Anda di halaman 1dari 20

JABATAN PELAJARAN MELAKA

ABDUL MUTALIB BIN OSMAN TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN JABATAN PENDIDIKAN MELAKA

JABATAN PELAJARAN MELAKA

Mengapa sebahagian individu mudah mencapai kedudukan teratas dalam organisasi, sementara sebahagian lagi sukar mendapat kenaikan pangkat ? Apakah kecerdasan , bakat dan kekuasaan individu menjadi faktornya ? Tidak semestinya, sebenarnya sikap seseorang itu lebih berperanan, apakah sikap tersebut...antaranya ialah 10 sikap positif ini...
LAKUKAN YANG TERBAIK JANGAN BERHENTI MENCARI PELUANG. JANGAN MENUNGGU FIKIRKAN BOLEH KEGAGALAN MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN TONJOLKAN KEMAMPUAN. MEMILIKI NETWORKING YANG KUAT TIDAK TERIKAT PADA LATAR BELAKANG PENDIDIKAN MENGANGGAP SETIAP ORANG PENTING BERSIKAP SUKARELA DALAM MELAKUKAN TUGASAN TAMBAHAN

1. LAKUKAN YANG TERBAIK

Apapun pekerjaan harus dilakukan dengan baik. Kita tidak akan tahu bila masanya kita diperhatikan atau dinilai oleh pihak atasan. Sentiasa bersemangat untuk melakukan yang terbaik, semangat membawa kesan terus pada kejayaan atau kegagalan, jangan sekali-kali membiarkan semangat terus merosot hingga menjadi kosong yang akan menyebabkan kita gagal dan terus membawa ke arah kegagalan.

Apabila kita terbiasa melakukan pekerjaan dengan baik dan benar, maka tidak akan sukar untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar.

Jangan lupa, apa pun yang kita lakukan, pasti ia diperhatikan pihak atasan.

2. JANGAN BERHENTI MENCARI PELUANG

Pekerja yang berjaya sering mencari peluang untuk terus maju dan berkembang. Pasang mata, buka telinga dan tanamkan wawasan untuk maju ke hadapan . Kita tidak pernah tahu bila akan mendapatkan sesuatu yang dapat

mengubah karier kita menjadi lebih cemerlang. Orang yang suka


melihat dan mengambil peluang akan memperolehi pelbagai faedah yang boleh membantu kejayaan, sebaliknya orang yang hanya memandang sekadar mendapat pandangan sahaja.

3. JANGAN MENUNGGU

Jangan berharap akan berlaku keajaiban . Seseorang yang berjaya sering melakukan pelbagai cara untuk berjaya dalam karier. Sebaiknya kita bergerak dan melakukan sesuatu dengan mencari cara yang tepat untuk maju dalam karier dan jangan menunggu. Jangan terhegeh-hegeh melaksanakan sesuatu tugas atau arahan. Bertangguh memang menyeronokkan, sekali dimulakan kita akan ketagih seperti seperti mengambil dadah.

4. FIKIRKAN BOLEH

Apa saja boleh berlaku. Kita mungkin tidak pernah bermimpi untuk menjadi pegawai atau ketua atau berjawatan paling tinggi dalam organisasi. Ingat, jika kita berfikir " tidak boleh" maka kita tidak akan

mencapai kejayaan. Namun bila kita berfikir boleh melakukan, pasti


kita BOLEH!!!

5. KEGAGALAN MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN

Setiap orang pasti pernah mengalami kegagalan . Perbezaan antara individu yang berjaya dan mereka yang gagal adalah bagaimana mereka menghadapi kegagalan yang dialami . Individu yang berjaya selalu belajar daripada kesalahan yang mereka lakukan dan berusaha untuk maju.

6. TONJOLKAN KEMAMPUAN

Apakah kita hanya menunggu sehingga majikan kita melihat bakat

dan kemampuan kita?


Mungkin sudah tiba masanya untuk kita memperlihatkan kemampuan luar biasa kita kepada pihak majikan . Pekerja yang berjaya sebenarnya tahu cara memperlihatkan keupayaan mereka.

7. MEMILIKI NETWORKING YANG KUAT

Individu yang sukses memahami dengan baik kepentingan networking, baik di dalam mahupun di luar pejabat. Tiada jaring, tiadalah ikan. Kita perlu jaringan, rangkaian sahabat samada untuk perniagaan dan kehidupan seharian. Membina rangkaian bukan mudah, mengambil

masa, malahan setiap hubungan baik mesti dikekalkan.


Kita perlu bersikap proaktif untuk mengembangkan hubungan professional. Jemput dan undang rakan sekerja untuk menikmati makan

tengah hari di luar. Sesekali, pergilah ke cafe selepas tamat waktu


kerja. Aktifkan diri kita dan sertai pertubuhan professional untuk mengembangkan networking professional demi masa depan kita.

8. TIDAK TERIKAT PADA LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Apabila kita merasakan bahawa pekerjaan yang kita lakukan tidak sesuai dengan latar belakang pendidikan kita, maka kita secara tidak langsung akan mempamerkan prestasi yang buruk. Mungkin pekerjaan yang kita lakukan tidak sesuai bagi kita tetapi

pekerja yang berjaya biasanya akan tetap melakukan tugas yang


di amanahkan dengan baik.

9. MENGANGGAP SETIAP ORANG PENTING

Kita perlu bersikap baik dengan rakan sekerja dan orang yang

berada di sekeliling.
Kita perlu menjalin hubungan baik dengan setiausaha atau sesiapa sahaja bawah kita . Bersikap sopan dan ramah terhadap orang sekeliling kita. Ia akan menjamin masa hadapan kita kelak.

10. BERSIKAP SUKARELA DALAM MELAKUKAN TUGASAN TAMBAHAN

Kita bertanggungjawab atas nasib kita, maka sudah menjadi

kewajipan untuk terus mencari jalan dalam memperbaiki


professionalisme kita. Bersikap sukarela dalam melakukan tugasan tambahan, berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bersedia pulang lewat untuk membantu sesama rakan sekerja.

Semua manusia benci kepada manusia yang berkira ,tak boleh


bertolak ansur, tak boleh lebih kurang, jangan amalkan sikap negatif ini kerana ia salah satu punca gagal. Rezeki semakin sempit dan kehilangan ramai kawan.

Pekerja yang sukses tidak hanya bekerja pada waktu kerja tetapi
juga bersedia pada sebarang masa. Hidup ini semestinya penuh dengan tolak ansur, barulah tercipta kejayaan.

NASIHAT SAIDINA ALI


" Wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan. Janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran. Janganlah berduka dengan bencana. Janganlah keterlaluan bersenang dengan kelapangan kerana emas itu diuji dengan api. Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala " " Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang kau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan " " Engkau tak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa

yang tidak engkau sukai "


" Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardukan "

PENGAJARAN AYAT

Untuk mencapai apa yang kita impikan, untuk meraih sesuatu yang lebih baik dan lebih besar kita terpaksa menanggung apa yang tidak menyenangkan dan tidak kita suka, iaitu:
i.

Kesulitan pertama ialah dugaan yang sama sekali bukan pilihan kita, tetapi kita tak boleh elak Kesulitan kedua ialah pengorbanan demi mencapai cita-cita merupakan pilihan yang kita buat sendiri dalam perancangan untuk meraih sesuatu yang lebih baik.

ii.

Jangan terlalu bersedih dengan dugaan dan ujian yang menimpa. Dan jangan terlalu gembira dengan kekayaan dan kesenangan kerana semua itu akan datang dan pergi. Kedua-duanya memenuhi agenda seharian dalam hidup kita. Fokuskan perhatian pada apa yang menjadi kewajipan kita. Kerahkan segenap kemampuan untuk memelihara yang difardukan.