murid menukar soalan sesama rakan dan memeriksa jawapan yang betul bersama dengan guru. 5. Murid yang dapat menjawab soalan

KB : Menyelesaikan masalah Tatabahasa Nilai Murni : Kerjasama Kejujuran BBM : Soalan latihan tatabahasa

PENUTUP (5 MINIT )

1. Guru menyoal murid : a. Apakah yang kamu pelajari hari ini ? b. Apakah pengajaran daripada dialog yang kamu baca ? c. Guru meminta seorang murid daripada setiap kumpulan membuat rumusan daripada hasil pembelajaran hari ini. d. Setiap kumpulan memberikan rumusan mereka masingmasing. e. Sebagai pengukuhan, guru memberikan kerja rumah.

1. Guru menayangkan semula video tadi. 2. Murid menyatakan pengajaran yang mereka dapati dalam pembelajaran hari ini. 3. Murid dari setiap kumpulan memberikan rumusan tentang pengajaran hari ini dengan bimbingan guru. 4. Guru meminta murid menyenaraikan kata bantu yang mereka pelajari pada hari ini.

Kata bantu : Sedang Telah Belum Pernah Boleh Dapat BBM : Latihan kerja rumah

Nilai Murni : Kerajinan Rasional

5. Murid menyenaraikan kata bantu yang mereka pelajari hari ini. 6. Sebagai latihan pengukuhan, guru memberikan kerja rumah kepada murid. 7. Murid diminta membuat di rumah dalam buku tatabahasa mereka.

LATIHAN TATABAHASA KATA BANTU (LAMPIRAN 1)


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Kita ________ ke Pulau Tioman pagi esok dengan menaiki feri. A. akan B. belum C. harus D.perlu 2. Rombongan pengantin lelaki _________ tiba lambat sedikit. A. mahu B. harus C. mungkin D. hendak 3. Kedai buku itu ________ ditutup pada pukul 10.00 malam. A. baru B. akan C. harus D. belum

4. Penghuni Pangsapuri Seri Tanjung itu bercadang _________ menubuhkan sebuah perpustakaan mini. A. patut B. dapat C. hendak D. masih 5. Rina _________ kecil ketika kemalangan itu berlaku. A. baru B. telah C. masih D. sedang 6. Puan Hasnah ________ tidur walaupun hari sudah larut malam. A. baru B. harus C. telah D. belum

7. Tahir _________ mencuci kasut sekolah ketika saya sampai dirumahnya. A. perlu B. akan C. mesti D. sedang 8. Kita _______ segera bertolak ________ tidak ketinggalan bas. kata Yee kepada rakannya. A. sudah semoga B. mahu supaya C. boleh . agar D. mesti . supaya

9. Kanchana ________ menjawab semua soalan itu dengan betul. A. boleh B. dapat C. masih D. sudah 10. Ibu _________ membentangkan tikar di ruang tamu rumah. A. perlu B. mesti C. pernah D. sedang

RAJAH 1 : TEORI HURAIAN BAHASA


Tatabahasa Tradisional

Fungsionalis

TEORI HURAIAN BAHASA


Transformasi Generatif

Tatabahasa Struktural

RAJAH 2 : TEORI TATABAHASA TRADISIONAL STRUKTURAL

Tatabahasa Tradisional
Teori yang paling tua

Tatabahasa Struktural
Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitannya

Kajian bahasa dibuat terhadap bentuk tulisan

Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem dan untuk perhubungan

Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum

Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat

Tatabahasa Tradisional
Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik

Tatabahasa Struktural
Mengumpul bahan

Kajian bahasa bersifat deduktif

Mementingkan fakta-fakta yang diperhatikan

RAJAH 3 : TEORI TATABAHASA TANSFORMASI GENERATIF DAN TEORI FUNGSIONAL


Tatabahasa Transformasi Generatif
Bahasa satu sistem tentang rumus bahasa

Teori Fungsional
Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan bahasa

Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran

Struktur bahasa dalam komunikasi

Pengetahuan bahasa satu fenomena mental

Mementingkan semantik

Tatabahasa Transformasi Generatif


Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi

Teori Fungsional
Fungsi idea, interpersonal dan tekstual

Bahasa bersifat sejagat dan kreatif

Peranan penting dalam pembentukkan sistem bahasa

RAJAH 4 : TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Teori Behavioris Teori Mentalis Teori Kognitif Teori Interaksionalis

RAJAH 5 : TEORI BEHAVIORIS

Tokoh penting Skinner, Thorndike, Pavlov

Proses mekanis untuk membentuk sesuatu kebiasaan

Wujud hubungan dinamik antara rangsangan dengan gerak balas

Latih tubi amat digalakkan

RAJAH 6 : TEORI KOGNITIF

Tokoh penting Jean Piaget dan Sinclair

Pembelajaran adalah proses mental dan bukannya proses mekanis

Sangat bermakna jika fikiran dimasukkan dalam

Mengambil kira tahap perkembangan mental

RAJAH 7 : TEORI MENTALIS

Tokoh penting Noami Chomsky

Bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak

Mementingkan kemahiran membaca dan menulis

RAJAH 8 : TEORI INTERAKSIONALIS


Tokoh penting Bloom. Bowennan, Cromer dan Halliday Pentingkan aktiviti komunikasi Melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa

Teori yang sangat penting dalam pemerolehan bahasa

Kebolehan mentafsir makna

Interaksi kanak-kanak menguasai bahasa

Perkembangan kognitif melengkapkan seseorang kanakkanak

Peranan penting dalam pemerolehan bahasa

Interaksi linguistik dipentingkan

RAJAH 9 : STRATEGI ,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
STRATEGI

PENDEKATAN

KAEDAH

TEKNIK

RAJAH 10 : STRATEGI
Berpusatkan guru Berpusatkan bahan

Pertimbanga n terhadap teori,pendek atan,kaedah dan teknik

Rancangan yang teratur untuk pencapaian matlamat

Strategi dalam bahasa melayu


Berpusatkan bahan

Pencapaian objektif jangka panjang


Berpusatkan masalah

RAJAH 11 : PENDEKATAN
kontekstual

induktif

deduktif

komunikatif

Pendekatan berbentuk abstrak dan cara guru mendekati murid

tematik

eklektif masteri konstruktivisme

RAJAH 12 : KAEDAH

terus natural

Bahasa komunitif Oral aural

Tatabahasa terjemahan

Ajuk hafaz

Kod kognitif

Kaedah terdapat pemeringkatan dan susunan

linguistik

RAJAH13 : TEKNIK

Teknik drama Teknik permainan bahasa

Teknik latih tubi


Teknik bercerita

RAJAH 14 : STRATEGI YANG DIAPLIKASI DALAM RPH


Penglibatan murid sebagai pemain utama dalam proses pdp
Berpusatkan murid Menggalakkan bergiat aktif STRATEGI Mahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan Berpusatkan bahan Meningkatkan minat dan kefahaman murid

RAJAH 15 : CIRI-CIRI STRATEGI BERPUSATKAN MURID


Masa banyak diperuntukkan Corak kepimpinan demokratik
Bebas bertanya dan mengemukan pendapat

Berpusatkan murid
Aktiviti perbincangan digalakkan

Penekanan pencapaian objektif

Guru berpeluang interaksi dengan murid

Komunikasi dua hala

RAJAH 16 :CIRI-CIRI STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN


Memudahkan pdp

Tugasan disiapkan mudah dan berkesan

Bantu murid mengikuti pdp

Berpusatkan bahan

Wujud sifat berdikari murid

Beri tindak balas terhadap bahan

RAJAH 17 : PENDEKATAN YANG DIAPLIKASI DALAM RPH


Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada Murid menyesuaikan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan lebih baru

Konstruktivisme

Kontekstual

Membantu guru mengait unsur masteri dengan situasi nyata murid Murid mengalami sendiri pembelajaran untuk membina pengetahuan

RAJAH 18 : KAEDAH YANG DIAPLIKASI DALAM RPH

KOD KOGNITIF
Mengutamakan pengamatan dan pemahaman bahasa yang dipelajari

TERUS
Belajar bahasa dengan mendengar pelbagai perbualan untuk murid berkomunikasi

Bahasa digunakan untuk befikir

Kemahiran lisan diutamakan

KOD KOGNITIF
Bahasa satu tingkah laku yang ditetapkan oleh rukus-rumus bahasa

TERUS
Memahami maksud perkataan dan frasa berdasarkan konteks pengguna

Memberi peluang murid membaca dan menulis

Dapat berkomunikasi dan bertutur dengan cepat dan lancar

RAJAH 19 :TEKNIK YANG DIAPLIKASI DALAM RPH

PERMAINAN BAHASA
Pembelajaran menerusi aktiviti dinamik
Murid berpeluang peroleh pembelajaran bemakna dan berdiagnostik Guna kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis

LATIH TUBI
Aktiviti pengulangan fakta-fakta

Kecekapan dapat diulang untuk mantapkan pemikiran murid

Mencapai taraf penguasaan kemahiran

Merangsang interaksi verbal dikalangan murid


Menambahkan kefasihan dan keyakinan murid

Menjamin ketekalan ingatan


Berlaku dalam bilik darjah dengan aturan langkah-langkah pdp

Mengikis rasa bosan dalam murid

Sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

RUJUKAN

1. Mohd Nasar, Kamaruddin, Zainal Ariffin, Khadijah (2009), Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Mohd Nasar, Kamaruddin, Zainal Ariffin, Khadijah (2010), Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, SK Tahun 5 Bahasa Melayu, Pusat Perkembangan Kurikulum. 4. Choong Lean Keow PhD , Murid dan Alam Belajar ,Siri Pendidikan Guru, Kumpulan Budiman Sdn Bhd , Kuala Lumpur.

5. Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Satu : Kementerian Pelajaran Malaysia , 2010
6. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu : Copyright 2007 Curriculum Planning and Development Division , 2008 www.moe.gov.sg/education/syllabuses-and-literature/files/malay-primary-2008pd

DISEDIAKAN OLEH :
AGALLIA A/P SANTIAGO SUJATHA A/P K.BATHMANABAN SAINS 2 KOHORT 1 PPG AMBILAN JUN 2011 SEM 4 BBM 3117 PENSYARAH : EN.KAMARUDIN TAHIR

Anda mungkin juga menyukai